Assalamualaikum.
Setelah lama aku tidak menulis di sini, harini 29 ramadan aku teringin untuk menulis. Tak tahu bagaimana untuk memulakan tapi ada sesuatu terbuku di hati. Sangat sakit dan perit. Aku boleh dikategorikan dari broken family. Bila aku bersama ibu ia berasingan dengan ayah. Bila bersama ayah ia private hanya kami sahaja. Aku sudah terbiasa dan aku sudah bila ianya terjadi. Tapi aku selalu berharap ia akan kembali seperti ketika aku kecil dulu. Kadang aku putus harapan. Kata ustaz, doakan saje mereka. InsyaAllah ustaz, terima kasih. Aku harap ada sesuatu yg Allah ingin tunjukkan. Yg baik baik saje. Di bulan yg mulia walaupun ia bakal berakhir, aku harap ada sedikit perubahan yg berlaku. Jika tidak, semoga aku terus berusaha berdoa tanpa putus asa.
Monday, July 4, 2016
Wednesday, September 9, 2015
Seliseh
Perselisihan itu aku anggap seperti pergaduhan kakak dan adik, kerana jika diangkat sebagai pergaduhan antara kawan, ia agak mengguris dan mungkin terus berpaling. Jalan.
Friday, May 8, 2015
tegak
hari: rabu
Assalamualaikum.
Sejak kebelakangan ini, masalah dengan kerja sering menghantui hidup.
Kadangkala aku lelah, ada ketikanya aku ingin semuanya berhenti hingga setakat ini.
Aku berasa kagum dengan kecekalan Kak yg aku sangat sayang dan hormati dan rasa tak ingin berpisah.
Setiap masalah yang berlaku, kena hadap sendiri di kawasan itu. Memang itu satu pelajaran, tapi setiap apa yg dilakukan disulamkan marah. Siapa boleh sabar sepanjang zaman. Sehingga suatu masa, aku bersuara.
Tapi aku rasa itulah yang benar dan patut. Supaya dia mendengar hujah aku. Mungkin aku wakil bagi semua yang tak bersalah.
Jika minggu depan isu itu bangkit, mungkin aku akan fikirkan untuk cukup buat masa ini disini dan mula mencari apa erti bahagia pada suasana lain, apa erti patuh yang selama ini semakin jauh aku tinggalkan.

Saturday, April 11, 2015
Comeback
Hari : sabtu
Assalamualaikum.
Hari ini saya terpanggil untuk kembali ke alam blogger kerana saya berasa reda marahnya, reda sakitnya bila meluahkan. Mungkin meluahkan dgn manusia lebih menenangkan tetapi ianya akan jadi masalah lain kerana saya cepat marah bila apa yg cuba disampaikan sukar difahami oleh orang lain.
Keduanya ialah, saya teruja bila Kak Wan pun ada blog. Wow, I adore you, Kak Wan. Saya sayang akak!
Maybe, sekarang ini saya tiada kawan, so saya akan mencurah di sini.

Saturday, June 7, 2014
Ramadan kali ini
hari: Sabtu
Happy birthday to YDPA... boleh gitu?
Assalamualaikum.
sambung cerita semalam,
1. Ramadan
ramadan kali ni insyaAllah saya berpuasa di perantauan lagi.
kali ni jauh sikit, Seremban.
entah macam mana lah keadaannya.
harapnya okay lah.
bezanya kat sini, aku boleh memasak sendiri, tapi kalau ada bazaar lagi syiok.
ada tv nak dengar pengumuman puasa. tengok ketuk- ketuk ramadan.
tapi masalahnya, exam time puasa.
tapi mesti ada barakah kat situ.

Thursday, June 5, 2014
Ramadan yang dinanti, Viva yang menghampiri
hari: khamis
Assalamualaikum.
apa yang paling saya nantikan setakat ni?
1. ramadan
2. viva
3. final exam
4. kehidupan tahun depan
2. viva
isnin ni dah kena hantar research. haraplah okay dan sempurna. tiada kesalahan besar.
minggu depannya dah viva. antara kejadian yang penting dalam hidup saya sebagai pelajar.
saya harap gandingan kami membuahkan hasil yang lumayan.
hari ni saya kurang sibuk sikit. rumah sewa agak meriah dengan kehadiran cip dan ijat. mereka sibuk menyiapkan assignment yang masih berbaki. saya baru lepas melepaskan presentation biasa yang terakhir tadi.
tahap keyakinan untuk viva turun naik sebab persediaan tak 100% lagi. masih mencari fakta kukuh untuk bersedia menjawab soalan panel.
akan bersambung..........

Wednesday, May 21, 2014
I'm back
Hari: Rabu
Esok Cik Siti saya ada viva. I doakan you berjaya. Pakai baju yang paling you suka. Biar aura naik.
Assalamualaikum, hello.
Guwa kembali ke arena blog kerana guwa rasakan talian persahabatan guwa makin suram dan muram. Guwa sekarang tengah hectic dengan research. Betul ke gitu ejanya? Banyak dugaan sejak dari semseter 5, once dah dapat kebenaran, berderet-deret hikmahnya. Alhamdulillah. Betul kata Madam, hard works never hurts. Ada beberapa stage lagi nak sampai ke Chapter 5.
Esok start cuti khas UiTM, masa guwa buat research sekat kat situ lah. Nasib guwa ikut Aisya balik rumah dia. Melaka be! Tak tahu lah berapa hari, tapi dia target sebanyak yang mungkin lah buat. Guwa setuju sebab guwa ada lagi satu kerja tak siap lagi. Semester 6 ni memang hebat dugaannya. Tempat baru, rumah sewa, hati dan perasaan, bagai-bagai.
Semestinya lepas ni mesti alam degree pasti dirindui. Nilah stage terakhir kalau takde rezeki nak sambung lagi. Tapi insyaAllah, guwa dah nyatakan hasrat kat ayah yang dalam 3 tahun lagi, guwa nak sambung master. Bagi guwa cari kerja, balas balik apa yang guwa dapat, bayar hutang yang ribu tu.
Okaylah, guwa nak menunggu respon responden ni. 100 bakal dalam SPSS. Wait ahhh!

Thursday, March 27, 2014
Journey
Khamis
Assalamualaikum.
Alhamdulillah hari ini hari yang cukup seronok.
saya naik KTM! jakun kan.
meneroka dengan Chip yg gagah perkasa.
langsung takde rasa takut.
apa yang penting? Journey.
'It is not about the destination, it is about the journey'
Alhamdulillah, syukur selamat pergi dan balik.
berdua bahagia.
Big thanks to Chip sebab sudi melayan. Dia memg great. On the spot planning.
Takde tempat tujuan, Plaza Rakyat pun boleh, walaupunn

Wednesday, March 26, 2014
trending
Rabu tengah hari.
Assalamualaikum.
Hai.
hari hari saya buka blog.
tapi cuma sikit cerita baru.
sebab blogging bukan lagi satu trending.
even Hanis Zalikha pun dah beralih arah.
bila jejari runcing pun sudah tenggelam dari kepopularitiannya.
hahaa~~~
apa yang trending sekarang?
whatsapp, wechat and so forth.
penyampaiannya lagi mudah.
but, saya tetap minat.
cuma tak banyak untuk diceritakan.
Thursday, March 20, 2014
lelaki, cinta dan peneman hidup
Malam Rabu.
Assalamualaikum.
Sejak saya duduk rumah sewa di Seremban ni, seorang orang rumah selalu seakan merengek mengenai calon hidup. Cerita semua lebih kurang pasal lelaki. Kadang kala bosan jugak. Saya kurang berminat sangat. Bagi saya, saya selesa dengan apa yang saya ada sekarang. Saya yakin semua orang pun mahukannya tapi belum tiba waktu. Mungkin waktu sekarang ini kita patut gunakan untuk menuntut ilmu, bekerja atau membahagiakan ibu bapa. Jadi, just go with the flow. To get someone that you dream, you must be as in your dream. To get man with pious, kind, gentleman, sweet, caring, charming, rich and so forth. You must work for it. You must make a huge investment first. That what I'm learn during the curriculum. Now I understand.
Untuk ciri ciri yang agak material tu, lebih elok cuma kita yang tahu. Sebab apa? Ianya akan membentuk persepsi orang lain terhadap kita. Samada positif atau negatif.
Dia biasa biasa, comel dan bersederhana.
Dia kaya.
Perempuan itu menginginkan yang kaya dengan ideologi yang dia akan senang bila bersama.
Apalah kiranya jika yang bersederhana itu sukakan perempuan itu, apalah salahnya jikaaaa mereka ' ketawa bersama, menangis bersama ku bersumpah harap mati kita pun sama'. Renungkan. Kedua- dua 'Dia' tidak bersalah, tetapi apa yang salah ialah ideologi perempuan itu.
Sekiranya wanita itu dipilih untuk dicintai berdasarkan rupa paras yang cantik sahaja, bagaimana yang biasa biasa sahaja? Bagaimana dengan saiz badan yang agak besar? Bagaimana dengan warna kulit yang gelap? Sedangkan apa yang kita sedia maklum begini...
Dari Abu Hurairah r.a., katanya, "Wanita itu dikahwini karena empat perkara : Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka utamakanlah agamanya, nescaya engkau bahagia."
Sama sama kita perbaiki apa yang kurang, topup diri untuk menjadi lebih baik. Kita boleh berdoa untuk apa yang kita impikan tetapi haruslah berpatutan.
Monday, March 17, 2014
seremban
hari: isnin
cuaca: gelap malam
Assalamualaikum.
saya sudah berpindah ke Seremban 3.
impian saya akan diakhiri di situ.
segalanya baru, segalanya pelik, segalanya kurang.
serba serbi.
saya masih mencari, menyesuaikan.
mudah mudahan hati saya ada bersama.

Wednesday, February 5, 2014
hati
hari: rabu
Assalamualaikum.
untuk sekian lama, guwa kembali menulis.
menulis ketika waktu kerja, itu tak baik.
guwa tahu tp alasan bosan lebih mendahului, guwa turutkan hati.
minat pada blogging ada lagi cuma tak setebal dulu.
kenapa?
iyelah, bak kata orang,
hati manusia sentiasa berubah.
pun begitu untuk minat dan kecintaan.
hari ini kita membenci, esok lusa menyayangi.
sepenuh hati, sampai mati.

Tuesday, October 22, 2013
bukan aku tak cinta
hari: isnin
Assalamualaikum.
hai reader!
dear belog,
lama tak mencoret.
bukan guwa tak sayang lu
tapi guwa busy.
manusia common nya memberi alasan.
tapi itu sudah kebiasaan.
kalau mampu dipercayai, terima kasih.
jika sebaliknya, terpulang.
tiada paksaan.
berubah ke cerita selanjutnya,
bukan kerana aku tak menyayanginya
tapi aku seakan lupa caranya bagaimana
aku pun kurang dalam hal itu.
tiada imaginasi yang diberikan seperti berputarnya waktu.
memori boleh pudar, belasan tahun yang lalu
mengikut cerita, aku paling beruntung.
tapi kita, kita sama menghitung.

Monday, September 23, 2013
tahun 3 semester 1
hari: isnin
Assalamualaikum.
tengok tajuk atas tu.
rasa besar kan, memanglah dah dikira seniorita. taknak pun jadi senior~
lumrah alam, macam roda.
selepas jatuh pada semester yang lepas,
Hanesha masih menyambung
apa yang patut dihabiskan mengikut waktunya.
semester kali ni, kerjanya besar- besar,
berat- berat, serabut- serabut.
tapi, kan ada kawan- kawan.
rileks sister rileks.
semester kali ni jugak, ada praktikal.
seram nih, blm call tp dah ada certain list pejabat yg nak di call.
harap semua okey, malam nih nak susun ayat.
gitu, eksaited kan.

Friday, September 13, 2013
143
hari: jumaat
Assalamualaikum.
lama tak update kan.
guwa pemblog pasif.
tulis panjang- panjang, update hari- hari pun takde yg ngefan.
Assalamualaikum.
lama tak update kan.
guwa pemblog pasif.
tulis panjang- panjang, update hari- hari pun takde yg ngefan.
profil picha sekarang.
katanya guwa ayu, betul ke?
dia yang buat guwa nampak ayu,
guwa buat dia nampak besar
tapi dia lagi ayu, matanya sepet.
dia beraya kat rumah.
Subhanaallah, bentuk hati.
unik.
untuk dia heyy!
takde kerja.
tak berbakat nak tolong.
Saturday, July 13, 2013
habis
hari:sabtu
Ramadan ke-4
Assalamualaikum.
" untunglah nisha exam last hari ni."
secara luarannya memang untung.
aku sudah bebas dari alam student untuk sementara.
tapi,
dalamannya tak untung.
dalamannya menangis ketakutan.
dalamannya mengharapkan kebesaran Tuhan.
dalamannya mengharapkan rezeki berpihak kepada aku.
segala yang baik, dikongsikan sedikit kepada aku.
untuk aku kongsikan kepada yang lain.
sungguh, cabaran ini sangat kuat.
kadang-kadang rasa berat tak tertanggung.
walau apapun hidup perlu diteruskan.
ini common aku dengar.
ya, betul.
buat apa meratap benda yang belum pasti,
selagi kau mampu berusaha,
berusahalah dengan doa.
buat apa kau dilahirkan sebagai muslim,
kalau kau tak gunakan senjata itu sebaiknya.
setiap orang berhak berdoa.
jangan segan untuk meminta.
semoga kita sama-sama diberkati sepanjang bulan ini.
selamat bercuti kawan.
selamat meneruskan ibadah puasa.
selamat hari raya.

Tuesday, July 9, 2013
datang dan pergi : Ramadan
hari: selasa
Assalamualaikum.
sedang saya baring yang katilnya menghadap tingkap,
terlihat langt Ilahi yang membiru.
cantiknya, subhanaallah!
mulut terus bersajak mengikut idea di benak
menghadap langit Ilahi,
di situ terlihat wajah ibu
berkelip mata sedetik kemudian
aku terlihat wajah ayah.
sungguh, aku rindukan mereka.
berkelip mata sekali lagi
wajah adik muncul tersenyum.
sungguh berbeza Ramadan kali ini,
tak sabar nak beramal bersama kawan kawan.
untuk beberapa hari,
pengalaman itu akan tercipta sebentar lagi,
bermula dengan terawih dan kemudiannya sahur.
mereka family aku di sini.
mereka adik dan kakak.
juadah berbuka puasa pertama tahun 2010
kenduri untuk arwah mak masa bulan puasa

rindu semuanya.
Sunday, July 7, 2013
hati seorang wanita by Ash
hari: ahad
Assalamualaikum.
we near to Ramadan. Alhamdulillah.
** geledah balik blog lama Ash, jumpa ni.
Assalamualaikum.
we near to Ramadan. Alhamdulillah.
** geledah balik blog lama Ash, jumpa ni.
Saat kita bersama, aku selalu membiarkan engkau berseorangan mengejar cita-citamu,
Maafkan aku kerna jarang sekali bersama saat kau mahukan aku.
Melepaskan engkau pergi seperti melepaskan emas di laut dalam.
Tidak mungkin aku akan dapat seorang lagi yang bergelar "wanita" sepertimu.
Hatimu hanya ada namaku,
Amarah ku adalah amarahmu.
Aku manusia yang tidak peka.
Kita terlalu muda ketika bersama, aku tidak matang dalam mendalami perasaan wanita.
Membiarkan engkau terkapai - kapai mencari cintamu sedangkan semuanya ada didepan mata.
Aku manusia yang tidak sempurna.
Yang engkau mahu hanyalah belaian itu.
Aku terlalu muda untuk mengerti maknanya cinta
Walau sekeras mana wanita itu, ia masih seorang wanita yang selalu ingin dimanja.
Hatimu kini sudah terbang ke bulan.
Bolehkah aku mengejarnya?
Masa tidak menunggu ku
Aku akan mengejar masa itu.
Masihkah ada harapan itu?
p/s: Tika ini, saat ini. Aku rindukan dia..
Friday, July 5, 2013
cincin belah rotan
hari: jumaat
Assalamualaikum.
entri ini adalah entri berbalas untuk syahidah.
pasai apa pulak? sebab dia dah buat entri yg sangat best.
silakan.
hahaa, ketaq der nak tulis pasal ni.
dah jauh sangat ni dari landasan.
terperasan macam baru umur 7 tahun,
sungguh tak layak nak cerita masa hadapan.
tapi umur dah 21++.
mode serius dah mari.
kalaulah nanti ada jodoh ditetapkan untuk saya,
# saya sangat berharap dia seorang yang amat memahami masalah yang saya ada. ramai orang cakap jangan fikir tentang kekurangan itu. semua kerja Allah, tapi sebagai manusia biasa, benda tu serba sedikit mengurangkan keyakinan pada diri. walaupun saya seorang yang sangat menyayangi diri sendiri, bersyukur dan menerima ujian Allah ini dengan lapang dada. dia kena google dan selidik tentang kekurangan saya supaya dia tak terkena kejutan budaya. kekurangan saya tak teruk mana pun tapi bila orang mula cakap cakap, ia buat saya goyang.
Allah menguji hambaNya dengan cara yang paling unik apabila menjadikan kekurangan itu juga satu anugerah.
# dia mesti yang berfikiran jauh dan luas, jangan pernah menyesal memilih saya untuk bersama dia. sebab kita akan hidup bukan untuk setahun dua.
# dia mesti seorang yang positif dan pertahankan saya jika ada orang tanya kenapa dia pilih saya. dia ada hujah yang kukuh tanpa boleh dibidas pihak lawan. buat saya ternganga dan mata berkaca kerana hujah yang diberikan. gitu. dia tak boleh menyesal dengan hujah dia.
# dia seorang yang menarik. menarik dalam konteks saya ialah yang suka buat kejutan. macam kad tulis saya sayang awak. buat sajak macam zahiril buat untuk shera. lawak macam nabil. melukis walaupun tak secantik lukisan monalisa. ajak solat Jemaah pun menarik tau, menarik dalam iman. baca doa, saya aminkan. masakkan nasi daging pukul 3 pagi then kejutkan bangun ajak makan sama. itu pun menarik. itu kisah benar seorang lecturer saya, suami dia buat.
# dia mesti bebas dari Thalasemia. dia mesti bukan carrier, intermedia or else. walaupun kami telah bercinta, then baru tahu. saya akan tinggalkan dia, insyaAllah. tak nak sebarkan penyakit ini. kesian tau. statistic pasal Thalasemia kat Malaysia pun dah meningkat sekarang ni. yelah takkan baru kenal dah ajak buat screening kan. kalau boleh saya elak, saya cuba sekeras-kerasnya. doctor pun dari dulu dah pesan. kalau awak nak kahwin kena cari orang yang normal, dulu tak pernah kisah pun. masuk kiri keluar kanan. sekarang kisah.
ini kalau dua dua carrier. bayangkan yang bulat tu semua hijau then yg square tu macam tu. fikir senyap senyap.
# dia pandai. boleh bertukar idea, bimbing saya. jadi ketua yang bagus untuk saya. tahu semua hal walaupun bukan bidang dia. boleh balas apa yang saya bualkan, jadi takde lah bosan. pandai sesuaikan diri dengan mood. pandai kawal keadaan. doctor lah~ tapi doctor pun ada jugak tak reti pasal hidup, pasal kerja memang superb, ada nurse cakap. sokong jugak.
out of idea. suddenly.
tapi yang paling penting dia mesti faham saya, faham kekurangan saya. terima saya dan kekurangan saya.
## dia mugkin yang pertama untuk saya.

Ummu Hani.

menarik dalam iman. Jodoh itu milik kita- akan dating @astro134

Subscribe to:
Posts (Atom)