Wednesday, September 9, 2015

Seliseh

Perselisihan itu aku anggap seperti pergaduhan kakak dan adik, kerana jika diangkat sebagai pergaduhan antara kawan, ia agak mengguris dan mungkin terus berpaling. Jalan.

Friday, May 8, 2015

tegak

hari: rabu

Assalamualaikum.

Sejak kebelakangan ini, masalah dengan kerja sering menghantui hidup.
Kadangkala aku lelah, ada ketikanya aku ingin semuanya berhenti hingga setakat ini.
Aku berasa kagum dengan kecekalan Kak yg aku sangat sayang dan hormati dan rasa tak ingin berpisah.
Setiap masalah yang berlaku, kena hadap sendiri di kawasan itu. Memang itu satu pelajaran, tapi setiap apa yg dilakukan disulamkan marah. Siapa boleh sabar sepanjang zaman. Sehingga suatu masa, aku bersuara.
Tapi aku rasa itulah yang benar dan patut. Supaya dia mendengar hujah aku. Mungkin aku wakil bagi semua yang tak bersalah.
Jika minggu depan isu itu bangkit, mungkin aku akan fikirkan untuk cukup buat masa ini disini dan mula mencari apa erti bahagia pada suasana lain, apa erti patuh yang selama ini semakin jauh aku tinggalkan.

fault and mistake

Cuba fikirkan sebentar, apakah kau cukup baik terhadap semua orang?

Saturday, April 11, 2015

Comeback

Hari : sabtu

Assalamualaikum.

Hari ini saya terpanggil untuk kembali ke alam blogger kerana saya berasa reda marahnya, reda sakitnya bila meluahkan. Mungkin meluahkan dgn manusia lebih menenangkan tetapi ianya akan jadi masalah lain kerana saya cepat marah bila apa yg cuba disampaikan sukar difahami oleh orang lain.


Keduanya ialah, saya teruja bila Kak Wan pun ada blog. Wow, I adore you, Kak Wan. Saya sayang akak!

Maybe, sekarang ini saya tiada kawan, so saya akan mencurah di sini.