Thursday, August 19, 2010

no title~~

hai, aku rasa sudah lama aku tidak mengetuk papan kekunci ini...jari jemari seakan kaku untuk mencari huruf menyempurnakan perkatan yang sedang berlegar- legar di ruang legar kotak fikiran ini...
di sini aku ingin menyampaikan bahawa mati itu bila bila boleh berlaku...walaupun kita baru berpisah dengan orang tidak selang beberapa jam...seperti yang berlaku dalam kalangan ahli keluargaku...

Sunday, August 8, 2010

dari pandangan mataku


bidadari kiri, nana dan ainaa...


sewaktu sambutan hari guru 2010




gambar ini diambil selepas mat top saya dibaiki oleh Ibu Husna.


Sudah setahun aku berada di kelas ini. Berbagai perasaan telah lahir suka, duka, kecewa dll. Bersama kawan – kawan baru, mereka sangat baik. Aku tidak pernah menyangka aku boleh bercampur dengan mereka semua. Jika dulu, aku malu – malu…kini hilang rasa malu. Huahuahahaha sepanjang masa di samping pelajaran yang tidak akan dilupakan. 17 orang semuanya :-
Cerita ini hanya dari pandangan mata dan minda saya saja.
Boys :
Safar – seorang yang baik tetapi kasar cara bercakap dan gurauannya. Bijak dalam hal – hal IT. Kalau ada mat top yang rosak hantar saja ke dia. Confirm, elok!
Faris – seorang yang hmm…entah! Suka cari gaduh. Manja a.k.a ngengada la sikit.
Kalai – membosankan
Yogen – suka kacau orang, suka peluk beg.
Girls :
Choong : rajin belajar. Suka makan biskut dan roti. Rambut dia lawa.
Lau : baik. Suka makan nasi lemak. Seronok berbual dengannya.
Mila : bina tak bina. Malas nak bercakap.. suka tersenyum dan tersengih. Baik dan lemah lembut.
Nana : bising mulutnya suka membebel. Tulisan dia lawa. Baik. Suka menyanyi.
Syafi : cantik. Terpegun pertama kali tengok dia. Suara pun sedap. Sedang dilamun cinta.
Iqa : baik tapi muka dia garang. Takutlah. Rajin belajar. Pandai.
Ida : cantik. Suka ketawa. Pandai.
Atin 10 : tinggi. Kena dongak nak burak dengan dia..kihkih tipu. Cantik. Suara nyaring. Nyanyi dengan saya dalam kelas bersama – sama.
Ainaa : baik. Tukang kejut saya bangun tidur.
Amira : ha, ni kawan saya yang saya rasa saya baru nak rapat dengan dia. Saya takut dengan dia ni dulu. Dia suka berseni. Ada gaya. Jam dia yang merah tu lawa.
Farra : bidadari kanan saya. Dia baik. Cantik. Kelakar. Tumpangkan saya ke sekolah.
Aalia : garang tapi tak garang sangat. Baik. Cantik. Ada ego (scooter). Mcam kakak saya. Selalu tegur jika saya ada tersalah. Dia pula bidadari kiri saya. Suara macam ada gam. Sedap.
Al-kisah maka tamatlah pandangan saya terhadap kawan – kawan saya. Kelas yang selalu bising bila tiada cikgu. Diisi dengan gelak tawa dan gurau senda. Tiada pertelingkahan. Diharap kita akan kekal begini sehingga ke akhir pembelajaran kita. Kejayaan yang diimpikan bersama harap tercapai di STPM ini.

jurnal puasa Andi


Tahun ini merupakan tahun yang keempat Si Hensem berpuasa…tetapi Ramadan yang dia berjaya sempurnakan baru dua tahun kebelakangan ini. Seronok bila tengokkan gelagat dia berpuasa. teringat masa kecil-kecil dulu. Kejap nak puasa, kejap tak nak…kang pukul 10 dah nak buka… Ni bermula dengan bersahur, susahnya nak kejut Si Hensem ni…boleh mendatangkan tension… tapi ayahlah orang yang paling sabar di dunia…mengejut Hensem bangun. Hai, kadang – kadang ayah tension jugak. Tapi takpe, Intan Payungkan macam Ehsan..hihihik… tapi dia ni lagi kental dari aku, tak bangun sahur pun takpe, steady sampai petang.. tapi siaplah karenah berbakul – bakul… layankan je!zasss!! ni cerita yang tahun – tahun lepas punya.
Tahun ni punya cerita… nantikan bersama – sama keluaran fanzine saya yang akan dating. Dapatkannya dari episode 1 di toko – toko belog berhampiran kawasan kediaman anda…

Thursday, August 5, 2010

aku juga berhak

Weather : don’t know

Aku juga berhak berasa rindu pada rumah, ibu dan ayah serta Andi. Walaupun tidak sampai 2marhalah tetapi perpisahan dan berjauhan itu tetap wujud. Jadi tidak salahlah mengapa aku kadang kala berasa sunyi dan mengingati suasana rumah. Berharap agar cepatlah hari – hari itu berlalu supaya aku dapat pulang menjenguk rumah. Lebih – lebih lagi bulan Ramadan yang bakal tiba nanti. Ini merupakan pengalaman pertama aku berpuasa, bersahur dan berbuka bukan dengan ibu dan ayah. Jauhlah aku dengan bazaar tahun ini. Takpe, ni lain dari tahun – tahun sudah. Penghijrahan... sesuatu yang digalakkan. Berpuasa di tempat lain, tidak tahu bagaimana rasanya. Aku mengharapkan semua yang aku lalui ini akan dibalas dengan sesuatu yang bernilai. Nanti kalau masuk U, lagi seronok agaknya… tapi kenalah nyanyi lagu Dendang Perantau. Pastu, bila naik bas nyanyi pulak lagu Balik Kampung. Teringat Cai cerita masa dia belajar kat Perak dulu. Sedih teringat kat mak tetapi kawan – kawan ada menghilangkan sedikit kerinduan.

Jadi di sini, hendaklah aku tegaskan bahawa kerinduan tidak memerlukan jarak yang amat jauh. Berjauhan sejauh 50/+ km juga boleh menyebabkan kita berasa rindu terutama sekali terhadap orang yang amat disayangi, Ayah dan Ibu. Ibu mesti sedih juga tapi dalam hati, dia tak nak tunjuk sebab nanti gegirl2 dia sedih kuasa tiga. Tapi aku steady je, aisyh! Yelah tu!!

SALAM RAMADAN untuk SEMUA UMAT ISLAM TAK KIRA DI MANA JUA...
JOM KUMPUL MATA GANJARAN...

nanti bila dah puasa aku akan bercerita lain pula, mungkin tentang pengalaman aku berpuasa...see you!

Tuesday, August 3, 2010

i can do it, what!

Tuesday, August 3, 2010
Weather : gloomy

I feel so glad because now I am free from internet coverage. Why? Because… tut tut and bla bla...now, I can focus on my study. I hope. It will be my first and foremost step to get a successful. 1 month more until I have to face my STPM trial. I will my try to get above 3. I want to make my parent proud of me. I know I can do it, what! Yeah, I can! For thing to change, I must change first. Neglect all kind of thing that can make me lazy and some other negative attitude. No pain, no gain…
I want to improve my effort…. I want back old Hanesha that have a strong spirit while she was in Form 3. Please come back all the attitude… I beg to you…