Tuesday, February 8, 2011

bapak kapak

hari : selasa
cuaca : cerah


*hari ni ada HANI....harap tak lupa


kali ni, saya nak mengucapkan tahniah kat ayah pulak...
sebab baru je tua lg 1 tahun...
yang jatuh pada hari khamis lepas, 3 februari 2011
sudah memegang nombor yg banyak, iaitu 45...
uban pun sudah mula tunjuk belang
berani2 nya uban terselit keluar
di sebalik rambut ayah yg hitam..cis, bedebah!

pada hari tu jugak
kami pergi melakukan aktiviti kegemaran bapak bersama2
memancing...

LOKASI : KOLAM PRIVASI, di sebuah tempat yang memang mesra alam...
back to nature lah....

jom, saya nak tunjuk hasilnya.....


ni lah lokasinya...

ikan yg pertama dinaikkan...ikan sembilang

kena buang sengat dulu, bahaya!


ni bapak,,tunggu dan tunggu....

selepas beberapa minit dan jam,,,kepoyoan terserlah selepas mendapat ikan...
bling bling....

ikan ke 4 dan yg terakhir diperolehi...alhamdulillah

Tuesday, February 1, 2011

an awesome journey

hari : selasa
cuaca : cerah

pada entri saya kali ini,
saya akan membawa anda mengembara
ke suatu tempat di dalam otak saya
yang saya rakamkam dengan gambar bagi mengelakkan
saya lupa
kerana
untuk sampai ke hari ini, kenangan itu saya kena ada
untuk diingati,
buat mimpi untuk setiap malam
buat ubat di kala rindu mencumbu zaman
hiperbola sikit....maaf!


kami ber JPAM...

sajak terbaru yg saya reka

tajuk : saya rindu

saya rindu sekolah saya
saya rindu kawan saya
saya rindu cikgu husna
saya rindu nak naik jejambat depan sekolah
saya rindu waktu saya bangun lambat ke sekolah
saya rindu nak berhimpun
saya rindu nak menyanyi
saya rindu sungai
saya rindu 7e kota jaya
saya rindu kuih gunting


tapi saya tak boleh
umur saya dah melebihi had untuk ke sekolah sebagai pelajar




* saya ada komik baru : ikhtiar hidup di kawasan gempa bumi,,,
mari membaca, membaca jadikan budaya =(
kempen : 1 hari , 1 muka surat


Monday, January 31, 2011

selamat ulang tahun, sayang!

hari : 31 januari 2011
cuaca : gerimis mengundang

semadikan
kisah sejati ku
ohhh, pergilah......

menyanyi untuk menghiburkan hati
walaupun lagu tu lagu sedih
aak ke?


hari ni hari ulang tahun kelahiran sayang saya
dia lebih tua dr saya
dia yg telah berpenat lelah
membanting tulang
berperah otak
untuk membesarkan saya, adik saya dan adik saya


taadaaaa
dia, ibu saya




serba serbi about my mummy

nama dia bila disebut biasa je,
tapi bila dieja unik..WIDANA SAIM
umur dia sekarang 21 tahun lebih tua dari saya
20 ( umur saya ) + 21 tahun lebih tua =41 tahun
suka warna pink tapi x nak mengaku

Saturday, January 29, 2011

masihkah kau ingat?

Hari : sabtu
Cuaca : hujan sekejap-sekejap


Sudah sekian lama aku tidak berkongsi cerita,,,
secara langsung,,,
yang,,,
dipancarkan dari hati serta dijanakan oleh minda,,,
yang dijelmakan dengan kata-kata,,,
aku memilih untuk berdiam diri sahaja
mungkin tiada bezanya kehadiran aku di situ
aku sudah lali walaupun tanpa ubat pelali,,,
. . .
Menjalani hidup sebagai gadis biasa
Memasak, mengemas dan sewaktu dengannya
Cuma yang terbaru
Aku kini “guru” dalam gelaran akak
Mengajar ‘The Genius Five’ aka TGF….
Perkara2 itu sudah buat aku menyibuk2kan diri sepanjang hari
Gembira melihat rakan2 sebaya adik aku semangat untuk belajar
Mengetahui sesuatu yang baru
Memulakan perjalanan yang masih hijau
Semoga aku dapat membantu mereka
Membuka langkah untuk lebih berjaya
Amin…amin, Ya Allah!
Walaupun kadang kala hati ini bagai nak pecah
Jantung bagai ombak pembinasa berdetak kegeraman…
Geram sebab mereka riuh bergurau
Asyik bermain…menyakat antara satu dengan yang lain
Biasalah, aku dulu pun macam tu
Mungkin itu balasan kecil,,,
sebab dulu pun aku buat begitu pada cikgu2
sabar je lah sambil tangan di dahi,,,


sekian untuk tatapan kali ini…
terima kasih…

*sesuatu yang bertemu itu pasti akan berpisah, tetapi setiap yang berpisah itu pasti ada gantinya…

*rindu sekolah, rindu kamu, rindu mereka

Tuesday, December 21, 2010

??

cuaca: panas
perasaan : ??


Friday, November 19, 2010

last but not least



antara sahabat yang bersama2 menuntut ilmu


19 november 2010
jumaat

hari persekolahan pada 2010 telah pun melabuhkan sauh nya pada hari ini
jam 12.10 tengah hari tadi
kami mengakhiri hari persekolahan itu dengan
satu perasaan yang amat sedih..
orang lain mungkin tak, tapi aku ya...
pilu dengan izin ilmu tadi..
terasa hangat nya pelukan ibu sewaktu didakap erat oleh cikgu husna
my favourite teacher
lepas ni aku dah jaranglah menjejakkan kaki ke sekolah
sebab alasan sebagai budak skolah dah lucut..
sehinggan tingkatan 6 sahaja yang disediakan untuk budak2 pergi sekolah
lepas tu pandai2 kamu lah nak masuk mana...
tapi aku tetap ingin menjejakkan kaki ke sekolah nanti..
jika aku dapat masuk ke syurga nanti, aku ingin minta pada ALLAH
aku nak zaman aku bersekolah
apatah lagi bersekolah di sekolah tun habab
suatu pengalaman dan hadiah yang paling berharga dalam hidup...
kerana bersekolah di situ membuat aku
belajar apa itu kepayahan, berdikari, persahabatan...
memasuki sekolah ini
salah satu impian yang telah berjaya aku gapai...
menggapai bintang di langit je belum aku capai...





*maaflah kalau ada salah eja,,,almaklumlah syok sendiri je tulis




saya.......

Thursday, November 11, 2010

seronok dan sedih

tadi ada jamuan akhir tahun..
gembira...!
dengan kawan2





tapi
sedih
sebab akan berpisah nanti