Wednesday, March 31, 2010

alhamdulillah.....

Alhamdulillah Oleh Too Phat

Di saat waktu berhenti...kosong
Dimensi membutakan mata memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan utk menarka
Sadarku akan hadirMu
Mematahkan sendi² yg biasanya tegak berdiri

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Merenungi luar jendela
Mengagumi kebesaran yg Maha Esa
Ku menilai kehidupan dr sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Mahukan harta yg mampu beli satu semesta
Berpesta ke parti botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan be! rkhutbah, cuba betul diri ini cuma
Ingin hidup sempurna, asset nilai berjuta
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalahguna
Jangan kufur nikmat yg diberi percuma
Guna kelebihan utk khidmat bersama
Jagalah nama
Hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yg kurus
Ada melencong ada yg lurus
Bukan semuanya tulus
Ada sempurna ada kurang upaya
Ada yg jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata
Boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah Alhamdulillah bukannya sukar
Kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar...

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Jadikanlah ku tentera Fisabilillah
Yang tertera di kalimah harap memanduilah kita a! pabila persimpangan tiba
Hidup penuh dengan rintangan harus kuhadapinya
Harap ku tidak lupa diri bila gembira
Dan cuma mula mencari Kau di saat hiba
Ku cuma manusia penuh dgn kesilapan
Tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dikalangan duri onak dan cubaan
Teguh bila dicubakan pengaruh kuasa dan perempuan ah!
Sentiasa legar diminda dikejar dan dipinta
Dr zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpa Mu disisi
Dan apa guna posessi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi
Nukilan tulisan dan bisikan hati
Mencari keterangan menjiwai peranan
Menepati pesanan, janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki
Moga tidak leka dalam perjalanan ini

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penip! uan dan dosa²)

Aku yang memandang di dlm lubuk hati
Mencari-cari rahsia yg katanya tersembunyi
Aku yg melihat alam meliputi
ujud menyertai lalu kupindahkan alam ke dlm mata hati
Aku hakiki aku mengerti segala yg terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi pelik dan benar qada' dan qadar
Kau berilahku kekuatan agar dapatku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biarkan nafsuku terliur
Dari pandangan majazi ini
Aku yg bodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lelatu tak membutakan mataku
Semoga segala puji takku meninggi diri
Moga segala janji dpt juga ku penuhi
Moga dpt ku hadang tikaman dr belakang
Lidah setajam pisau
Ku tidak akan risau
Dgn dugaan cabaran
Sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur
786 Alhamdulillah Syukur!

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syu! kur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Sujudku pun takkan memuaskan inginku
utk hanturkan sembah sedlm kalbu
Adapun ku sembahkan syukur kpd Mu Ya Allah
Utk nama harta dan keluarga yg mencinta
Dan perjalanan yg sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yg membuat hamba mengerti lebih baik ttg makna diri
Semua lebih berarti apabila dihayati
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah


suka tak?
saya suka lagu ni...

Tuesday, March 30, 2010

bagaimana hidup tanpa kawan?

pernah tak kamu terfikir tentang ini?
apa fungsi kawan?
kadangkala kawan memberi kesan positif dan kesan negatif
tetapi
semua itu sebenarnya bergantung kepada diri kita
kena pandai memilih
kawan atau lawan
kadang2 lawan itu kawan kita
dan
kawan itu lawan kita

Sunday, March 28, 2010

teringat dulu.....

11 mei 2009,
merupakan hari ulang tahun kelahiran
salah seorang kawan saya
yang saya telah berkawan dengannya
sejak usia kami 5 tahun lagi...
tetapi,
bukan itu yang saya ingin ingatkan..
tarikh itu merupakan
hari pertama saya
mendaftar di tingkatan 6
di sekolah impian saya ketika di usia 13 tahun lagi
pada pukul 7 pagi
ibu menghantar saya dengan kawan saya, ain...
ibu merupakan orang yang paling gembira selain saya...
ibu menemani saya ketika pendaftaran
dan lain...
tiada seorang pun di situ yang ibunya menunggu
selain ibu saya...
sedang ibu duduk di sebelah saya
ada seorang kakak berkata kepada ibu saya
bahawa ibu saya boleh pulang
kerana saya akan melalui pelbagai program dan
akan tamat pada 1.10 tengah hari...
ibu saya pun pulang..

ibu saya terlupa yang saya sudah berusia 18 tahun
dan bukan budak di tahun 1....

saya ditinggalkan ibu
bersama ain...

Thursday, March 25, 2010

diari budak sekolah

hari ini merupakan hari terakhir ujian formal 1
kertas terakhir aku tadi ialah ekonomi 2
tamat pada 8.47 pagi
lepas tamat peksa tadi xda cikgu masuk
jadi,
aku dan kawan2 lain berbual...
bual punya bual
dah time rehat
apa lagi?
bergegas la ke kantin...
makan2..
minum2...
lepas rehat
aku kembali ke kelas...
cikgu midi masuk...

petang pula,
ada koko
biasa lah hari khamis
aku dan yang lain x masuk kawad
bermain petanque
seronok..
ha?
dapat baju JPAM
lawa tu..
tapi bahagian lengan macam besar la...
tapi memang segak la pakai baju JPAM nanti...
tak sabar pulak nak tunggu hari rabu..
tapi mesti ketiak berpaya nanti..
baju tebal,
cuaca panas...
tak pe janji segak..
hehehehehe...

Wednesday, March 24, 2010

ciri-ciri tempat belajar yang baik

1. senyap
2. selesa
3. cahaya yang mencukupi
4. pusingan udara yang elok
5. tidak ada gangguan

Tuesday, March 23, 2010

masa mencemburui kita atau kita mencemburui masa?










terlalu cepat masa berlalu
tanpa aku sedari
pejam celik, tidur bangun
telah banyak yang berlaku terhadap diri aku, kamu dan mereka

mampukah kita mengejar masa?

nak guna apa?

bullet train?

kita tidak perlu semua itu

yang kita perlukan hanya

memanfaatkan setipa detik yang telah dianugerahkan dengan sebaiknya

oleh itu, hargai masa anda
masa itu emas

masa ibarat pedang

itulah pepatah yang boleh digambarkan bila bercakap mengenai masa

jom kita manfaatkan masa yang ada

contohnya;

meluangkan masa bersama keluarga
mengulangkaji pelajaran
membaca al-quran

agar

masa depan kita elok




Monday, March 22, 2010

sekolah bermula hari ini

hari ini,
aku menjalankan kembali tanggungjawabku
sebagai pelajar..
menjadi seorang pelajar
adalah
satu tanggungjawab yang amat berat..
menurut aku..
pelajar,
menjadi harapan ibu dan ayah
yang telah mengeluarkan modal
yang banyak..
harapan guru
untuk meningkatkan prestasi sekolah..
sebagai tanda kejayaan seorang cikgu mendidik pelajar itu..
jadi,
apabila ada seseorang yang menanyakan kepada aku,
adakah aku seorang pelajar
aku berasa gementar,
mampukah aku menggalas tanggungjawab itu?
bolehkah aku membayar kembali
apa yang ayah dan ibu telah laburkan?
oleh itu,
aku menyokong kata
cikgu aku yang dulu
belajar ibarat berjudi
harapan aku di sini hanya satu
aku ingin
berjaya sebagai seorang pelajar
dengan itu
semua orang di sekeliling aku
akan turut sama gembira
berdasarkan pengalaman aku
yang lepas
aku tidak cukup berjaya lagi
percubaan pertama ketika usia kanak-kanak
aku telah mengecewakan ibu aku
percubaan kedua pula,
aku merupakan 10 di antara budak hitam yang digilap
ketika pertama kali senarai nama dikeluarkan
aku
merupakan orang yang menduduki tempat kesepuluh
dengan tekad
aku berjaya menaikkan diriku ke tempat yang ke lapan
walaupun aku tidak begitu berjaya
tetapi aku mampu menggembirakan ibu ku
ketika mengumumkan hal itu,
ibu melompat keriangan di tengah banjir yang mulai surut
percubaan ketigaku
tidak melayakkan aku ke peringkat yang segani maka aku memilih untuk ke sekolah kembali..
dan kali ini,
aku berharap,aku mampu
membuat dengan lebih baik
mudah-mudahan aku boleh,
NO PAIN, NO GAIN
aku akan cuba untuk mengikut seperti kata2 di atas...

Sunday, March 21, 2010

tamat...

cuti sekolah tamat pada hari ini...
apa yang kamu orang dapat sepanjang cuti ini?
seronok tak cuti sekolah kali ni?
saya?
seronok....
macam-macam yang saya dapat...
dapat l bukan nama sebenar...
terima kasih ayah n ibu...

Friday, March 19, 2010

air

air sangat penting dalam kehidupan kita...
betul tak?
sapa yang tak setuju?
angkat tangan...
apa air kesukaan korang?
aku?
air masak a.k.a air kosong a.k.a sky juice
tahu tak air apa?
ala,
yang warna jernih,
tawar tak da gula tu...
jeng..jeng..jeng...
hendak dijadikan cerita
semalam aku pergi ke rumah nenda di kampung
fe'el aku ni
kalau pergi ke mana-mana
air masak merupakan sahabat sejati aku..
jadi, aku bekal la air....
sewaktu pergi tu tak da apa yang berlaku..
waktu pulang tu yang terjadi masalah biasa
di kalangan budak tadika...
aku tertumpahkan air kt seat depan kereta ibu..
alamak!
takut saya..
nak kena cubit ke dengan ibu?
takutnya saya......
huhuhuhuhuh
tiba di rumah
aku bergegas ambil penyedut hampagas..
untuk mengeringkan air itu...
ambil seterika boleh tak?
aku terfikir...
haha, tak payah la..
nanti kena marah pulak...
malam itu..
ayah mengajak kami ke bujang firefly
aku pergi...
tanpa sahabat sejati ku...
bimbang air tumpah lagi...
aku menahan kehausan yang tak berapa sangat..

Thursday, March 18, 2010

happy birthday again...


as before,

i want to wish

happy birthday

for anyone

who celebrate his or her

birthday in this month

like p. ramlee,

fadhil,shikin lani, munira, syazwan n norin

sedih dan bingung.....

microsoft kt laptop x boleh dimanfaatkan
dia tulis "the modfication is not allowed because the selection is locked"
macam mana tu?
tolong la saya...

Saturday, March 13, 2010

lama x ngedate.....

wah, lama x update blog saya....
x sempat la kot...
sebab tu saya update...
cuti sekolah mula hari ini...
harap orang2 yang bersekolah dapat buat revision...
naik cuti ni saya ada ujian formal..