Tuesday, January 8, 2013

semalam

hari: selasa
mode: pagi

Assalamualaikum

** sejak 2 menjak ni, cuaca sangatlah panas. malam pun macam tu jugak. rasa nak ikat diri dengan pek ais.

kecintaan saya yang terbaru sekarang ni ialah makan roti canai, jadi malam semalam saya pergilah makan dengan zaidah. setiap kali saya pergi situ, tak kira lah dengan zaidah atau mieza, secara tak sengaja ada senior itu. mula-mula dia je, pastu hari lain dengan kembar dia, semalam dengan makwe dia. wah, i thought you are single. tidak rupanya, anyway, bukan saya minat pun kat dia. amin, mudah-mudahan hubungan itu kekal ke alam yang seterusnya.

semalam, saya banyak makan lah. pernah teringat cikgu cakap, siapa banyak makan, tak bagus. bukan sebab gemuk ke apa. sebab nanti banyak lupa. jangan takut kepada yang suka makan, saya pun suka makan. tapi kena berpada-pada. okay, jangan makan tengah hari hari ni. burger bakar abg burn ada depan apartment saya tinggal ni. tapi saya tak pernah cuba lagi, jangan dimulakan.

** kecintaan pada sesuatu akan membuatkan dia fobia selepas itu. contohnya: nasi goreng daging, nasi goreng kat situ, nasi lemak kat situ, mee goreng lembap.

2 comments:

S.H. said...

kite pun pencinta makanan. sep sikit! :p

Nesha Zin said...

tapi makanan yang dah dipalang tu, kita tak boleh makan lg. akan beri kesan sampingan. haha.