Monday, April 29, 2013

hari ini esok dan seterusnya

hari: isnin
cuaca: cantik

Assalamualaikum.

hari ini esok dan seterusnya
kehidupan mesti diteruskan
dengan semangat, yang  mesti berganda- ganda
itu ciri orang bermotivasi, berjaya.
aku nak. sangat mahukan.
sebagai hadiah raya untuk ibu.

hari ni ada test, presentation.
aku dah lali.
itu normal sebagai pelajar.
yang jadi tak normalnya di sini
bagaimana  cara kita mengatasinya, menghadapinya.
ada masa kita perlu suka, dan ada masa kita perlu sedih.
dicabar kesabaran, diuji keimanan.



kejayaan takkan datang kalau kita sendiri tak usaha mendapatkannya. macam tu jugak dengan hal- hal lain.
bakal suami yang baik takkan dipeoleh jika kita tidak berusaha mengubah diri kita sendiri kepada kebaikan. (terbawa- bawa sebab baru lepas pergi resepsi kahwin seorang dari kawan sekolah tadika----- betul ke ayat ni? lantaklah)


dia telah berusaha. dia telah berjaya.

pocketrocket baba.

Tuesday, April 16, 2013

esok test, jadi?

hari: selasa
feeling: tak pasti

Assalamualaikum.

esok ada test
baca memang baca
tapi tak tahu
tak yakin
boleh ke menjawabnya. persoalan sekarang.
ini subjek dry.

aku rasa aku tak bangkit lagi.
aku inginkan semangat masa semester 2.
tapi aku sedang berusaha untuk bangun.

lagi 3 hari mau bercuti seminggu.
yeay, rindu sangat dengan joho dan segala isinya.

kenangan.
bunga mak cik bagi.

Sunday, April 14, 2013

rojak

hari: ahad
cuaca: redup


Assalamualaikum.

hai, reader. sebenarnya takde cerita, tapi rasa nak menulis tu ada jadi taip je lah mengikut jari jemari.

cerita#1

semalam hantar proposal then kena reject
bila telefon orang orang yang diperlukan
tak diangkat dong
hati mula sedih sebab benda tu kat tangan aku.
hati bergelora risau nak mati.
sia sia usaha bisik hati.
tak tahu lah hari ni macam mana.

cerita#2

mesej mesej dgn manja yang dok study kat perlis tu.
perempuan mesti kena dijaga hatinya, okay!
ingat tu.
tapi dia kuat, saya tahu tu.

cerita#3

keluar petang seorang diri
membawa diri ke pasar tani
karipap dan rojak makanan dibeli
rasanya sedap teringat sampai kini.

cewah, berpantun. duk Melaka ni orangnya suka berpantun
terpengaruh.

cerita#4
hati mula gusar
minggu depan ada test
baca memang baca
lekat tak lekat tak tahu lah
aku nak excellent.




antara bahan rojak. variasi kan.
photos from: album 'buka kedua kami'




Friday, April 12, 2013

aku bertanya

hari: khamis
mode: mix

Assalamualaikum.

aku mengaku mood aku hari ni tak stabil
aku tak selesa dengan keadaan sekeliling
aku rasa muak
mungkin masalah tu datang dari aku.
tapi kenapa antara aku dan mereka
ada jarak yang memisahkan.
aku mula bertanya.
pada diri sendiri.




Saturday, April 6, 2013

happy birthday friend.

hari : jumaat
cuaca: panas

Assalamualaikum.

5 april,
hari jadi dia.
dia kawan saya.
Alif Farhan.


of cos lah yang lelaki tu kan.
kami sama tempat belajar.
dia dah kurus sikit sekarang ni.


bye.

Friday, April 5, 2013

adil

hari: jumaat (penghulu segala hari)
cuaca: panas

Assalamualaikum.

saya mulakan tajuk entri ini dengan 'adil'. saya bertanya pada diri sendiri adakah saya sudah cukup adil kepada Pencipta, ibu ayah, adik adik, kawan kawan dan orang sekeliling.

bila kita bertiga, cukup adilkah kita adil pada orang yang ketiga?
bila kita bersama adik dan kawan, cukup adilkah kita pada salah seorang dari mereka?
bila kita bersama si cantik dan si hodoh, cukup adilkah kita pada si hodoh?
yang penting, adilkah kita untuk Allah makbulkan semua permintaan kita tanpa kita merasa susah?

kita kena adil pada Dia,
diri sendiri yang paling penting,
ibu ayah dan keluarga,
kawan kawan yang menyokong,
orang keliling,
alam sekitar.


Tuesday, April 2, 2013

manusia

hari : selasa
cuaca: gelap malam

Assalamualaikum.

hari ini aku eksaited untuk menulis. aku gembira diberi kesempatan untuk gembira.

aku menghargai dia
aku sayang dia
tak perlu bertahun tahun
tak perlu berhari hari
hanya tiga hari
ikatan itu mula terjalin
dia hebat.
dia extrovert.
dia manusia kedua yang buat aku yakin untuk bersuara.
tapi sayang,
perkenalan ini berlaku di hujung waktu
apa pun yang penting
aku tetap syukur.