Wednesday, February 23, 2011

alhamdulillah...!

hari : rabu
cuaca : redup senja...

"... walau sebesar rumah bermula dengan sekecil bata, boleh hilang dalam sekelip mata...ucaplah alhamdulillah...bukannya sukar kerna kaya dan besar tetap Allahu Akhbar..."

petikan dari lagu kegemaran saya....


alhamdulillah, terima kasih, Ya Allah kerana memberikan aku keputusan STPM yang sedemikian. walaupun aku akui aku berasa sedikit kecewa dengan keputusan itu, namun aku reda kerna semua itu telah tertulis. sehingga itu usaha yang telah aku lakukan. manusia yang lain bertubi- tubi bertanyakan keputusanku. aku jawab dengan tenang. tapi hati ini masih tidak tenang..setelah beberapa ketika, aku tersedar aku sebenarnya tidak benar- benar ikhlas dengan keputusan ini. mulut kata reda tapi hati aku seorang yang mengerti... sehinggalah aku menerima khidmat pesanan ringkas dari seorang yang bermotivasi "...bersyukur dengan apa yang kita ada... Tahniah!"
dia ucap tahniah pada aku...hei, layakkah aku?
tahniah yang aku terima tidak berbaloi dengan apa yang aku perolehi...hati kecil tetap pilu...tiba - tiba muncul di ruang legar fikiranku frasa ini.. kadang kala dalam hidup kita tidak semua yang kita inginkan akan tercapai dalam satu masa, jika tercapai itu merupakan rezeki buat kita, kita harus syukur menikmatinya. dan sekarang aku telah bersyukur dengan apa yang aku perolehi. itulah yang aku perolehi dari semua ini. Insha Allah, aku akan berusaha di lain masa dan cabaran.

tahniah buat sahabat yang lain kerana kita telah berusaha...!jatuh air mata...kesedihan teringatkan suasana di kelas dulu!!!!


apa - apa pun.. hanesha, tahniah!


suatu ketika di majlis graduasi...

1 comment:

Miss FarraAqua said...

percaye la awak...
Tuhan nak beri yang lebih baik daripada yang ini utk mse hadapan.
Ini semua pemberian daripada-Nya.


^_^