Wednesday, September 21, 2011

16 hari... -.-

hari : rabu
mode : tengah searching pasal Hospital Melaka


sedar tak sedar, siang berganti malam, panas berganti hujan dah 16 hari aku menjalani hidup di alam siswi ini. perjalanan memang banyak cabaran dan kedukaan. di samping itu, ada juga keceriaan. semua itu silih berganti. di sinilah aku belajar semula cara berkawan. aku di sini boleh diibaratkan sebatang kara. jadi aku bermulalah semula. dari ucapan salam ke ucapan hai dan hello.



dari bertanya nama dan tempat asal ke bertukar-tukar no telefon. suasana kat sini memang berbeza dari uni yang lain. berada kat sini, aku merasakan diri ini seorang pekerja pejabat bukan seorang siswi. bukan kerana apa, tapi bangunan uni kami seperti bangunan pejabat dan petempatan kami merupakan sebuah apartment. setiap hari, kami harus berjuang dengan tangga. menaiki lif merupakan impian setiap siswa dan siswi di sini. jantung ni berdegup seperti hendak menonjol keluar. betapa jantung sangat bekerja keras. tingkat 5, 10, 13 menjadi mainan. tingkat 2,,, alhamdulillah, syukur sangat!




- ni merupakan pemandangan waktu pagi dari tingkat 4 kolej kediaman aku -

mengenai subjek pula, untuk part 1 ni aku ambil subjek CSC 413 ( interactive of multimedia ), ACC 106 ( accounting ), MAT 112 ( business mathematics ), ADS 410 ( quality management ), CTU 551 ( tamadun islam dan tamadun asia ) dan LAW 245 ( undang-undang ). project work dah dapat, tinggal tunggu pening. tapi aku yakin, aku boleh. untuk part ni, aku tak ambil lagi 3rd language. koko pulak aku dapat kesatria negara. tak bestlah koko. aku tak boleh buat, jadi duduk tepi je. orang semua tengok, tak suka. harap-harap ada aktiviti untuk aku. jadi seronok sikit, tak payah duduk tepi je. tapi aku sangat berharap hari selasa takde pukul 4.30-6.30ptg. tak payah pegi koko. hahaha,,boleh fly pegi mana-mana ke, rehat kat rumah ke. makbulkan doaku ( memang tak lah kan )


* rasa macam nak makan maggi goreng. sedap jugak~~ mari buat.




selamat malam teman-teman...

p/s : farra, nadiah, shitty, aalia dan lain-lain, gogo fighting!

Sunday, September 11, 2011

being a malaccaian, being a UITMian

date : 11 september 2011 ( birthday Bienda aka Ika Md Nor )
weather : haze


Assalamualaikum dan selamat hari raya semua!! Seperti yg semua ketahuai, bulan September merupakan bulan kemasukan pelajar baru ke universitas di seluruh Malaysia,, maka dengan ini, semua pelajar lepasan STPM, Matrik dan Asasi tidaklah dapat menyambut raya dengan gah nya,, Ini kerana tarikh kemasukan ke universitas dekat-dekat dengan tarikh Hari Raya,, Mana tidaknya, ada kawan saya yang pergi mendaftar pada 3 September 2011, itu baru raya yang keempat,, Saya pulak mendaftar pada 6 September 2011 tetapi sudah berangkat pada 5 September 2011 ke Melaka Bandaraya Bersejarah Negeri Maju Negeri Teknologi Hijau ( begitulah sebutannya ) - sila tarik nafas dalam-dalam dan sila ingat untuk penuntut-penuntut universitas di seluruh negeri Melaka,,


saya dapat uni mana?? Ada orang tanya soalan tu kat saya,, Meh, saya bagitahu,, Saya dapat kat UITM Kampus Bandaraya Melaka dalam jurusan Sc. Pentadbiran dan Pengajian Polisi aka BAS,,


Now, I am Malaccaian and also UITMian,, Try to adapt myself with the new place, new environment, new friend and everything new,, But still memorise to my family, my friend, my left and right wing, my story-teller and everything that I left in Johore,, I miss them but not crying,,


I'm very glad because all my roomate are very happy and easy going,, From the first we met we can get along,, I hope it will continuosly..



Saturday, September 10, 2011

belog terbengkalai

hari : sabtu
cuaca : panas

*saya kini sudah bergelar mahasiswi@ UITM KBM


dah lama kan saya tidak bercerita di ruang ini..sekarang ni pun nak cerita apa saya pun tak tahu,,apa yang saya tahu minggu destini siswa telah tamat,,banyka info yang sudah diperoleh,,harap boleh menjadi bekalan untuk masa2 yang akan datang,, contohnya :
1. macam mana nak pergi kelas..nak lalu jalan mana..

tapi....

aku tak tahu macam mana nak nak balik johor....