Tuesday, December 25, 2012

sepanjang jalan kenangan... 2012

hari: selasa
cuaca: sejuk, mcm kat perantauan *saya bersweater di dalam bilik*

assalamualaikum.

mula-mula, saya nak tulis entri pasal kahwin-kahwin sebab nak cerita pasal majlis kahwin sepupu, tapi bila tengok encik kuro punya entri, rasa nak cerita jugak benda yang sama. hihi, saya tiru dia. no no no, bukan tiru lah tapi terinspirasi untuk menulis benda yang sama. kan? see, tajuk je dah lain. sorry, encik kuro. tapi saya suka belog awak.

for other information:
encik kuro ni sama UITM MELAKA dengan saya. dia HOTOUR-ian. saya budak BASS. saya pernah jumpa dia waktu sama-sama kat BANK ISLAM. rasa terperanjat dapat tengok encik kuro DEPAN-DEPAN. itu je nak kongsi.

along this 2012, banyak benda yang dah saya lalui, berlaku secara sengaja atau tak sengaja. saya suka benda tu atau tak suka. tapi itu dah kira sejarah bagi saya. apa yang baik, saya jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. peribahasa di situ.

januari : saya masih di semester 1 lagi. sedang mempersiap untuk menghadapi peperiksaan akhir. masih lagi bersama dengan ladies A4-2.
kami
bilik utama-----> geng anggun - nesha, zati, mieza dan anis.
bilik 2---------> lupa - fifah, ika dan ainur.
bilik 3--------> bilik rock "lu langsi, lu tidur luar" - ily, oyen dan mimi.

februari : saya bercuti. 1 bulan lebih. dapat result semester 1. sedih.

mac : naik semester baru dengan azam yang kuat.

april, mei, jun, julai : di melaka bandaraya bersejarah. macam-macam berlaku. antaranya :
malam jalinan kasih ------> program wajib pergi, best!

solat hajat perdana untuk semester 2 di masjid selat.


program perasmian UTC. roomates saya.


pirate park - eye on malacca.


ogos : raya. hooray, saya suka sangat raya.

ayah dengan kakak dan abg iparnya.


andi- sepupu paling muda.
irfan dan mirul.


gambar ni sepatutnya saya dengan adik je tapi abg iwan dan wak mie nak jugak.
tapi takpe, nice.


kaum lelaki sebelah keluarga ayah.
ramai lagi yang takde, raya rumah menatu.


my family and I.
saya anak ibu.


sepupu sama umur.
lebih kurang sama-sama membesar.
ada sorang yang takde, tu yang gantikan adik.


dalam perjalanan ke kampung ibu pulak.


september, oktober, november dan disember : sekalikan cerita sebab rasa macam tak banyak cerita kot.


16 september 2012
kakak errin (yg buat peace) kahwin.
best, pertama kali buat ucapan kat guest book.


sebelum debat.
malam tu, terlakar sejarah kemenangan saya sebagai ' final best speaker '
thanks to all who support me especially ibu.
yang tarik saya senior aman.
berjuta terima kasih.
team member saya - wani azmat.
penunjuk ajar - sukbean, reena, aini, syafiq, bobo, toto, bieber, azim, adderly.


ika - motivator saya.
pe kena roti canai kat subaidah.


this award for ayah dan ibu.
kemenangan terbaru untuk ibu dan ayah.


di uitm shah alam.
debat wanita-wanita sahaja.
dari kiri : wani, nesha, aini, zati dan qusha.

team dari KBM.


selepas habis, kami ada parti.
makan-makan je lebih.


kelas akhir dengan ibu fatimah.
ibu fatimah berbaju oren, bertudung cuklet.


rhetoriks AGM.
ni semua BASS.
senior aman yang pakai specs bukan berbaju merah.


itu jelah yang saya ingat. sekarang tengah bersiap sedia untuk menghadapi final exam. doakan saya.

waktu : 08:50, 25 disember 2012------------>  istanbul

Sunday, December 23, 2012

forgive me, sister

i feel not comfort after i have a small quarrel with my sister.
she is always like to ask the question that are not clear, then when i ask why, she said nothing.
i dont like that until i told her stupid.
she gave me word about it is influence our life- even it just  word.
then, i told her back when you make someone keep asking with your not clear question also it is not fair.

after a moment, i feel guilty toward her.
maybe, it is true.
i am person who least with patience for a small thing.
i dont like her way.
i hope, she forgive me.
i have appologize to her.
i will correct myself to be better example, InsyaAllah.


this is my sister, nurul.



Saturday, December 22, 2012

belog vs journal

hari: sabtu
cuaca: gelap malam

assalamualaikum.

*minat nak menulis belog dah berkurang sebab takde pengomen, maybe dgn adanya pengomen ia serba sedikit memberi semangat untuk berkongsi cerita. percayalah*

ni dah macam syok sendiri pulak, baik tulis kat journal saya je. sekarang, saya banyak tulis di situ.



Thursday, December 13, 2012

comment vivre sans toi

hari: khamis
cuaca: gelap malam

assalamualaikum.

lama sudah saya tak menaip, bercerita tentang kisah hidup yang secebis. banyak benda yang telah berlaku.
sebelum itu, segala syukur kepada Allah atas nikmat yang dipinjamkan. nak cerita apa malam ni? kuang kuang..

orang kata
pejam celik pejam celik, sem 3 ni dah nak abis. lagi 3 minggu je sebelum ke final. dah sedia ke nak struggle untuk dekan. doakan saya boleh dapat.

sebab tak tahu nak cerita apa, saya cerita berdasarkan gambar okay?

jadual exam. okay lah ada jarak. paling lambat balik. itu adat.

ni pelamin kak mijah. cai yang buat. cantik. seronok.

hanesha berlakon mandarin. jadi pelajar.

katak tu ibu bagi.

rumah saya. ibu cakap kalau rindu rumah, lukis gambar rumah. jadi inilah. macam masa kecil-kecil dulu.

WODC- pengalaman yang sungguh bernilai. harap boleh join lagi dan contribute sesuatu untuk kelab rhetorik dan uitm.

24-11-2012
umur saya cukup 21 tahun.
sambut dgn andi aqasha my boy.


Thursday, November 8, 2012

dan bila esok

hari: khamis
cuaca: okay

assalamualaikum.

# best tadi belajar akaun.
dari 3 exercise yg diberi 1 je aku betul- kena buat correction.
walaupun confuse tp best lah, harap semuanya senang
then thing i must remember must be paralel the answer for both side.

# esok dah nak datang.
takut.
esok nak ambik aku bawak jauh-jauh.
pukul 7
apa pun, esok tetap datang.

Wednesday, November 7, 2012

my dear friend part 2

hari: rabu
cuaca: sejuk tp hati sikit panas

assalamualaikum.

aku nampak kau
tapi bukan aku yg di sisi
lagu black dgn malique

tapi itu yang berlaku pada dia
dah banyak kali dia nampak kawan dia
tapi dia hanya boleh tengok dari jauh
tegur dari hati
tiap kali percubaan untuk ajak berjumpa
si polan menolak mentah-mentah
alasan terus diterima.

bila cuba diluah isi hati
si polan balas supaya jgn cemburu
hati mana tak cemburu bila tgk kawan rapat dia
ada kawan baru
lagi rapat dari si badan
sudah terang dia mengaku itu kawan baik dia
siapa dia pada si polan?
mana jatuhnya kedudukan dia pada ranking persahabatan si polan?

friend, dia pun akan cari kawan beribu
tidak stick pada yang satu
tapi yang lama jangan dilupakan.

semoga kami sama-sama berjaya dalam pelajaran.
Amin.

gambar lama.
masa saya lower six.

Monday, October 22, 2012

that night

hari: isnin
cuaca: hujan kadang kala mendung

assalamualaikum.
my entry title same like my dear friend, Farra. nak jugak.
this week we officially have no holiday at weekend, for sure lah penat kan
but it is okay for me
as long my day fill with knowledge, friend and joyful.
that night we are spending time together and always
we eating together, watch television and walking along the road.
the other place is far and costly.
and it is danger if we ragu-ragu.

boring kan baca?
btw, thanks for reading.
ada ke nesha?



mamak stall called 'subaidah'
if at kota tinggi we have 'ros merah'

ika my eating partner...


nesha berkata: esok lusa johor. . . hooray~~

Wednesday, October 17, 2012

hai situ hai sini di mana-mana pun hai

hari: rabu
cuaca: mendung

assalamualaikum.
ini berkaitan entri yang lepas
saya rasa sikit perubahan
di mana saya pergi
pasti ada satu dua orang yang hai
dulu takde

apa-apa pun,
saya hai balik
hai awak best speaker... usikan yg sering terjah
saya hanya senyum alhamdulillah
mungkin itu kebetulan hadiah dari Allah
lu orang pun boleh.
jom sertai kelab rhetoriks
saya dah serta merta.
anda?
ni lah plag nya.
terima kasih semua yg tunjuk ajar dan support


untuk yang paling excited datang
puteh, qina dan mai baby you.
ika, mieza
omey, izzaien lg sape ek.

saya pakai baju ni malam tu
mieza ckp sama dgn warna langsir
memang pun.

yang kiri tu wani
rakan sepasukan.
yeay, wani agresif.


Tuesday, October 16, 2012

di sini bermulanya

hari: selasa
cuaca: terang

assalamualaikum.

mengimbau kembali detik itu bermula
kejayaan yang saya dapat capai
saya begitu tidak sangka ini akan berlaku
jika dulu, majlis itu pun saya tak endahkan
tetapi majlis itu menjadi titik tolak
saya seakan memasuki satu alam lain

ICDC- INDEPENDENCE CUP DEBATING CHAMPIONSHIP
satu nama asing bagi saya
tetapi semester kali ni
saya terpanggil untuk volunteer runner
suka rela berbakti untuk mengutip markah dari juri kecil
untuk dikumpul ke juri besar
memberi kertas kepada peserta yang bertanding
tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

bermula dari jumaat petang,
saya tak hadir untuk taklimat tugas
tapi saya datang pada malamnya untuk tetap bertugas
walaupun tak tahu bagaimana sebenarnya

apabila semua sudah berkumpul
senior mula menggementar kami runner
kerana apa?
kami tak cukup kumpulan, siapa yang nak masuk lagi?
wah, aku tak nak lah
tolak tambah darab bahagi- wani dan zati osman yang ditarik
tapi,
tolak tambah darab  bahagi lagi-  organizer keluar lagi
tanya lagi- siapa yang tak pernah masuk debate ICDC ni
ada senior sama fakulti menuding ke arah kami (saya dan omei)
apa? hati mula gelisah.
then, lebih agresif lagi senior itu berjalan ke arah saya dan suruh saya masuk
alamak, saya geleng-geleng.
dia memimpin tangan saya dan membawa saya masuk ke bilik seminar
di mana berkumpulnya semua pendebat-pendebat yang menggerunkan.
dibawa hingga ke depan dan Adderly( juri besar ) bertanya nama kumpulan
ha? dia pun terangkan serba sikit
zati osman tak dapat masuk cz dia ada program esok
dia tanya lagi apa nama kumpulan
aku jawab FRESHIE
lantak lah, apa yang penting jantung aku berdegup kencang 2x ganda
tangan sejuk serta merta

kami pun duduk (aku dgn wani)
setiap round yang kami bertanding
hanya cuba yang terbaik dan reda
2 1 3 1 1- itu yang melayakkan kami ke semi final
alhamdulillah
semi final is silent result jadi kami tak tahu keputusan
jeng jeng jeng
kami dapat ke grand finale
kami dapat 1st runner iaitu tempat kedua
sedih jugak tak dapat bawa piala pusingan untuk fakulti

to all friends, adjudicators who make our team as favourite, seniors- aman, sukbean, bobo, toto, azim, adderly, bieber and others, ibu, ayah and adiks

a huge thanks from me.

nesha berkata: here here... ICDC awesome

Monday, October 8, 2012

talasemia

hari: isnin
cuaca: panas

assalamualaikum.

hari ini, saya nak bercerita tentang penyakit yang jarang orang ambil pusing.
bila cakap talasemia, sakit apa tu?
soalan yang sering ditanya.
sekarang ini, talasemia antara penyakit yang diberi perhatian kerana
bilangan pesakitnya kian meningkat.

talasemia ialah penyakit berkaitan kecacatan darah di mana menyebabkan haemoglobin menjadi tidak normal.
ianya boleh diwarisi dari ibu bapa yang mempunyai gen pembawaan talasemia.
oleh itu, bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga dinasihatkan untuk memeriksa darah untuk talasemia selain daripada HIV.
jika keduanya merukan pembawa gen talasemia, mereka tidak digalakkan untuk berkahwin kerana risiko untuk mendapat anak berpenyakit tersebut adalah tinggi.
ketentuan Tuhan tidak dapat dielakkan, tapi kita boleh berusaha untuk mencegahnya.


-ada jugak yang anak kedua mereka normal tetapi anak ketiga mereka juga talasemia major-

tanda-tanda :
-Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.

-Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
-Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
-Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal.
cara yang boleh diambil bagi mengurangkan :
-Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.

-Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
-Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
-Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

talasemia tidak berjangkit, jadi jangan takut untuk ada kawan, kekasih yang berpenyakit talasemia.
mereka sama seperti orang lain.
dan jika pesakit ini mengambil berat tentang kesihatan mereka, mereka pun normal seperti orang lain
bisa beraktiviti lasak yang tidak keterlaluan.

-jangan sisihkan mereka-
-sakit bukan alasan-


-cikgu kat sekolah pun perlu ada pendedahan tentang penyakit ni-

soal perkahwinan, agak rumit sedikit bagi pesakit talasemia yang wanita tetapi ada juga antara mereka yang dah berkeluarga.

-sila ambil perhatian-




kisah hidup pesakit talasemia
 
N( bukan nama sebenar) dilahirkan normal dengan berat 3.18kg, tetapi apabila usianya makin meningkat dia mengalami masalah susah buang air besar. kemudian mendapatkan rawatan dan didapati menghidap penyakit talasemia pada usianya baru 8 bulan. bila dia besar, pada usia 4 tahun, limpanya terpaksa dibuang kerana ianya membesar dan rosak. ketika itu, dia cuma budak kecil, gembira menaiki ambulans sedangkan ibu dan ayahnya menangis sedih. dia tidak pernah kesal dengan keadaan dirinya tetapi dia pernah bertanya kepada ibu--- sampai bila dia kena melakukan transfusi darah. ibu cakap dia seorang yang kuat, tidak pernah sedih. dia tabah. sampai dia sudah memasuki alam persekolahan, dia tidak boleh lasak kerana dia masih kecil, tak tahu batas mana yang dia boleh buat, jadi ibu memberitahu cikgu dia tak boleh bersukan. setiap kali waktu PJ, kawan-kawan seperti tak endah, dia duduk di tepi padang. hati meruntun tapi keadaan tak mengizinkan. cikgu-cikgu terus melabelkan dia tak boleh masuk apa-apa, jadi jawatan apa-apa atas dasar penyakit. bila dia berusia 12 tahun, dia minta untuk bersenam, dia boleh lakukan sebenarnya, dia boleh berkhemah, kerana apa? hatinya kuat. masyarakat suka memberi alasan, tetapi dia tak suka. sakit bukan alasan---pesan ibu. dia berjaya di sekolah rendahnya begitu juga sekolah menengahnya. kini dia menuntut di universiti tempatan. doakan kejayaan dia.
 
pada kawan-kawan yang mempunyai kawan berpenyakit, jangan ketepikan mereka.
pada lelaki-lelaki yang kenal dengan perempuan berpenyakit, jangan kutuk mereka.
 
nesha berkata---- rindunya kat andi

Sunday, October 7, 2012

karnival sihat

hari: ahad
keadaan diri: penat


assalamualaikum.

tamatlah sudah karnival itu,
segala usaha telah terhenti di situ,
tapi kenangan kekal di ingatan.

jaga parkir, jaga kebersihan,
itu aku.
aku dan kawan-kawan.
ketua kami Qusha Malik.

-yang kiri itu Qusha-

dia baik, air matanya menangis kerana kami.
kasihan kami yang berpanas.
kami tak apa, itu dah tugas.

selain itu,
aku gembira tolng jaga booth makan berlebihan.
membantu apa yang perlu
-ini penjaga booth makan berlebihan-
syamimi, wani dan omey



Saturday, October 6, 2012

sendiri

hari: sabtu
mood: sunyi

assalamualaikum.

bila kita bersendirian, kita akan lebih memahami dan mengenali diri sendiri. syukur dengan apa yang ada. anda hebat.
nesha berkata " saya rindu nasi kat rumah"

Friday, September 28, 2012

suatu masa

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

Friday, September 21, 2012

cinta. . . terasa ada

hari: jumaat (penghulu segala hari)
cuaca: mendung kelabu

assalamualaikum.

baru pukul 5 lebih tapi dah gelap
bila gelap ni feeling-nya pun macam suram je.
semalam saya ada koko
cikgu tanya kalau dalam perhubungan itu apa sinonimnya sifat lelaki dan perempuan.
ayok, tak tahu.
aku yang kena jawablah~
pandangan saya kalau lelaki tu lebih bertolak ansur dan wanita lebih banyak bersabar.
itu je yang terlintas. betul ke?

tadi jalan-jalan baca belog orang
dan terpaut dengan heading kat blog sorang mamat ni
' andai kata kamu masih belum berpunya suatu hari nanti, akan aku pinang kamu mengikut cara agama kita'
lebih kurang macam tu lah.
touching tak as a woman kalau baca ayat tu?
mestilah kan.
wanita ni hatinya lembut dan suka sesuatu yang indah.
cikgu cakap dan aku percaya itu memang lumrah wanita.

Wednesday, September 19, 2012

jujur aku geram

hari: rabu
cuaca: panas so so lah

assalamualaikum.
hai, hari ini rasa tergerak untuk bercerita di sini
saya rasa tak selesa, geram dan macam-macam lagi
kenapa?
sebab saya simpan je, saya tak luahkan pada si dia.
saya takut, takut dia marah.
takut dia sedih
takut saya biadap.
tapi semakin lama saya tahan, saya rasa tak mampu.
apa yang terbaik bagi saya?
saya memang boleh untuk jujur
berkata padanya
tapi adilkah saya untuk mengatakan itu?
apa perasaan dia pada saya?
saya tak mahu tergesa-gesa
ianya akan bagi kesan buruk pada saya jugak.
jadi, sayalah yang harus berubah, berhati-hati.
kerana '... for you to change people, you should change yourself first.."
yeah, saya cuba.

DUNHILL- dunia umpama neraka, hidup ibarat layang-layang.
klishe, orang bodoh je yang pegang pada kata-kata ni.
dah lama aku tak dengar cerita pasal kau.
aku harap aku tak berdosa pada kau. (takde kaitan dengan yg atas tu)

one of the favourite place.
lagi awesome kalau duduk sambil makan ais krim.
lagi best kalau ada geng borak dan gelak.

terima kasih.

*** sedang mencari imam untuk diri ini. chewah, ditulis kerana dipengaruhi suasana majlis perkahwinan.
hari tu pegi majlis kahwin kakak eryn, best.

 ni lah kami..eryn yang tunjuk peace tu.

 ekin dan eryn bersama guest book.

 sue sun sunshine, nesha dan ekin.

eryn, sue dan nesha. saya suka ni.

sekian.