Friday, July 30, 2010

makin aku...

sejak perpisahan itu,
aku rasa dia semakin menjauh,
aku rasa dia bahagia dengan kehidupan barunya,
alhamdulillah...
aku rasa hilang kemanisan dalam kami berbicara,
sudah hilang gelak tawa,
aku selalu menyuntik kata-kata
kami masih seperti dahulu,
tiada apa yang berbeza,
insya-allah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

cinta...apa itu?

kahkahkah....
kenapa tajuk entri kali ni macam pelik je...
jangan fikir lain ye,kawan-kawan!
saja-saja je nak jadi ke-bunga2-an...
apa itu cinta?
ada orang cakap cinta itu macam jigsaw puzzle
kalau hilang satu, habis lah!
x sempurna rasa cinta kita terhadap seseorang...
ada juga cakap cinta tu....
entah lah...
kamik x ingat pulak
macam mana rasanya cinta
masam macam kerapu 3 rasa?
manis macam madu?
pahit macam hempedu?
masin macam air laut mati?
macam mana seseorang itu boleh dikelaskan sebagai orang yg sedang bercinta?
adakah penting bagi mereka yang seusia dengan kamik bercinta?
mesti kena ada orang untuk bercinta?
huhuhu...
memang benar
seusia begini rasa cinta membuak2 dalam diri
tapi kita kena bijak mengaturnya...

setakat di sini saja apa yang kamik ingin perkatakan....
kamik masih belum pernah ber-c, kawan-kawan!

Tuesday, July 13, 2010

diari budak sekolah 2...

13 julai 2010
hari ini merupakan hari pertama ujian formal 2
huh, rasa macam baru semalam aku menduduki peperiksaan akhir tahun
dan hari ini aku mendudukinya lagi
tetapi sebagai ujian formal pulak...
selepas hari terbuka tempoh hari
aku sedar bahawa keputusan ku tidak bagus
aku berharap ada peningkatan di ujian formal ini

hrm~~~no idea lah????

Sunday, July 11, 2010

mak oh nenek...

tanggal 8 julai 2010...
hari yang amat bersejarah dalam hidup aku...
menerima dua berita sedih dalam satu hari...
1. aku ............................malas nak cakap..kenapa boleh jadi macam ni?
apa pergi sekolah selama ni x belajar ke??....tapi bukan kisah ini yang aku ingin kongsikan bersama tetapi

2. kisah nenda ku yang disayangi...
dia telah pergi meninggalkan kami semua
tanpa tanda2 awal yang memusykilkan...merisaukan..
tiada pernah terdetik pun di hati kami semua bahawa mak akan pergi untuk selama2nya...
mak tiada penyakit yang teruk...mak sihat2 saje..tapi
takdir telah menentukan bahawa mak akan pergi pada tarikh itu, maka terjadi lah ia...
tiada sapa dapat menghalang...
hanya air mata dan doa yang dapat diiringi bersama ke alam sana...
mak pergi menghadap illahi kira2 pukul 2.30 petang...
ketika itu aku di sekolah menyiapkan kerja computing yang akan dihantar pada hari jumaat...
aku tidak sangka aku gembira bersama kawan menyiapkan tugasan tetapi di rumah saudaru ku yang lain bergenang air mata menangisi pemergian mak...

setibanya aku di rumah cik y pada pukul 3.30 petang
aku disambut dengan kelam kabut dan air mata
ketika itu aku tidak mengetahui lagi
apa yang berlaku
gadis f masih menunggu di luar kerana kononnya aku akan tumpang bermalam di rumahnya...
tetapi setelah diberitahu bahawa mak sudah tiada lagi
aku tergamam...aku keluar memberitahu gadis f tentang hal itu

aku ke rumah mak dijemput oleh sepupu ku yang bekerja di johor
di sepanjang jalan itu aku masih berharap bahawa berita itu tidak benar
aku ingin berkata2 dengan mak...
tetapi apabila menerima sekali lagi panggilan...
itu benar
mak memang sudah tiada lagi...

tiba di rumah mak...
aku segera masuk
dan aku terlihat sekujur badan terbaring menghadap kiblat...
ditutupi dengan batik lepas...
ya allah, itukah mak??
melihat orang di sekeliling membacakan surah yasin
air mata terus mengalir


~~~sayu~~~

Wednesday, July 7, 2010

si jantung pisang, nesha!!

><

~~hari guru 2010~~



~~bersama akak penyapu...owh,owh sorry~~



~~hanesha bersama akak2 yang ayu~~



~~bersama akak2 perwira JPAM...kiri belok, kanan pusing~~



~~bidadari kiri dan bidadari kanan~~



~~super girl saya~~

ku telan walaupun sepahit itu.....

hidup yang aku lalui ini, aku rasakan semakin hari semakin susah dan mencabar...
tiada ibu bapa di sisi pada setiap hari persekolahan membuatkan aku kadang kala sunyi, sedih, bosan, gembira...
kadang kala mengalir air mata ini kerana itu saja yang termampu aku ekspresikan...
sudah lama aku pendam rasa ini dan tidak pernah diluahkan kepada ibu...
sakit tahu!hanya kawan2 menjadi tempat aku bercerita untuk berpura-pura menenangkan diri...
tapi aku bersyukur kerana mempunyai kawan2 seperti mereka...dengan mereka lah aku bergembira...
tawa ria hanya di sekolah...dan kadang2 di rumah



~~selalu sendiri~~