Showing posts with label nisha. motivation.. Show all posts
Showing posts with label nisha. motivation.. Show all posts

Thursday, March 20, 2014

lelaki, cinta dan peneman hidup

Malam Rabu.

Assalamualaikum.

Sejak saya duduk rumah sewa di Seremban ni, seorang orang rumah selalu seakan merengek mengenai calon hidup. Cerita semua lebih kurang pasal lelaki. Kadang kala bosan jugak. Saya kurang berminat sangat. Bagi saya, saya selesa dengan apa yang saya ada sekarang. Saya yakin semua orang pun mahukannya tapi belum tiba waktu. Mungkin waktu sekarang ini kita patut gunakan untuk menuntut ilmu, bekerja atau membahagiakan ibu bapa. Jadi, just go with the flow. To get someone that you dream, you must be as in your dream. To get man with pious, kind, gentleman, sweet, caring, charming, rich and so forth. You must work for it. You must make a huge investment first. That what I'm learn during the curriculum. Now I understand. 

Untuk ciri ciri yang agak material tu, lebih elok cuma kita yang tahu. Sebab apa? Ianya akan membentuk persepsi orang lain terhadap kita. Samada positif atau negatif. 

Dia biasa biasa, comel dan bersederhana. 
Dia kaya.
Perempuan itu menginginkan yang kaya dengan ideologi yang dia akan senang bila bersama.
Apalah kiranya jika yang bersederhana itu sukakan perempuan itu, apalah salahnya jikaaaa mereka ' ketawa bersama, menangis bersama ku bersumpah harap mati kita pun sama'. Renungkan. Kedua- dua 'Dia' tidak bersalah, tetapi apa yang salah ialah ideologi perempuan itu.

Sekiranya wanita itu dipilih untuk dicintai berdasarkan rupa paras yang cantik sahaja, bagaimana yang biasa biasa sahaja? Bagaimana dengan saiz badan yang agak besar? Bagaimana dengan warna kulit yang gelap? Sedangkan apa yang kita sedia maklum begini...

Dari Abu Hurairah r.a., katanya, "Wanita itu dikahwini karena empat perkara : Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya.  Maka utamakanlah agamanya, nescaya engkau bahagia."

Sama sama kita perbaiki apa yang kurang, topup diri untuk menjadi lebih baik. Kita boleh berdoa untuk apa yang kita impikan tetapi haruslah berpatutan.





Tuesday, June 4, 2013

menginjak dewasa

hari: isnin
cuaca: sejuk

Assalamualaikum.

* loving me, loving you kat sebelah ni macam tak berfungsi pulak. tunggu masa je nak dinyahkan dari belog ni.

its already June.
sungguh cepat ia berlalu.
semakin hari kita semakin dewasa
cabaran makin sukar
cinta, ilmu, kerja, duit, komitmen.
semua akan dihadapi.
tapi takpe itu lumrah.
masa sentiasa berputar mengikut kebiasaan.
kita yang berubah, sama ada baik lebih baik.
baik jatuh buruk. buruk jadi baik.
manusia boleh berubah kerana hatinya juga berubah
walaupun prinsip itu sudah lama dipegang genggam, siapa tahu tugas hati.
berubah tanpa sedar.
jika dulu I love you, tak terkejut jika akan datang I hate you.
walau macam mana celaka kehidupan itu, ia tetap kehidupan dan perlu diteruskan.

ada benda yang kita tak tercapai untuk dizahirkan dari segi lisan,
apa yang boleh pendam.
pendam dengan harapan tanpa usaha. sia sia.

memohon segala yang baik untuk kita.

syahidah cakap saya ada pengaruh kak affina sikit. terima kasih atas pujian. saya rasa dihargai.

Friday, May 3, 2013

hari: jumaat (penghulu segala hari)
cuaca: sejuk


JANGAN MENUNGGU duhai sahabat...
Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah...

maka kamu akan bahagia

Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah... 
maka kamu semakin kaya

Jangan menunggu motivasi baru bergerak, tapi bergeraklah...
maka kamu akan bermotivasi

Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang yang lain...
maka kamu akan dipedulikan

Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tapi fahamilah orang itu...
maka orang itu memahami kamu

Jangan menunggu inspirasi baru menulis, tapi menulislah...
maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu

Jangan menunggu projek baru bekerja, tapi bekerjalah...
maka projek akan menunggumu

Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai... 
maka kamu akan dicintai

Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang...
percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya

Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah...
maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti

Jangan menunggu kejayaan baru bersyukur, tapi bersyukurlah...
maka bertambah kejayaanmu

Jangan menunggu bisa baru melakukan, tapi lakukanlah...
maka kamu pasti bias

copy paste sebab suka.