Sunday, January 13, 2013

rindu itu ada

hari: ahad
cuaca: biasa


Assalamualaikum.

hai, lu orang. sekaranga ni wa makin gigih untuk menamatkan sem tiga wa yang berbaki 8 hari je lagi. tapi rasanya macam 8 bulan melaluinya. tapi bila hari-hari yang ada paper, macam baru 8 minit baca dah nak kena pegi jawab exam. aiyoo! nampak tak?

wa baru je balik dari jawab paper human resource. mudah-mudahan Sir Fajil murah hati bagi wa markah. Amin. tapi sebelum tu nak minta maaf sebab tangan gigil, tulisan buruk. malulah kalau Sir tengok nanti. nak buat lagu mana, peluh kat tapak tangan pun tiba-tiba je ada. ampun.

wa makin rindu sama itu yang dinamakan famili dan friend. tapi pagi-pagi lagi, ibu dah telefon. kelakarnya masih berbaki sampai sekarang. itu ibu wa, kami ketawa bila di telefon. cakap tak pernah habis dengan salam sebab kehabisan kredit. haha.


rindu semua.



gelaran mak cik makin kukuh

hari: ahad
cuaca: sejuk

*ahad pun kena berjuang, kerana Allah*

Assalamualaikum.

hai, saya sangat teruja. sebenarnya perkara ni berlaku semalam. sepupu saya dah selamat melahirkan anak ketiga. suka sangat. sekarang ni ramai budak kecik kat kampung ayah. bising. seronok. macam-macam lah.


nilah baby nya.
selamat datang ke dalam keluarga atok taha.
nama dia: muhammad ammar shaqif.

seronokkan, letak nama untuk baby. jom berangan. saya ada jugak suka beberapa nama. antaranya:

1. Hanes Farha
2. Marya Azizah
3. Amna Maryam (nama anak pocket rocket man)
4. Zikry Emmir (nama senior saya)

out of idea. bye.


Thursday, January 10, 2013

itu sangat kool

hari: khamis
cuaca: gelap malam

Assalamualaikum.

malam ni wa nak cerita pasal ke-kool-an seorang mamat ni. dia sepupu wa je pun. tapi wa tak pernah kenal dia before this. jumpa apa tah lagi kan. so, to make it short, wa hai lah dia kat facebook, saje buat jejak saudara. bual punya bual ,tersentuh pasal adik wa, 18 tahun. dia 19 tahun, dia pun nak minta no phone adik wa. wa cakap minta sama ibu wa. dia balas ok and terus offline. then, wa terus message ibu, cerita lah pasal ni. wa dengan ibu kamcing bab-bab story telling ni.


wa: akak chat dgn anak sedara ibu yg kat perak tu, then dy nak minta no phone adik. kuang2, akak suruh dy minta ibu.
22.04

ibu: ye bru sat dia kol ibu nak mntk no adk.. nnti ibu tnya adk ke bg je trus.
22.11

wa: gila gentleman dy ni. hebat! x pena akak jumpa org mcm dy.
22.19


ibu: ha la dia ckp trus kt ibu.. along nk no ank mkcik yg no 2 tu blh ke.. dia siap tnya wt apa adk skrg.. ibu ckp la dh tdo..
22.22

diusik dgn gelaran 'ustazah pilihan'
sebab sekolah agama.
kesayangan makcik-makcik sebab rajin di dapur
wa?


dengan acai- sepupu wa.
bulan ramadan- kenduri arwak mak (nenek)


wa memang serius terperanjat yang dia pergi telefon ibu wa betul-betul. gila kool dia ni. adik wa ni pun memang hot stove. bertuah dia ni (ganti ayat untunglah).

p/s: kalaulah ada jejaka yang buat mcm ni sebab nak no phone wa, terharu amat seh! 


Wednesday, January 9, 2013

carry marks

hari: selasa
cuaca: mendung

*kalau hujan best jugak, dah lama tak hujan*

Assalamualaikum.

hari ni, dah banyak carry marks yang dah keluar, tinggal HR je yang belum. carry marks aku tak best lah. sedih. memanglah dapat separuh dari tu, tapi tak dapat capai yang tinggi. contoh, kalau per 40 tu, tak dapat capai 30. setakat 29, 27. sedih. carry marks emma sem ni tinggi-tinggi dari aku. tahniah, mak cik! haish, sedihnya. ni maknanya aku kena double triple effort untuk final exam. aim untuk dapat markah tinggi kat final exam. ada lagi 4 paper ni. i must do something. aku boleh. aku nak pointer aku naik. kalau dekan, apa salahnya. pointer ni tersangatlah penting untuk grad nanti. aku nak first class degree. amin.

so, sekarang kena teruskan usaha. tingkatkan usaha mudah-mudahan dapat membantu di final exam ni. kesian kat ibu ayah kalau result aku teruk.

pokok duit duit

hari: rabu
cuaca: cerah

Assalamualaikum.

*esok petang akan mengambil kertas peperiksaan PRO*
hebat kan gua, dah nama pun pro.


pokok duit-duit.


petang yang damai ni, gua nak cerita pasal pokok duit-duit. dulu, masa kecil-kecil, suka tengok pokok ni. tapi bila dah sekolah, belajar sains, tahu fungsi pokok ni, jadi tak suka. dia parasit, menumpang pokok lain untuk dapatkan sumber makanan. wa dulu jumpa pokok ni kat pokok belimbing belakang rumak arwah mak (nenek). lama-lama, pokok asal boleh mati. jahat kan pokok ni dalam diam.

kalau kita ibaratkan kepada manusia, nak ke jadi macam pokok duit-duit? mestilah tak nak. jadi, kalau dapat kawan yang baik tu, jangan ambil kesempatan. kita memang tak sedar benda ni boleh berlaku, tapi kita kena berwaspada. ingatlah dan hargailah kawan kita yang baik tu.

begitu juga dengan adik-beradik kita. memang lah dalam semua adik beradik tak semuanya baik. tapi jangan ambil kesempatan pada yang terlalu baik tu.

insyaAllah, sama-sama kita jangan jadi macam pokok duit-duit. kalau nampak ada pokok duit-duit hidup di pokok rambutan ke belimbing ke, pesan kan pokok duit-duit tu, jangan banyak sangat ambil hak pokok asal.

21 januari 2013--- wa balik johor.

dia hero saya selepas ayah.



Tuesday, January 8, 2013

semalam

hari: selasa
mode: pagi

Assalamualaikum

** sejak 2 menjak ni, cuaca sangatlah panas. malam pun macam tu jugak. rasa nak ikat diri dengan pek ais.

kecintaan saya yang terbaru sekarang ni ialah makan roti canai, jadi malam semalam saya pergilah makan dengan zaidah. setiap kali saya pergi situ, tak kira lah dengan zaidah atau mieza, secara tak sengaja ada senior itu. mula-mula dia je, pastu hari lain dengan kembar dia, semalam dengan makwe dia. wah, i thought you are single. tidak rupanya, anyway, bukan saya minat pun kat dia. amin, mudah-mudahan hubungan itu kekal ke alam yang seterusnya.

semalam, saya banyak makan lah. pernah teringat cikgu cakap, siapa banyak makan, tak bagus. bukan sebab gemuk ke apa. sebab nanti banyak lupa. jangan takut kepada yang suka makan, saya pun suka makan. tapi kena berpada-pada. okay, jangan makan tengah hari hari ni. burger bakar abg burn ada depan apartment saya tinggal ni. tapi saya tak pernah cuba lagi, jangan dimulakan.

** kecintaan pada sesuatu akan membuatkan dia fobia selepas itu. contohnya: nasi goreng daging, nasi goreng kat situ, nasi lemak kat situ, mee goreng lembap.

Monday, January 7, 2013

when you are loser

hari: isnin
mood: sunyi. rindu.

Assalamualaikum.

hai, this is my third time in this day updating my blog. why? sometimes, when i addicted to something, i like to do it frequently. like what i am doing right now. why i choose that title? want to know? i am playing game and i lose. always lose. i hate that. Amieza is always champion.

in this life, what are the bigger loser have you experience? for me, my bigger loser is when i was 12 years old. i cant fulfill what my mother wish me to get. i feel very loser. because for me, life is not about you and yourself only, what the other frustration also become yours.

it will be more loser if you have no effort to improve yourself. so, don't easily give up and try more harder.


p/s: you are not lose but you are not familiar with the win.


belum apa dabe?!

hari: isnin
waktu: pagi

Assalamualaikum.

masih saya yang sudah celik di waktu begini, yang lain masih beradu. nak tunggu Prince Charming cium kat dahi baru nak bangun. saya  mengandaikan. haha.

taraa, tengok belog saya. lain sikit  kan. saya suka. yelah, nak tukar template yang cantik-cantik tak reti, jadi pilih apa yang ada dari sini je lah. tapi tetap suka.

pernah dengar tak ayat ' belum apa dabe '?
pernah okay, tak pernah takpe. apa dabe tu macam apa lagi, mungkin ayat tu famous dalam kalangan masyarakat sekeliling saya je. tapi bukan tu yang jadi isu.

isunya ialah semalam exam akaun saya. wow, soalan dia boleh dikatakan direct tapi ada jugak kona-kona nya. tapi, belum apa dabe (ha, tu dah keluar ayat ni) dah tahu salahnya kat mana. adui, sedih betul lah kau ni nesha. salah sikit meleret lah sampai ke sudah. tu makan dia. 


ni muka lepas jawab first paper hari tu, CTU.
ibu cakap ' nampak lah kat muka tu mcm serabut sgt.. sori kritik, bg semangat '
haha. dia kan ibu, memahami betul.


tengok. saya dan pashmina ibu.

paper yang seterusnya hari khamis. lambat lagi kan, sebab tu lah melenggang ni ha taip-taip belog, tukar-tukar background. 



gua rindu ibu

hari: isnin

*entri pertama di tahun 2013 ini*


ni ibu saya, Puan Widana.

ibu cakap: kalau rindu ibu, lukislah gambar ibu, tapi jangan gemuk sangat.
wan fadhil cakap: kalau rindu ibu, doakan ibu.

betul cakap wan fadhil, tapi ibu cakap macam tu mesti dia nak kurangkan rasa sedih aku. aku memang bukan yang manja cium cium peluk peluk ibu, tapi aku manja yang jenis lain. dan bagi aku, itu sangat kool. 


*tengok hafalan shalat delisa untuk kali kedua*

hayati lirik ni.

Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu, ooh di dalam nadiku

9 bulan ku dalam rahimmu
bersusah payah, oh ibu jaga diriku
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah do'a oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan do'amu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x)


ibuuuuuuuuuuuuuu........... (3x)

Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
engkau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu oh di dalam nadiku

indah bercanda denganmu ibu
di dalam hati ku kini slalu merindu
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah doa oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan doamu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x
ibuuuuuuuuuu........ (3x)



buatkan aku lebih lebih lagi merindui ibu. berkobar kobar nak balik cepat, tapi kena ada ganjaran untuk ibu dan ayah, peperiksaan kali ni. insyaALLAH.