Saturday, May 25, 2013

home alone

hari: masih lagi sabtu
malam.

Assalamualaikum.
hai, der.
gua home alone sekarang ni.
memang gua yang cari nahas.
tapi takpe, sesal dahulu pendapatan, sesal nanti takde guna.
gua siapkan kerja dulu
jadi takde lah menggelabah bila tiba tarikhnya.
masa tu gua boleh touch up je kan.
tapi memang sunyi, semua makhluk dah balik.
ala, kena kuat.
lagi 1 hari, 2 malam.
bila dah sorang-sorang
mula lah novel pun gua baca.
berangan dengan watak dalam tu kejap.
aigoo, novel ni semua nak indah.
wujud ke?
tiba-tiba aku terfikir- penulis novel ni memang kuat betul melewe.
tiba-tiba lagi, maggi jadi favourite food aku.
aku tak kuar rumah, takut nak jalan jauh jauh coz keadaan tak riuh macam selalu.
lapar sikit lah. aku dah siap sedia.
gambar-gambar yang ada kat dalam notebook semua aku tengok balik.
semua siaran radio aku dengar.
movie tak banyak dalam ni, jadi tak tengok.
kenapa tak tengok youtube?
aku tak amalkan pun, nanti ketagih.
buat slow bb je, bazir.

ambil dari LJ. tengok gambar gambar bahagia dia rasa sikit jeles. bila saya nak rasa itu?
 

antara gambar masa BassDayOut 3.0 hari tu.
 

Thursday, May 16, 2013

i know my limit.

yes, we are friend.
not more than that.
I know, more than know.

Sunday, May 12, 2013

sayang 150 juta kali

hari: ahad
cuaca: gelap malam

Assalamualaikum.

ramai orang post kat fb
selamat hari ibu.
diselangi ucapan.
bagus, mereka sangat menghargai jasa ibu.
saya nak tulis kat sini.
nak bersajak mcm Kak Fynn Jamal.
tengok tajuk atas tu. hahaa

bismillah.

Widana.

W- wanita yang bersedia tua untuk membesarkan kami.
 I-  impiannya hanya melihat kami berjaya, berguna pada semua.
D- dalam hidupnya, hanya kami yang diutamakan.
A- andai kami jatuh, dia membantu kami bangun, memberi kami harapan.
N- nilai kasihmu tiada tandingan.
A- akan kami cuba membalas jasamu.

SELAMAT HARI IBU.
semoga rasa cinta ini kekal hingga ke akhirnya.

Saturday, May 11, 2013

simpan dalam-dalam, sedalam yang boleh

hari: sabtu (1 rejab 1434)


Assalamualaikum.

der, gua janji.
ini last entry gua buat luorg sedih.
tapi sebelum tu ada pesanan.
kalau pun luorg nanti akan jumpa kenangan yang lagi awesome
dari apa yang pernah kita lalui.
jangan buang kenangan kita.
simpan dalam-dalam.





penyampaian berbeza.
niatnya sama.


Thursday, May 9, 2013

again, we still have jodoh.

hari: khamis
cuaca: panas

Assalamualaikum.

my last entry adalah entry yg ke- 200.
syabas untuk saya.
tak banyak kalau nak dibandingkan dengan 4 tahun dah saya berblogging.


just to make it short.
Alhamdulillah, we still have jodoh
our relationship still on until now.

it touch my heart when I get this
one of wonderful thing that I had been through before is knowing you, dear
thank you for being nice and sweet friend ever.

reply.
I am very special to have friend like you.
you are like bidadari dari syurga.


 happy friendship der...
4 years ago.

 

she and her makwe.
 

my favourite picture ever.
 

 

Wednesday, May 8, 2013

Rejab bulan Allah

hari: rabu
cuaca: cantik

Assalamualaikum bloggers.

sedar tak sedar, lagi beberapa hari lagi dah masuk bulan baru, Rejab.
jom tambah amal.
ingatkan saya untuk berpuasa, insyaAllah.
hari ni nak kongsi entri yang saya baca dari blog seseorang.


kelebihan bulan Rejab.

Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1.Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, niscaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2.Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3.Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4.Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5.Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6.Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7.Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8.Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran keatas semua kalam (perkataan).
9.Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10.Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu.Diampunkan dosa-dosanya yang lalu. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11.Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12.Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar,dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu derjat, dihapus seribu kejahatan -
“Dan barang siapa berpuasa pada tgl 27 Rejab/ Isra Mi’raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.”

- “Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.” “Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tgl 1, 2, dan 3 Rejab, maka ALLAH akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia, dan siksa akhirat.”

- “Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, permintaannya akan dikabulkan.”

- “Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan delapan pintu syurga.”

- “Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah(hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW lagi : “Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s.: “Wahai Jibril untuk siapakan sungai ini ?”Maka berkata Jibrilb a.s.: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau dibulan Rajab ini”. Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita : “Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah SAW melalui sebuah kubur,lalu Rasulullah berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH SWT.

Lalu saya bertanya kepada beliau: “Ya Rasulullah mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda : “Wahai Tsauban, mereka itu sedang disiksa dalam kuburnya, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan siksa ke atas mereka”. Sabda beliau lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rajab niscaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur”.

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah dapat mengelakkan dari siksa kubur?” Sabda beliau: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat karena ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun.”

Sabda beliau lagi: “Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku”. “Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka.”


Subhanallah. banyak kelebihan.
jadi, meh la sama-sama mengimarahkan bulan rejab nanti.

Tuesday, May 7, 2013

what should I do?

hari: selasa
cuaca: panas

Assalamualaikum.


hai, saya baru balik ke Melaka.
Alhamdulillah dengan segala keputusan.
diharapkan ada pembaharuan ke arah kebaikan dan kemajuan bersama.
ramai jugak yang bertanya, kenapa saya mendiam diri.
saya tak mahir sangat.

hari ini, ketika sedang menunggu bas.
ada seorang pak cik tua
lingkungan umur 50-an
persis raut wajah seperti ayah Ika.
dia menyapa mesra dengan senyuman.
memberikan aku tempat duduk di sebelahnya.
dia bertanya aku menjawab.
tetapi soalan yang terakhir itu
membuatkan aku keliru.
tipu atau benar?
fikiran berlari menerjah insiden yang sama pernah berlaku kepada aku suatu ketika dahulu.
pak cik itu meminta aku duit.
katanya, dalam dompetnya hanya ada not 10.
aku menolak dengan baik " saya pun takde duit".
tapi bila aku lihat wajahnya ketika aku senyum untuk beredar,
aku rasa sedikit kesian.
bagaimana kalau dia benar-benar memerlukan pertolongan?
bagaimana kalau pak cik tu tak menipu seperti wanita dulu?
tapi takpe, aku kena selamatkan diri sendiri.

the end.

baru-baru ni
aku menonton filem HACKS dan Hoore Hoore.
yes, I am laggard.
filem Hoore Hoore tu memang best.
filem HACKS ni yang kurang.
ceritanya seakan My Heart.
berikan hatinya kepada orang lain,
kononnya hati itu akan terus mencintai wanita yang sama.
tipu. tak suka.

Friday, May 3, 2013

hari: jumaat (penghulu segala hari)
cuaca: sejuk


JANGAN MENUNGGU duhai sahabat...
Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah...

maka kamu akan bahagia

Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah... 
maka kamu semakin kaya

Jangan menunggu motivasi baru bergerak, tapi bergeraklah...
maka kamu akan bermotivasi

Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang yang lain...
maka kamu akan dipedulikan

Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tapi fahamilah orang itu...
maka orang itu memahami kamu

Jangan menunggu inspirasi baru menulis, tapi menulislah...
maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu

Jangan menunggu projek baru bekerja, tapi bekerjalah...
maka projek akan menunggumu

Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai... 
maka kamu akan dicintai

Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang...
percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya

Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah...
maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti

Jangan menunggu kejayaan baru bersyukur, tapi bersyukurlah...
maka bertambah kejayaanmu

Jangan menunggu bisa baru melakukan, tapi lakukanlah...
maka kamu pasti bias

copy paste sebab suka.

Thursday, May 2, 2013

no point

hari: khamis
cuaca: panas
Assalamualaikum.

# Friend are as sweet as honey- Pooh.

when the time is come, I am addicted to write on this.
although it is pointless, no no.
have point but little.


aha, sedang memperbaiki point untuk solo presentation minggu depan
setiap sem ada present, setiap subjek ada present.
bila kita present takde siapa yg dengar, cuma segelintir.
nervous tiap kali nak present, tak pernah tinggal.
tapi respon dari kawan- kau comel la.
aik? abis dapat tak apa point yang cuba aku present?
aku memang comel, dah ramai bagitahu.
hahaha, perasan.
aku gemuk lah.
macam ni ha.

macam mana nak pakai kebaya nyonya?
rugilah duduk Melaka tapi tak dapat pakai kebaya nyonya.

diam lebih baik dari berkata- kata ke action speak louder than word yang berkesan?
mungkin tengok keadaan kan.
kalau ada orang nak cari pasal, mungkin diam lebih baik dari berkata- kata contohnya macam ketua kelas tu tu.
tapi kalau action speak louder than word tu sesuai untuk orang yang suka cakap kosong kosong mcm lagu wawa tu.
suruh buat, jangan cakap je berhabuk. orang pun bosan kan.
ni dah dikira lari tajuk, tapi tiba tiba terfikir.

esok, balik lagi.
ibu cakap aku ni hamba tv.
haruslah.
tapi maaf, saya tak dapat jalankan tanggungjawab.
saya salah - tangan di dada.

 
cerita dari salah satu Negara Asean, Phlilipines.
tengok, ada kaitan dgn subjek sem ni.
ibu jugak yang cakap cerita ni best.

hahaa, ibu cakap bila aku balik dia suka.
ada orang makan dia masak.
aku jugak.







untuk awak

hari: khamis
mood: stabil

Assalamualaikum.


I know it will be hard time for you right now.
but I know you can manage to face and overcome this matter.
I am sorry if I not helping you to reduce your sick at all
I just try my best and I never face with the situation
so I lack with idea
Big sorry for you.