Tuesday, December 21, 2010

??

cuaca: panas
perasaan : ??


Friday, November 19, 2010

last but not least



antara sahabat yang bersama2 menuntut ilmu


19 november 2010
jumaat

hari persekolahan pada 2010 telah pun melabuhkan sauh nya pada hari ini
jam 12.10 tengah hari tadi
kami mengakhiri hari persekolahan itu dengan
satu perasaan yang amat sedih..
orang lain mungkin tak, tapi aku ya...
pilu dengan izin ilmu tadi..
terasa hangat nya pelukan ibu sewaktu didakap erat oleh cikgu husna
my favourite teacher
lepas ni aku dah jaranglah menjejakkan kaki ke sekolah
sebab alasan sebagai budak skolah dah lucut..
sehinggan tingkatan 6 sahaja yang disediakan untuk budak2 pergi sekolah
lepas tu pandai2 kamu lah nak masuk mana...
tapi aku tetap ingin menjejakkan kaki ke sekolah nanti..
jika aku dapat masuk ke syurga nanti, aku ingin minta pada ALLAH
aku nak zaman aku bersekolah
apatah lagi bersekolah di sekolah tun habab
suatu pengalaman dan hadiah yang paling berharga dalam hidup...
kerana bersekolah di situ membuat aku
belajar apa itu kepayahan, berdikari, persahabatan...
memasuki sekolah ini
salah satu impian yang telah berjaya aku gapai...
menggapai bintang di langit je belum aku capai...





*maaflah kalau ada salah eja,,,almaklumlah syok sendiri je tulis




saya.......

Thursday, November 11, 2010

seronok dan sedih

tadi ada jamuan akhir tahun..
gembira...!
dengan kawan2





tapi
sedih
sebab akan berpisah nanti

Tuesday, October 19, 2010

tangan yang memetik, mulut.....


tangan siapa ni??
teka...nanti aku bagi roti 60$ tu...
perisa coklat...

cepat...cepat....




ni tangan yang memetik juga tapi mulut yang menyanyi...
siapa dia dengan saya?
teka dia nyanyi lagu apa...
yang ni takda hadiah...

ingat

cuaca ; tak panas, tak hujan
petang2 macam ni...
lagi2 dgn cuaca macam ni...
mulalah aku nak main gila...
ingat rumah, ingat ibu, ingat ayah, ingat andi, ingat tompok
ingat farra, ingat aalia, ingat kawan2...
boringnya lah...
ada lagi yang aku ingat...
ingat kacang rebus, ingat waffle, ingat kayaball,

ingat burger...aaaaaa
H ; suka lah, ko sibuk nape??

tiba2 ada dialog sesat....
sape M tu? entah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Monday, October 18, 2010

rindu membelah di hati

hai, dah lama jugak aku x membelog...
rinduu,,, tapi apakan daya mat top buat hal...
dia menghidap sejenis penyakit kronik
sehingga kini dia masih terlantar di hospital
aku??
tak pergi pun jeguk dia...huhu kesian...!
biarlah dia, kat sana ramai pakar2 yang boleh jaga dia...
kalau dia dah sihat nanti, aku jaga lah dia bebaik...
janji!! tak berulang lagi penyakit tuh...
insya-allah...
ha,,,,???
"...salah saya ke...", bak kata tiz zaqyah dlm nur kasih...
nope, itu bukan salah awak, patrick...


alamak, sambung nanti yeh....ada bunyi dari langit lahh...
cek tak nak kena.......
assalamualaikum......

Monday, September 20, 2010

catatan masam masin sebelum raya....!



> tukang karut belog jambu ni <
pagi 30 ramadan...
aku sudah tak sabar lagi nak balik kampung...yeah!yeah! balik kampung...
walaupun xda la jauh sangat sampai kena jameren....
bayar tol....tapi seronoknyer menggila tak hingat....
mawaii tu....heran??
tapi kali ni lain sikit..aku dijemput sepupu, Acai untuk ke kampung sebab ibu nak buat rempeyek lagi...ayah nak teman ibu...
kami adik beradik jelah nampaknya yang sampai dulu...
takpe....aku faham....

lokasi : lot 104, kampung mawai baru, 81900 kota tinggi, johor...
petang raya....
huh, boringnyer lah hai....
sepupu ada lagi yang kijer...rumah tak siap kemas lagi...bosan
bertambah rosak mood raya lagi bila mendapat pesanan rinngkas dari Mr. R yang sangat caring toward his student...
ayat Mr. R memang mantap membuatkan aku tersentap di situ tatkala membacanya..
ala bunyinye ada la macam ni sikit " ....jangan lupa study tuk trial n stpm sebenar..."
huuaahuaahuaahuuu...meraung dek non dalam hati nih...kang nanges kuat-kuat kang ada pemberita bertanya soalan...
dek non berkata kenapa time nih Mr.R bagi pesanan begini??
dahlah dek non teringat kat nenda...semoga nenda bahagia di sana...
ni dua kali lipat sentap dek non...
ada bagusnya Mr. R mengingatkan sedemikian...tak nak kita lalai...
terima kasih sebab ada orang seperti Mr. R...

malam raya....
mak cik sibuk di dapur...
pak cik sibuk di luar....
buat apa??
rendang arab, lemang, ketupat, macam - macam lah...
kata esok raya...mestilah banyak makanan....
aku?
di mana saya??
aku menemani Acai di kedainya menyiapkan sisa baki jahitan yang belum dicantumkan..
sambil- sambil itu aku bermain sembur- sembur air....sejuk....!
sebab aku rasa macam nak demam...
lebih baik aku berjaga- jaga..
ala bak kata omputeh tu "...prevent is better than cure...."
semburlah di dahi.... rambut...buka kipas lelaju....hah, kan dah kurang tu...
sampailah aku tertidur....


alkisah maka tamatlah kisah aku sebelum raya tahun ni...selamat hari raya, dek non semua....






Thursday, August 19, 2010

no title~~

hai, aku rasa sudah lama aku tidak mengetuk papan kekunci ini...jari jemari seakan kaku untuk mencari huruf menyempurnakan perkatan yang sedang berlegar- legar di ruang legar kotak fikiran ini...
di sini aku ingin menyampaikan bahawa mati itu bila bila boleh berlaku...walaupun kita baru berpisah dengan orang tidak selang beberapa jam...seperti yang berlaku dalam kalangan ahli keluargaku...

Sunday, August 8, 2010

dari pandangan mataku


bidadari kiri, nana dan ainaa...


sewaktu sambutan hari guru 2010




gambar ini diambil selepas mat top saya dibaiki oleh Ibu Husna.


Sudah setahun aku berada di kelas ini. Berbagai perasaan telah lahir suka, duka, kecewa dll. Bersama kawan – kawan baru, mereka sangat baik. Aku tidak pernah menyangka aku boleh bercampur dengan mereka semua. Jika dulu, aku malu – malu…kini hilang rasa malu. Huahuahahaha sepanjang masa di samping pelajaran yang tidak akan dilupakan. 17 orang semuanya :-
Cerita ini hanya dari pandangan mata dan minda saya saja.
Boys :
Safar – seorang yang baik tetapi kasar cara bercakap dan gurauannya. Bijak dalam hal – hal IT. Kalau ada mat top yang rosak hantar saja ke dia. Confirm, elok!
Faris – seorang yang hmm…entah! Suka cari gaduh. Manja a.k.a ngengada la sikit.
Kalai – membosankan
Yogen – suka kacau orang, suka peluk beg.
Girls :
Choong : rajin belajar. Suka makan biskut dan roti. Rambut dia lawa.
Lau : baik. Suka makan nasi lemak. Seronok berbual dengannya.
Mila : bina tak bina. Malas nak bercakap.. suka tersenyum dan tersengih. Baik dan lemah lembut.
Nana : bising mulutnya suka membebel. Tulisan dia lawa. Baik. Suka menyanyi.
Syafi : cantik. Terpegun pertama kali tengok dia. Suara pun sedap. Sedang dilamun cinta.
Iqa : baik tapi muka dia garang. Takutlah. Rajin belajar. Pandai.
Ida : cantik. Suka ketawa. Pandai.
Atin 10 : tinggi. Kena dongak nak burak dengan dia..kihkih tipu. Cantik. Suara nyaring. Nyanyi dengan saya dalam kelas bersama – sama.
Ainaa : baik. Tukang kejut saya bangun tidur.
Amira : ha, ni kawan saya yang saya rasa saya baru nak rapat dengan dia. Saya takut dengan dia ni dulu. Dia suka berseni. Ada gaya. Jam dia yang merah tu lawa.
Farra : bidadari kanan saya. Dia baik. Cantik. Kelakar. Tumpangkan saya ke sekolah.
Aalia : garang tapi tak garang sangat. Baik. Cantik. Ada ego (scooter). Mcam kakak saya. Selalu tegur jika saya ada tersalah. Dia pula bidadari kiri saya. Suara macam ada gam. Sedap.
Al-kisah maka tamatlah pandangan saya terhadap kawan – kawan saya. Kelas yang selalu bising bila tiada cikgu. Diisi dengan gelak tawa dan gurau senda. Tiada pertelingkahan. Diharap kita akan kekal begini sehingga ke akhir pembelajaran kita. Kejayaan yang diimpikan bersama harap tercapai di STPM ini.

jurnal puasa Andi


Tahun ini merupakan tahun yang keempat Si Hensem berpuasa…tetapi Ramadan yang dia berjaya sempurnakan baru dua tahun kebelakangan ini. Seronok bila tengokkan gelagat dia berpuasa. teringat masa kecil-kecil dulu. Kejap nak puasa, kejap tak nak…kang pukul 10 dah nak buka… Ni bermula dengan bersahur, susahnya nak kejut Si Hensem ni…boleh mendatangkan tension… tapi ayahlah orang yang paling sabar di dunia…mengejut Hensem bangun. Hai, kadang – kadang ayah tension jugak. Tapi takpe, Intan Payungkan macam Ehsan..hihihik… tapi dia ni lagi kental dari aku, tak bangun sahur pun takpe, steady sampai petang.. tapi siaplah karenah berbakul – bakul… layankan je!zasss!! ni cerita yang tahun – tahun lepas punya.
Tahun ni punya cerita… nantikan bersama – sama keluaran fanzine saya yang akan dating. Dapatkannya dari episode 1 di toko – toko belog berhampiran kawasan kediaman anda…

Thursday, August 5, 2010

aku juga berhak

Weather : don’t know

Aku juga berhak berasa rindu pada rumah, ibu dan ayah serta Andi. Walaupun tidak sampai 2marhalah tetapi perpisahan dan berjauhan itu tetap wujud. Jadi tidak salahlah mengapa aku kadang kala berasa sunyi dan mengingati suasana rumah. Berharap agar cepatlah hari – hari itu berlalu supaya aku dapat pulang menjenguk rumah. Lebih – lebih lagi bulan Ramadan yang bakal tiba nanti. Ini merupakan pengalaman pertama aku berpuasa, bersahur dan berbuka bukan dengan ibu dan ayah. Jauhlah aku dengan bazaar tahun ini. Takpe, ni lain dari tahun – tahun sudah. Penghijrahan... sesuatu yang digalakkan. Berpuasa di tempat lain, tidak tahu bagaimana rasanya. Aku mengharapkan semua yang aku lalui ini akan dibalas dengan sesuatu yang bernilai. Nanti kalau masuk U, lagi seronok agaknya… tapi kenalah nyanyi lagu Dendang Perantau. Pastu, bila naik bas nyanyi pulak lagu Balik Kampung. Teringat Cai cerita masa dia belajar kat Perak dulu. Sedih teringat kat mak tetapi kawan – kawan ada menghilangkan sedikit kerinduan.

Jadi di sini, hendaklah aku tegaskan bahawa kerinduan tidak memerlukan jarak yang amat jauh. Berjauhan sejauh 50/+ km juga boleh menyebabkan kita berasa rindu terutama sekali terhadap orang yang amat disayangi, Ayah dan Ibu. Ibu mesti sedih juga tapi dalam hati, dia tak nak tunjuk sebab nanti gegirl2 dia sedih kuasa tiga. Tapi aku steady je, aisyh! Yelah tu!!

SALAM RAMADAN untuk SEMUA UMAT ISLAM TAK KIRA DI MANA JUA...
JOM KUMPUL MATA GANJARAN...

nanti bila dah puasa aku akan bercerita lain pula, mungkin tentang pengalaman aku berpuasa...see you!

Tuesday, August 3, 2010

i can do it, what!

Tuesday, August 3, 2010
Weather : gloomy

I feel so glad because now I am free from internet coverage. Why? Because… tut tut and bla bla...now, I can focus on my study. I hope. It will be my first and foremost step to get a successful. 1 month more until I have to face my STPM trial. I will my try to get above 3. I want to make my parent proud of me. I know I can do it, what! Yeah, I can! For thing to change, I must change first. Neglect all kind of thing that can make me lazy and some other negative attitude. No pain, no gain…
I want to improve my effort…. I want back old Hanesha that have a strong spirit while she was in Form 3. Please come back all the attitude… I beg to you…

Friday, July 30, 2010

makin aku...

sejak perpisahan itu,
aku rasa dia semakin menjauh,
aku rasa dia bahagia dengan kehidupan barunya,
alhamdulillah...
aku rasa hilang kemanisan dalam kami berbicara,
sudah hilang gelak tawa,
aku selalu menyuntik kata-kata
kami masih seperti dahulu,
tiada apa yang berbeza,
insya-allah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

cinta...apa itu?

kahkahkah....
kenapa tajuk entri kali ni macam pelik je...
jangan fikir lain ye,kawan-kawan!
saja-saja je nak jadi ke-bunga2-an...
apa itu cinta?
ada orang cakap cinta itu macam jigsaw puzzle
kalau hilang satu, habis lah!
x sempurna rasa cinta kita terhadap seseorang...
ada juga cakap cinta tu....
entah lah...
kamik x ingat pulak
macam mana rasanya cinta
masam macam kerapu 3 rasa?
manis macam madu?
pahit macam hempedu?
masin macam air laut mati?
macam mana seseorang itu boleh dikelaskan sebagai orang yg sedang bercinta?
adakah penting bagi mereka yang seusia dengan kamik bercinta?
mesti kena ada orang untuk bercinta?
huhuhu...
memang benar
seusia begini rasa cinta membuak2 dalam diri
tapi kita kena bijak mengaturnya...

setakat di sini saja apa yang kamik ingin perkatakan....
kamik masih belum pernah ber-c, kawan-kawan!

Tuesday, July 13, 2010

diari budak sekolah 2...

13 julai 2010
hari ini merupakan hari pertama ujian formal 2
huh, rasa macam baru semalam aku menduduki peperiksaan akhir tahun
dan hari ini aku mendudukinya lagi
tetapi sebagai ujian formal pulak...
selepas hari terbuka tempoh hari
aku sedar bahawa keputusan ku tidak bagus
aku berharap ada peningkatan di ujian formal ini

hrm~~~no idea lah????

Sunday, July 11, 2010

mak oh nenek...

tanggal 8 julai 2010...
hari yang amat bersejarah dalam hidup aku...
menerima dua berita sedih dalam satu hari...
1. aku ............................malas nak cakap..kenapa boleh jadi macam ni?
apa pergi sekolah selama ni x belajar ke??....tapi bukan kisah ini yang aku ingin kongsikan bersama tetapi

2. kisah nenda ku yang disayangi...
dia telah pergi meninggalkan kami semua
tanpa tanda2 awal yang memusykilkan...merisaukan..
tiada pernah terdetik pun di hati kami semua bahawa mak akan pergi untuk selama2nya...
mak tiada penyakit yang teruk...mak sihat2 saje..tapi
takdir telah menentukan bahawa mak akan pergi pada tarikh itu, maka terjadi lah ia...
tiada sapa dapat menghalang...
hanya air mata dan doa yang dapat diiringi bersama ke alam sana...
mak pergi menghadap illahi kira2 pukul 2.30 petang...
ketika itu aku di sekolah menyiapkan kerja computing yang akan dihantar pada hari jumaat...
aku tidak sangka aku gembira bersama kawan menyiapkan tugasan tetapi di rumah saudaru ku yang lain bergenang air mata menangisi pemergian mak...

setibanya aku di rumah cik y pada pukul 3.30 petang
aku disambut dengan kelam kabut dan air mata
ketika itu aku tidak mengetahui lagi
apa yang berlaku
gadis f masih menunggu di luar kerana kononnya aku akan tumpang bermalam di rumahnya...
tetapi setelah diberitahu bahawa mak sudah tiada lagi
aku tergamam...aku keluar memberitahu gadis f tentang hal itu

aku ke rumah mak dijemput oleh sepupu ku yang bekerja di johor
di sepanjang jalan itu aku masih berharap bahawa berita itu tidak benar
aku ingin berkata2 dengan mak...
tetapi apabila menerima sekali lagi panggilan...
itu benar
mak memang sudah tiada lagi...

tiba di rumah mak...
aku segera masuk
dan aku terlihat sekujur badan terbaring menghadap kiblat...
ditutupi dengan batik lepas...
ya allah, itukah mak??
melihat orang di sekeliling membacakan surah yasin
air mata terus mengalir


~~~sayu~~~

Wednesday, July 7, 2010

si jantung pisang, nesha!!

><

~~hari guru 2010~~



~~bersama akak penyapu...owh,owh sorry~~



~~hanesha bersama akak2 yang ayu~~



~~bersama akak2 perwira JPAM...kiri belok, kanan pusing~~



~~bidadari kiri dan bidadari kanan~~



~~super girl saya~~

ku telan walaupun sepahit itu.....

hidup yang aku lalui ini, aku rasakan semakin hari semakin susah dan mencabar...
tiada ibu bapa di sisi pada setiap hari persekolahan membuatkan aku kadang kala sunyi, sedih, bosan, gembira...
kadang kala mengalir air mata ini kerana itu saja yang termampu aku ekspresikan...
sudah lama aku pendam rasa ini dan tidak pernah diluahkan kepada ibu...
sakit tahu!hanya kawan2 menjadi tempat aku bercerita untuk berpura-pura menenangkan diri...
tapi aku bersyukur kerana mempunyai kawan2 seperti mereka...dengan mereka lah aku bergembira...
tawa ria hanya di sekolah...dan kadang2 di rumah



~~selalu sendiri~~

Wednesday, June 30, 2010

menghitung jam dan detik

kenapa tajuk entri aku ini?...kawan2, kawan aku yg sorg nih dia akan pergi,,,jauh,,,jauh dari aku...bila aku buka mata..dia tiada...bila aku ketawa ria...dia tiada...bila aku sedih pilu...dia tiada...tapi bila aku on facebook dia ada...hah kan?canggih tak?

hahahahahahaha

for that girl, gadis j
belajar rajin2, pandai2...
jangan sia2 kan peluang emas nih...
capai cita2 awak tu ye..
mak cik mesti gembira kuasa 2...kuasa 3



nih masa kat umah gadis j....gembira bersama!!!!!



sepetang bersama ke kfc...lepas mid year exam nih...

Monday, June 28, 2010

sistem ekologi

definisi-perkaitan benda hidup dengan persekitaran
biotik- kehidupan spt burung, manusia
abiotik- bukan kehidupan spt cahaya matahari, hujan

jenis ekologi
mikro- kolam, tasik
makro- lautan, daratan

aliran tenaga
matahari
|
pengeluar
|
pengguna 1
|
pengguna 2
|
pengguna 3
|
pengurai

result for this mid year

PA- 53
EKO- 50
GEOG- 60
COMP- 36
POINTER : 2.59

oh ho..macam mana nak hadap STPM nanti??tolong bagi tahu saya...korang2 semua nih...knp daeaya boleh...knp aku tak boleh??
ibu, marah akak sikit...biar sedar...
huh.. anak apa ko ni?suruh belajar je kan?tu pun xboleh ke?bukan suruh pikul kayu ke manjat pokok ke...hahaha drastik tak ayat nih??ni bukan ayat ibu aku..ni ayat dlm imaginasi aku...ada macam drama tak??

nah, itu dia...!

seperti terasa satu tamparan yang kuat terlepek di pipi ini...saat aku tidak menjangkakan itu akan berlaku...tidak pernah terfikir dek akal..dibayangkan dek mata..dihidu dek hidung...aku menerima satu peringatan...jangan ganggu dia lagi...aku mulut busuk ke??penat lah usaha aku, perasaan aku selama lebih kurang 8 tahun ingin berkawan dengannya...hancur kerana apa aku pun tak tahu...




aku reda jika ini yang diberikan tuhan kepada aku...kenal dia lebih kurang 2 bulan cukup gembira...tetapi cara kami tidak menjadi kawan sungguh memalukan aku...



kepada kawan2...jika ada sesuatu cerita tentang rakan kita atau sekelilingnya, jangan disebarkan ke orang lain...ini boleh menjejaskan persahabatan seseorang itu...tidakkah kamu berasa kasihan??

Sunday, June 20, 2010

kenapa?

aku seperti tidak punya hati untuk menulis di blog ini..
aku tidak tahu kenapa...
segala apa yang aku rasa...
aku lebih rela pendam dan biarkan ia berlalu secara neutral...

ye, ayah !

hari ni hari bapa....aku ada sesuatu untuk ayah aku....ayah, dengar ni...sajak akak tulis.......

Man, who was born on 3rd February 1966
Of course, my father
He is my hero
All about him
Man full with ambition and determination
Anything he does is for his family
Dignity of his family is the first priority

Zany! Yes,he is
Inside him full with love and patience
Never say no

He is the one and only
MOHAMAD ZIN BIN MD TAHA

Thursday, June 17, 2010

huhhhhh! bercampur baur....

hai lu orang?
lama kan tak cerita2..sejak dua menjak tiga menjak ni kan
aku sering diselubungi kesedihan
pertamanya sebab aku akan kehilangan kawan iaitu gadis j dari pandangan mata hitamku ini
dia akan sambung mengejar cita2nya di tempat lain..bukan lagi di lubuk yang sama dengan aku lagi...
aku hilang hati kanan ku ibaratnya lah...
mengapa?
kerana aku rapat dengan dia
pergi sekolah bersama
kadang2 tumpang tidur di rumahnya...
rehat bersama
gelak bersama
tidak apa lah, dia pasti akan berjaya di sana...
reda jika ini takdirnya...
aku rasa salah kerana sepatutnya aku gembira tetapi aku sedih pula...
maaf gadis j,,,

tapi lama2 ini sudah okey...
tadi kami rehat bersama...
tapi tak seronok la rehat tadi...
tak tahu kenapa..
kuih pun aku tak habis makan...

Wednesday, May 26, 2010

tersentak di situ...!

25 mei 2010
hari yang aku nanti kan
bertemu dengan golongan yg profesional
memberitahu aku apa yg kurang dan apa yg patut aku lakukan...
mendengar apa yg diperkata
aku tersentak di situ...
iye ke?
tapi itu sedikit tidak menjejaskan aku..
aku sudah lali dengan semua itu...
reda...
tapi bila ibu mengeluarkan kata2 perangsang dan penenang..
aku tidak suka...
aku menjadi sedih...
tapi tiada air mata yg dapat mengalir...
menembusi ruang legar mata ini...
aku kental...
tapi aku tahu ibu hanya ingin seperti biasa saje...

aku kuat...
ye...
macam2 yg aku dapat hari itu..
erti berdikari...
kerjasama...
kesabaran...
kesopanan...
kita harus memberi dan menerima...

Tuesday, May 18, 2010

tolong ingatkan saya...

permintaan ialah kesanggupan dan kemampauan pengguna untuk membeli barang dan perkhidmatan pada tingkat harga tertentu dalam jangka masa tertentu...permintaan mempunyai hubungan songsang dengan tingkat harga umum...

penawaran ialah kesanggupan dan kemampauan firma untuk menawarkan barang dan perkhidmatan pada tingkat harga tertentu dalam jangka masa tertentu...penawaran mempunyai hubungan positif dengan tingkat harga umum...

kos lepas ialah jmulah barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk membolehkan faktor pengeluaran yang terhad digunakan untuk mengeluarkan barang yang terbaik...

lebihan pengguna ialah perbezaan antara harga yang sedia dibayar oleh pengguna untuk mendapatkan sesuatu barang dengan harga sebenar barang di pasaran...

kos tetap ialah kos yang dibayar ke atas faktor tetap.
kos berubah ialah kos yang dibayar ke atas faktor berubah.

Sunday, May 16, 2010

mendung dalam panas...

cuaca: cerah

aku memulakan hari aku
seperti biasa
tenang dan ceria...
hari itu aku kena pergi ke sekolah
untuk bergotong-royong...
itulah lumrah seorang pelajar sekolah
aku tak kisah
sebab aku gembira melakukan itu...
bagi aku
siapa lagi kalau bukan kita

aku dan kawan2
ditugaskan untuk berkemas di lubuk ilmu kami
di tingkat 3
bersama2 dengan kawan2 yang
sama2 menghuni lubuk itu pada waktu petang...
suasana ketika itu cukup ceria dengan gurauan

mood aku bertukar ke tidak senang
selepas kami semua berehat sebentar
sejak dari itu aku mula diam
tidak suka melihat gelagat budak lelaki itu..
bagi aku dia
amat berbeza dengan apa yang sebelum ini...
kenapa dia perangai dia boleh lain hari itu?
pelik dan tidak suka aku melihatnya..
bila nak balik...hati ku berkata

jam telah menunjukkan pukul 11.30pg
sudah tiba waktu untuk kami pulang
yeah,gembira...

tapi aku tidak terus pulang
aku menunggu kawan aku
menguruskan persiapan hari guru...

Wednesday, May 5, 2010

6 atas 3 yang relaks...?

cuaca : panas

lokasi kelas: tingkat 3
dah biasa...dah..hari2 panjat...hehehehe
budak2: perempuan....okey2..sehati sejiwa?
tet..tet..tet
lelaki....masyarakat....tension dibuatnya...
cikgu: awesome..komitmen dengan tugas...
result: okey..tingkatkan lagi.....
harapan: sama2 berjaya...sama2 genbira

selamat...selamat,de!


cuaca : panas

ni ucapan khas untuk kawan saya yang pkai baju purple..
ada beg ni..
yang tunjuk peace tu..

10 mei ni ulangtahun berkasih sayang dia dengan ehem2 dia..
29 mei ni ulangtahun kelahiran dia ke 19..
hehehehehe..

de, ceria selalu...

Tuesday, May 4, 2010

juvava oh juvana

DEFINISI
- salah laku yang dilakukan oleh remaja yang bertindak menyalahi undang-undang dan enggan menjalankan kewajipan sosial mereka.

FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENINGKATAN KES JUVANA
1. masalah kekeluargaan.
- menghadapi masalah kelakuan, pengurusan keluarga yang kurang cekap, konflik dalaman keluarga dan sifat ibu bapa yang buruk.
- mencetuskan masalah salah laku remaja yang kemudiannya membawa kepada jenayah juvana.
2. pengaruh negatif rakan sebaya.
-terikut-ikut dengan perangai rakan yang negatif.
-melakukan sesuatu perkara kerena ingin mendapat perhatian rakan.
3. pengaruh media massa.
-memaparkan pelbagai unsur negatif.
4. kurang didikan agama.
5. keciciran persekolahan/ berhenti sekolah.
6. pengaruh negatif persekitaran / tempat tinggal.
7. desakan hidup.
8. kurang perhatian masyarakat.

USAHA UNTUK MEMBENDUNG
1. peraturan/ undang-undang
- menggubal peraturan atau undang-undang dengan mengenakan hukuman yang tegas kepada ibu bapa yang cuai dan anak mereka.
2. peranan ibu bapa
- selalu memantau aktiviti anak mereka.
- memberi didikan tentang agama supaya dapat dijadikan panduan.
- memberi pengetahuan tentang masalah yang boleh melanggar undang-undang.
3. mewujudkan kumpulan sokongan
- memberi khidmat kaunseling.
4. kempen
- peranan kerajaan dan NGO
- memberi maklumat tentang kes juvana.
- memberi motivasi.
- mengadakan program yang dapat membantu mengurangkan kes juvana.

Sunday, May 2, 2010

bulan mei datang lagi...!

setiap tahun ada 1 je bulan mei..
bulan tu datang lepas april..
memang lah bai semua org tahu...

tapi yang buat aku kusut kat sini...
banyak sangat yang nak disambut...
aku tak kisah sebenarnya nak sambut2
tapi...
fulus tak banyak lah..
hari ibu, hari guru, birthday kawan...
mak dia, banyak tu...
guru bukan seorang je...
maaf, cikgu jika saya tak dapat memberi cikgu hadiah...
saya akan doakan cikgu..
lulus dalam subjek cigu...
insya-Allah...
untuk ibu,
aku akan cuba sedaya aku untuk memberi sesuatu...

tapi...
untuk semua ibu, cikgu..
terima kasih banyak2...
jasamu dikenang..
sayang selalu..

Friday, April 30, 2010

ya....!

cuaca:cerah

hari ini aku rasa seronok tadi kat sekolah..
ada majlis khatam al-quran..
budak2 ting 5..
ada program jangan lupa surah..
aku tak ingat la surah yang tu..
jadi mel yang aca dan dapat hadiah..
wah...bestnya..
lepas itu, saya bersama kawan2 pergi belajar computing..
visual c++ bab for, while and do-while..
seronok sebenarnya belajar ni..
tapi saya ada jugak yang tak mahir...
lalai kadang2..

tolonglah saya hilangkan rasa lalai itu...

Wednesday, April 28, 2010

urggh..akhirnya sempurna

alhamdulillah..akhirnya aku telah pun selamat membentangkan kolokium dgn tajuk 'pemanasan global'.....

Tuesday, April 20, 2010

ha, tulah.....

tadi seperti hari2 selasa yang lain..
kami pelajar form 6 ada kolokium...
di dewan saujana, jam 2.00 petang..
tapi keadaan hari ini tidak seperti hari2 selasa yang lepas...
kenapa?
sebab saya dan kawan2 saya tak duduk sebaris..
terpaksa berpecah kerana insiden minggu lalu...
sesi soal jawab pun tidak begitu meriah dan mencabar..
dek kerana bunyi2an yang kurang matang dari lubuk ilmu di sebelah...
hanya mereka2 yang menghuni lubuk itu sahaja yang bertanyakan soalan pada hari ini..
alhamdulilah, mereka ada melakukan perubahan...
tapi saya jadi mati kutu...
walaupun saya takde kutu...
hahaha...
dah main balas2 ayat dengan rakan di sebelah saya...
nak buat macam mana, benda dah terjadi...
minggu depan saya fokus..
hehehe memang la
masa tu aku yang bentang...
harap2, orang semua fokus masa pembentangan tu..
jadi takde isu berbangkit...

Monday, April 19, 2010

akan ku gagahi.....

minggu ini...
aku rasa antara minggu2 terpenting...
di antara minggu2 yang aku sudah dan akan lalui...
minggu ini...
aku akan membentang tajuk sumber tenaga alternatif utk pengajian am 2...
seorang diri tanpa pelampung aku..
macam mana kalau aku lupa diri nanti?
tak de talian hayat la jawabnya...
minggu ini jugak...
aku akan menduduki muet speaking test...
i hope i can do better than past( formal test 1 )
first time i done it, my idea very crowded and nothing...
i hope i will relax...
talk slowly and clearly....

minggu teamat penting..
minggu depan....
aku ada kolokium..
ye, macam selalu...
tapi selalu tu aku tengok orang present
tapi kali ini akau pulak yang present..
mak oi...dasyat bona eaaaa!
aku kena cakap berjela-jela....macam cinta 200 ela...
hahahaha
harap2 orang tak ngantok...
tahan je la korang....
bukan aku yang minta pun, arahan cikgu...
harap2 boleh jadi pembentang terbaik...
awesome la kalau dapat jadi...
jangan kau mimpi banyak2..usaha dulu...
USAHA TANDA KEJAYAAN.......P

Saturday, April 17, 2010

apabila air mata itu jatuh

semalam, 16 april 2010
aku memulakan hari sama seperti hari2 ku yang lain
cuma yang bezanya
aku bangun lambat, bilik aku bersepah...
aku ke sekolah..
baca yassin,
belajar computing...
hah, kat sini la cerita bagi tajuk ku ni bermula...
aku dan kawan lain diberi tugasan
aku mulanya seperti biasa...
tapi tiba2...
aku tak tahu kenapa air mata aku begitu mudah jatuh
kerana lambat menjawab soalan yang diberikan...
aku diam membiar mereka2 yang kisah tentang aku..
aku tak boleh berbicara..
sekiranya aku berbicara,air mata aku akan jatuh lebih lebat...
aku terus naik kelas..

pergi ke kelas sebelah..
bertanya kepada net tentang task yg cikgu berikan
sekali lagi lebat di situ..

semasa pulang aku sudah reda...
aku lihat cuaca
seakan memahami perasaan ku...

Thursday, April 15, 2010

kawan oh kawan


ini farra, aalia dan nadiah

aku gembira kini bila bercerita tentang kawan
aku bersyukur mempunyai kawan sebegini
menerima aku apa adanya...
memberi aku apa kurangnya...
aku harap hubungan ini boleh terus berjalan...
seperti air yang tidak pernah putus
seperti matahair yang tak pernah malap...
seperti bulan yang selalu terang..
seperti bunga yang selalu mekar...

aku harap aku juga boleh mampu menjadi kawan mereka
tanpa diminta, tanpa dipaksa..

terima kasih kepada semua kawan saya..

Wednesday, April 14, 2010

saya gembira...bila (edisi 2)

1. duduk umah nadiah...ada aunt salmah...best!
2. beli komik....x baca pun sebenarnya..
3. hari ini pun saya gembira...
4. cakap tak berenti2....
5. nampak M...

Tuesday, April 13, 2010

aku dan M

hari ini kali pertama
aku dan M berpegangan...
aku berkata2
M memperdengarkan kepada orang lain...
entah macam mana bunyi nye aku tak tahu
gigil jugak...
lagi2 gigi aku..

Monday, April 12, 2010

kawan



apa ada dengan kawan?

alamak!

esok 13 april...
ada kolokium...
bukan kumpulan aku present
tapi
apa yang dirisaukan?
aku..
kena jadi pengerusi majlis..
errrrerrrrreerrrerrr...
getar gigi....
apa ek ayat yang nak dilontarkan?

ehem..testing

assalamualaikum dan selamat petang...
berjumpa lagi pada hari selasa ini untuk meneruskan kolokium dengan pembentangan tajuk '.......................' daripada kumpulan 10..kumpulan 10 inin diketuai oleh ......................ahli kumpulan yang lain terdiri daripada.....................kumpulan ini di bawah bimbingan cikgu............untuk itu dipersilakan ahli kumpulan 10 untuk membentangkan tajuk mereka.

20 minit kemudian..

tamatlah sudah 20 minit yang diberikan untuk pembentangan..sekaramg ini masa untuk soal jawab mengenai tajuk yang telah dibentangkan..silakan rakan2 untuk mengajukan soalan...

20 minit kemudian....

kolokium kita hari ini berhenti di sini..jumpa lagi pada minggu hadapan dengan tajuk yang lain...yg baik datang dari allah, yg kurang dari diri saya sendiri..assalamualaikum, selamat sejahtera..

okey tak?

saya gembira, bila....

1. waktu rehat, tengok karenah budak2 lain....
2. tengok tv dengan andi lagi2 sambil baring n makan....
ibu ckap macam ular sawa...?
eh, xdalah..ular sawa dan manusia adalah spesies berlainan....
3. g sungai lebam..
makan2..mancing...tengok kelip2...bintang..bulan..
4. makan ais krim waktu hujan
5. dapat apa yang cikgu ajar...
6. dengan kawan2 berkata2,gelak2...
7. ngobrol dengan ibu...ibu best
8. misscall ayah...then ayah call balik...
9. dapat patuh jadual pemakaian ubat...
10. feritin dlm badan dapat dikurangkan..
11. makan roti cecah sirap..walaupun sirap tu org ckp air budak tadika
12. dapat tukar maklumat ttg pengajian am kt papan belakang....
13. gunting misai tompok...


akan disambung lagi....

12 april 2010

hari : isnin

aku bersekolah seperti biasa
perhimpunan
rehat
belajar
macam biasa....

tapi mood tak berapa ceria...
mugkinkah dipengaruhi oleh cuaca yang membahang?
eksperimen akan dibuat...
tunggu abg kantin layan budak2 ni punye karenah..
peh..menyirap sirap yg merah tu...
aku punya permintaan pun diabaikan...sabar la...
dia cuma manusia biasa..
sama macam aku, M dan kawan2 lain...
oooooo.....

ada jugak yang best tadi...
belajar geog dgn cikgu H....
computing tadi best..
insertion sort
and bubble sort....

Sunday, April 11, 2010

apa semua ni?

aku...
patrick a.k.a penjayah merah jambu
siapa tu?
kenapa guna nama tu?
kenapa merah jambu?
tapi blog template warna hijau...
kalau hijau tu...
namanya
green froggy..
kenapa?
kenapa patrick?
siapa dia?
boyfriend?
adik?
bakal suami?
hahahahahhahahah...

aku jawab : suke la de...apa ko kecoh sangat?

padamu kubersujud

ni lagu afghan..
sedap lagu ni...
jom nyanyi sama2..

ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

* esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah
reff:
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa
ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud
repeat *, reff
repeat reff
pada-MU

oh, M

tak tahu macam mana nak mulakan penulisan ini..
tak tahu nak mula dengan yang mana dulu...
sebab lama tak bercoret...
hahahahaha....
bingung la nak tulis...
esok sambung boleh tak?
tapi tak janji eh..

Friday, April 2, 2010

selamat ulang tahun

bulan april sudah pun masuk ke hari yang ke-2
esok hari jadi mak farah nadiah
selamat ulang tahun, cikgu!
buat yang lain pun sama...
cth:
saya
aliff
iwan
nadiah

selamat....
semoga berjaya di dunia dan akhirat...

aku janji

3 april 2010

ada program aku janji dan mesy. agung
semua ibu dan ayah diminta dtg..
tapi
ibu dan ayah saya
tak dapat dtg...
saya harus seorang diri
berjanji
tak pa
saya faham mengapa merka tak dapat dtg
saya akan buktikan juga pd semua orang
walaupun ibu ayah saya tak dapat dtg
saya blh berjanji seorang
dan insya-allah berjaya

ha, mak... ada
esk kena jadi guru muda juga
ya, allah berilah aku kekuatan
supaya aku dpt berkongsi ilmu dgn 5 KEMASYARAKATAN....
mudah2an kami sama2perolehi kejayaan...

amin, ya allah.

Wednesday, March 31, 2010

alhamdulillah.....

Alhamdulillah Oleh Too Phat

Di saat waktu berhenti...kosong
Dimensi membutakan mata memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan utk menarka
Sadarku akan hadirMu
Mematahkan sendi² yg biasanya tegak berdiri

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Merenungi luar jendela
Mengagumi kebesaran yg Maha Esa
Ku menilai kehidupan dr sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Mahukan harta yg mampu beli satu semesta
Berpesta ke parti botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan be! rkhutbah, cuba betul diri ini cuma
Ingin hidup sempurna, asset nilai berjuta
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalahguna
Jangan kufur nikmat yg diberi percuma
Guna kelebihan utk khidmat bersama
Jagalah nama
Hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yg kurus
Ada melencong ada yg lurus
Bukan semuanya tulus
Ada sempurna ada kurang upaya
Ada yg jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata
Boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah Alhamdulillah bukannya sukar
Kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar...

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Jadikanlah ku tentera Fisabilillah
Yang tertera di kalimah harap memanduilah kita a! pabila persimpangan tiba
Hidup penuh dengan rintangan harus kuhadapinya
Harap ku tidak lupa diri bila gembira
Dan cuma mula mencari Kau di saat hiba
Ku cuma manusia penuh dgn kesilapan
Tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dikalangan duri onak dan cubaan
Teguh bila dicubakan pengaruh kuasa dan perempuan ah!
Sentiasa legar diminda dikejar dan dipinta
Dr zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpa Mu disisi
Dan apa guna posessi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi
Nukilan tulisan dan bisikan hati
Mencari keterangan menjiwai peranan
Menepati pesanan, janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki
Moga tidak leka dalam perjalanan ini

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penip! uan dan dosa²)

Aku yang memandang di dlm lubuk hati
Mencari-cari rahsia yg katanya tersembunyi
Aku yg melihat alam meliputi
ujud menyertai lalu kupindahkan alam ke dlm mata hati
Aku hakiki aku mengerti segala yg terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi pelik dan benar qada' dan qadar
Kau berilahku kekuatan agar dapatku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biarkan nafsuku terliur
Dari pandangan majazi ini
Aku yg bodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lelatu tak membutakan mataku
Semoga segala puji takku meninggi diri
Moga segala janji dpt juga ku penuhi
Moga dpt ku hadang tikaman dr belakang
Lidah setajam pisau
Ku tidak akan risau
Dgn dugaan cabaran
Sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur
786 Alhamdulillah Syukur!

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syu! kur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Sujudku pun takkan memuaskan inginku
utk hanturkan sembah sedlm kalbu
Adapun ku sembahkan syukur kpd Mu Ya Allah
Utk nama harta dan keluarga yg mencinta
Dan perjalanan yg sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yg membuat hamba mengerti lebih baik ttg makna diri
Semua lebih berarti apabila dihayati
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah


suka tak?
saya suka lagu ni...

Tuesday, March 30, 2010

bagaimana hidup tanpa kawan?

pernah tak kamu terfikir tentang ini?
apa fungsi kawan?
kadangkala kawan memberi kesan positif dan kesan negatif
tetapi
semua itu sebenarnya bergantung kepada diri kita
kena pandai memilih
kawan atau lawan
kadang2 lawan itu kawan kita
dan
kawan itu lawan kita

Sunday, March 28, 2010

teringat dulu.....

11 mei 2009,
merupakan hari ulang tahun kelahiran
salah seorang kawan saya
yang saya telah berkawan dengannya
sejak usia kami 5 tahun lagi...
tetapi,
bukan itu yang saya ingin ingatkan..
tarikh itu merupakan
hari pertama saya
mendaftar di tingkatan 6
di sekolah impian saya ketika di usia 13 tahun lagi
pada pukul 7 pagi
ibu menghantar saya dengan kawan saya, ain...
ibu merupakan orang yang paling gembira selain saya...
ibu menemani saya ketika pendaftaran
dan lain...
tiada seorang pun di situ yang ibunya menunggu
selain ibu saya...
sedang ibu duduk di sebelah saya
ada seorang kakak berkata kepada ibu saya
bahawa ibu saya boleh pulang
kerana saya akan melalui pelbagai program dan
akan tamat pada 1.10 tengah hari...
ibu saya pun pulang..

ibu saya terlupa yang saya sudah berusia 18 tahun
dan bukan budak di tahun 1....

saya ditinggalkan ibu
bersama ain...

Thursday, March 25, 2010

diari budak sekolah

hari ini merupakan hari terakhir ujian formal 1
kertas terakhir aku tadi ialah ekonomi 2
tamat pada 8.47 pagi
lepas tamat peksa tadi xda cikgu masuk
jadi,
aku dan kawan2 lain berbual...
bual punya bual
dah time rehat
apa lagi?
bergegas la ke kantin...
makan2..
minum2...
lepas rehat
aku kembali ke kelas...
cikgu midi masuk...

petang pula,
ada koko
biasa lah hari khamis
aku dan yang lain x masuk kawad
bermain petanque
seronok..
ha?
dapat baju JPAM
lawa tu..
tapi bahagian lengan macam besar la...
tapi memang segak la pakai baju JPAM nanti...
tak sabar pulak nak tunggu hari rabu..
tapi mesti ketiak berpaya nanti..
baju tebal,
cuaca panas...
tak pe janji segak..
hehehehehe...

Wednesday, March 24, 2010

ciri-ciri tempat belajar yang baik

1. senyap
2. selesa
3. cahaya yang mencukupi
4. pusingan udara yang elok
5. tidak ada gangguan

Tuesday, March 23, 2010

masa mencemburui kita atau kita mencemburui masa?










terlalu cepat masa berlalu
tanpa aku sedari
pejam celik, tidur bangun
telah banyak yang berlaku terhadap diri aku, kamu dan mereka

mampukah kita mengejar masa?

nak guna apa?

bullet train?

kita tidak perlu semua itu

yang kita perlukan hanya

memanfaatkan setipa detik yang telah dianugerahkan dengan sebaiknya

oleh itu, hargai masa anda
masa itu emas

masa ibarat pedang

itulah pepatah yang boleh digambarkan bila bercakap mengenai masa

jom kita manfaatkan masa yang ada

contohnya;

meluangkan masa bersama keluarga
mengulangkaji pelajaran
membaca al-quran

agar

masa depan kita elok




Monday, March 22, 2010

sekolah bermula hari ini

hari ini,
aku menjalankan kembali tanggungjawabku
sebagai pelajar..
menjadi seorang pelajar
adalah
satu tanggungjawab yang amat berat..
menurut aku..
pelajar,
menjadi harapan ibu dan ayah
yang telah mengeluarkan modal
yang banyak..
harapan guru
untuk meningkatkan prestasi sekolah..
sebagai tanda kejayaan seorang cikgu mendidik pelajar itu..
jadi,
apabila ada seseorang yang menanyakan kepada aku,
adakah aku seorang pelajar
aku berasa gementar,
mampukah aku menggalas tanggungjawab itu?
bolehkah aku membayar kembali
apa yang ayah dan ibu telah laburkan?
oleh itu,
aku menyokong kata
cikgu aku yang dulu
belajar ibarat berjudi
harapan aku di sini hanya satu
aku ingin
berjaya sebagai seorang pelajar
dengan itu
semua orang di sekeliling aku
akan turut sama gembira
berdasarkan pengalaman aku
yang lepas
aku tidak cukup berjaya lagi
percubaan pertama ketika usia kanak-kanak
aku telah mengecewakan ibu aku
percubaan kedua pula,
aku merupakan 10 di antara budak hitam yang digilap
ketika pertama kali senarai nama dikeluarkan
aku
merupakan orang yang menduduki tempat kesepuluh
dengan tekad
aku berjaya menaikkan diriku ke tempat yang ke lapan
walaupun aku tidak begitu berjaya
tetapi aku mampu menggembirakan ibu ku
ketika mengumumkan hal itu,
ibu melompat keriangan di tengah banjir yang mulai surut
percubaan ketigaku
tidak melayakkan aku ke peringkat yang segani maka aku memilih untuk ke sekolah kembali..
dan kali ini,
aku berharap,aku mampu
membuat dengan lebih baik
mudah-mudahan aku boleh,
NO PAIN, NO GAIN
aku akan cuba untuk mengikut seperti kata2 di atas...

Sunday, March 21, 2010

tamat...

cuti sekolah tamat pada hari ini...
apa yang kamu orang dapat sepanjang cuti ini?
seronok tak cuti sekolah kali ni?
saya?
seronok....
macam-macam yang saya dapat...
dapat l bukan nama sebenar...
terima kasih ayah n ibu...

Friday, March 19, 2010

air

air sangat penting dalam kehidupan kita...
betul tak?
sapa yang tak setuju?
angkat tangan...
apa air kesukaan korang?
aku?
air masak a.k.a air kosong a.k.a sky juice
tahu tak air apa?
ala,
yang warna jernih,
tawar tak da gula tu...
jeng..jeng..jeng...
hendak dijadikan cerita
semalam aku pergi ke rumah nenda di kampung
fe'el aku ni
kalau pergi ke mana-mana
air masak merupakan sahabat sejati aku..
jadi, aku bekal la air....
sewaktu pergi tu tak da apa yang berlaku..
waktu pulang tu yang terjadi masalah biasa
di kalangan budak tadika...
aku tertumpahkan air kt seat depan kereta ibu..
alamak!
takut saya..
nak kena cubit ke dengan ibu?
takutnya saya......
huhuhuhuhuh
tiba di rumah
aku bergegas ambil penyedut hampagas..
untuk mengeringkan air itu...
ambil seterika boleh tak?
aku terfikir...
haha, tak payah la..
nanti kena marah pulak...
malam itu..
ayah mengajak kami ke bujang firefly
aku pergi...
tanpa sahabat sejati ku...
bimbang air tumpah lagi...
aku menahan kehausan yang tak berapa sangat..

Thursday, March 18, 2010

happy birthday again...


as before,

i want to wish

happy birthday

for anyone

who celebrate his or her

birthday in this month

like p. ramlee,

fadhil,shikin lani, munira, syazwan n norin

sedih dan bingung.....

microsoft kt laptop x boleh dimanfaatkan
dia tulis "the modfication is not allowed because the selection is locked"
macam mana tu?
tolong la saya...

Saturday, March 13, 2010

lama x ngedate.....

wah, lama x update blog saya....
x sempat la kot...
sebab tu saya update...
cuti sekolah mula hari ini...
harap orang2 yang bersekolah dapat buat revision...
naik cuti ni saya ada ujian formal..

Sunday, February 28, 2010

sorry, i'm late!


pada hari khamis yang lalu
tanggal 25 februari 2010
merupakan hari ulang tahun kelahiran
kawan baru saya
NUR ALIAA BT RAZALI
hari itu juga merupakan hari sukan sekolah...
seronok jadi penonton, hakim pencatat dan pembeli minuman float...
kepada aalia,

Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran

Ternyata kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku di perlukan

Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini
Perlu untuk dirinya

Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya

ni lagu hafiz yang baru..

terima kasih, ayah!


ayah ialah orang yang ketiga penting selepas ibu..
jeng..jeng..jeng...
malam tadi ayah telah mengajak kami sekeluarga
5 orang semuanya..
pergi ke tempat kegemaran memancingnya..
sungai lebam...
mungkin tidak begitu familiar berbanding yang lain
tetapi tempat tu best....
ramai pelancong asing pergi ke sana..
kenapa ek?
wah, ada kelip2 la...
naik bot besar ala feri..
menyusuri gigi sungai...
di celah2,sebalik-balik pokok
ada kelip2...
kena simbah dengan air nampak lebih jelas..
malam tadi bulan terang jadi tak berapa best
tapi kalau bulan gelap lagi best
ayah cakap...
tapi bagi saya tetap best...
30 minit menyusuri
banyak yang saya dapat..
lepas tengok kelip2
ayah dan adik (andi) memancing pula
sementara tunggu makan malam yang belum siap...

Thursday, February 18, 2010

bel lagi....


happy birthday


kepada farraaqua......



Yang tulus ikhlasIngin sekali sekala dirinya dibalasWalau hanya dengan dakapan di angin laluYang selalu memberiIngin sekali sekala jadi penerimaCukup dengan salam dan manis doaAku ingin kau merasakan hebatnya cintaDan leburkan saja serpihan calar deritaSelamat ulang tahun sayangKini kau bersayap, pergilah terbangRentaslah langit cita cita muHarap nanti kita 'kan bertemuSelamat ulang tahun sayangJanganlah engkau tak terbang pulangKu nanti penuh kerinduanSelamat tinggal, selamat jalanAku hanya inginkan engkau setiaKerana setia yang mencipta bahagiamu
lirik lagu ni untuk farraaqua a.k.a cik bumblebee

my pet....


this is my pet.
it's name is Tompok.

Sunday, February 7, 2010

gila ke buang tabiat?


Di hari raya Terkenang daku kepada si dia Kampungku indah nun jauh di sana Ayah serta bondaku Di tepian mandi Danauku hijau yang aman damai selalu Nun di sanalah tempat aku bertemu Aku dan dia ( korus ) Apakan daya Masa tak akan kembali Hancur musnahlah semuanya Impian yang murni Tinggal menjadi kenang-kenanganku Hanya rangkaian kata dan lagu Dendang perantau

tahniah!


pada hari isnin lepas, ada majlis perlantikan pengawas di sekolah saya. kawan saya yang berbaju biru dan bertudung hitam telah menjadi ketua pelajar untuk tahun ni...wah, seronok!

Saturday, January 16, 2010

happy birthday

hari ni 16 januari 2010..sape2 yang sambut birthday tu happy birthday...especially buat acai happy birthday..