Monday, July 4, 2016

Family

Assalamualaikum.

Setelah lama aku tidak menulis di sini, harini 29 ramadan aku teringin untuk menulis. Tak tahu bagaimana untuk memulakan tapi ada sesuatu terbuku di hati. Sangat sakit dan perit. Aku boleh dikategorikan dari broken family. Bila aku bersama ibu ia berasingan dengan ayah. Bila bersama ayah ia private hanya kami sahaja. Aku sudah terbiasa dan aku sudah bila ianya terjadi. Tapi aku selalu berharap ia akan kembali seperti ketika aku kecil dulu. Kadang aku putus harapan. Kata ustaz, doakan saje mereka. InsyaAllah ustaz, terima kasih. Aku harap ada sesuatu yg Allah ingin tunjukkan. Yg baik baik saje. Di bulan yg mulia walaupun ia bakal berakhir, aku harap ada sedikit perubahan yg berlaku. Jika tidak, semoga aku terus berusaha berdoa tanpa putus asa.

Wednesday, September 9, 2015

Seliseh

Perselisihan itu aku anggap seperti pergaduhan kakak dan adik, kerana jika diangkat sebagai pergaduhan antara kawan, ia agak mengguris dan mungkin terus berpaling. Jalan.

Friday, May 8, 2015

tegak

hari: rabu

Assalamualaikum.

Sejak kebelakangan ini, masalah dengan kerja sering menghantui hidup.
Kadangkala aku lelah, ada ketikanya aku ingin semuanya berhenti hingga setakat ini.
Aku berasa kagum dengan kecekalan Kak yg aku sangat sayang dan hormati dan rasa tak ingin berpisah.
Setiap masalah yang berlaku, kena hadap sendiri di kawasan itu. Memang itu satu pelajaran, tapi setiap apa yg dilakukan disulamkan marah. Siapa boleh sabar sepanjang zaman. Sehingga suatu masa, aku bersuara.
Tapi aku rasa itulah yang benar dan patut. Supaya dia mendengar hujah aku. Mungkin aku wakil bagi semua yang tak bersalah.
Jika minggu depan isu itu bangkit, mungkin aku akan fikirkan untuk cukup buat masa ini disini dan mula mencari apa erti bahagia pada suasana lain, apa erti patuh yang selama ini semakin jauh aku tinggalkan.

fault and mistake

Cuba fikirkan sebentar, apakah kau cukup baik terhadap semua orang?

Saturday, April 11, 2015

Comeback

Hari : sabtu

Assalamualaikum.

Hari ini saya terpanggil untuk kembali ke alam blogger kerana saya berasa reda marahnya, reda sakitnya bila meluahkan. Mungkin meluahkan dgn manusia lebih menenangkan tetapi ianya akan jadi masalah lain kerana saya cepat marah bila apa yg cuba disampaikan sukar difahami oleh orang lain.


Keduanya ialah, saya teruja bila Kak Wan pun ada blog. Wow, I adore you, Kak Wan. Saya sayang akak!

Maybe, sekarang ini saya tiada kawan, so saya akan mencurah di sini.

Saturday, June 7, 2014

Ramadan kali ini

hari: Sabtu

Happy birthday to YDPA... boleh gitu?

Assalamualaikum.

sambung cerita semalam,

1. Ramadan

ramadan kali ni insyaAllah saya berpuasa di perantauan lagi.
kali ni jauh sikit, Seremban.
entah macam mana lah keadaannya.
harapnya okay lah.
bezanya kat sini, aku boleh memasak sendiri, tapi kalau ada bazaar lagi syiok.
ada tv nak dengar pengumuman puasa. tengok ketuk- ketuk ramadan.
tapi masalahnya, exam time puasa.
tapi mesti ada barakah kat situ.

Thursday, June 5, 2014

Ramadan yang dinanti, Viva yang menghampiri

hari: khamis

Assalamualaikum.

apa yang paling saya nantikan setakat ni?
1. ramadan
2. viva
3. final exam
4. kehidupan tahun depan

2. viva
isnin ni dah kena hantar research. haraplah okay dan sempurna. tiada kesalahan besar.
minggu depannya dah viva. antara kejadian yang penting dalam hidup saya sebagai pelajar.
saya harap gandingan kami membuahkan hasil yang lumayan.

hari ni saya kurang sibuk sikit. rumah sewa agak meriah dengan kehadiran cip dan ijat. mereka sibuk menyiapkan assignment yang masih berbaki. saya baru lepas melepaskan presentation biasa yang terakhir tadi.

tahap keyakinan untuk viva turun naik sebab persediaan tak 100% lagi. masih mencari fakta kukuh untuk bersedia menjawab soalan panel.

akan bersambung..........