Thursday, March 20, 2014

lelaki, cinta dan peneman hidup

Malam Rabu.

Assalamualaikum.

Sejak saya duduk rumah sewa di Seremban ni, seorang orang rumah selalu seakan merengek mengenai calon hidup. Cerita semua lebih kurang pasal lelaki. Kadang kala bosan jugak. Saya kurang berminat sangat. Bagi saya, saya selesa dengan apa yang saya ada sekarang. Saya yakin semua orang pun mahukannya tapi belum tiba waktu. Mungkin waktu sekarang ini kita patut gunakan untuk menuntut ilmu, bekerja atau membahagiakan ibu bapa. Jadi, just go with the flow. To get someone that you dream, you must be as in your dream. To get man with pious, kind, gentleman, sweet, caring, charming, rich and so forth. You must work for it. You must make a huge investment first. That what I'm learn during the curriculum. Now I understand. 

Untuk ciri ciri yang agak material tu, lebih elok cuma kita yang tahu. Sebab apa? Ianya akan membentuk persepsi orang lain terhadap kita. Samada positif atau negatif. 

Dia biasa biasa, comel dan bersederhana. 
Dia kaya.
Perempuan itu menginginkan yang kaya dengan ideologi yang dia akan senang bila bersama.
Apalah kiranya jika yang bersederhana itu sukakan perempuan itu, apalah salahnya jikaaaa mereka ' ketawa bersama, menangis bersama ku bersumpah harap mati kita pun sama'. Renungkan. Kedua- dua 'Dia' tidak bersalah, tetapi apa yang salah ialah ideologi perempuan itu.

Sekiranya wanita itu dipilih untuk dicintai berdasarkan rupa paras yang cantik sahaja, bagaimana yang biasa biasa sahaja? Bagaimana dengan saiz badan yang agak besar? Bagaimana dengan warna kulit yang gelap? Sedangkan apa yang kita sedia maklum begini...

Dari Abu Hurairah r.a., katanya, "Wanita itu dikahwini karena empat perkara : Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya.  Maka utamakanlah agamanya, nescaya engkau bahagia."

Sama sama kita perbaiki apa yang kurang, topup diri untuk menjadi lebih baik. Kita boleh berdoa untuk apa yang kita impikan tetapi haruslah berpatutan.





3 comments:

syida's said...

gua yg dulu bukanla yang sekarang. gua muak dengan cinta, gua letih, gua bukan tak muvon, gua letih.

Miss FarraAqua said...

peh... nih buat team. kte join sekali...

love you all, guys!

Nesha Zin said...

blh. geng single lagi bahagia. wa bukan tak suka layan cerita kwn wa, tp wa bosan. wa bosan dan wa start blogging.