Thursday, December 22, 2011

yakin-risau=boleh

hari: khamis
cuaca: hujan renyai-renyai

hari sudah semakin suntuk, lagi dua hari lagi aku akan balik ke johor bahru atau lebih spesifik kota tinggi atau lagi spesifik lok hengeles...sungguh tak sabar..tapi ada tiga halangan yang perlu ditempuhi...oleh itu, ianya telah membuatkan aku risau..aku tak pernah ada pengalaman tentang itu..ini memang benar-benar baru dalam hidup aku yang serba kekurangan ni..nak tahu apa?





SUBJEK AKAUN



huhu, aku benar-benar risau tentang subjek ni, sabtu yang lepas ada test..aku punye trial balance, tak balance-balance walaupun telah disemak...aiyoo!apa nak buat ni...journal je yang balance...masa aku buat latihan, balance pulak...haish, sangat risau..final akaun ni antara yang terawal iaitu 6 januari 2012...

sapa nak ajar saya? secara F.O.C?

aku bagitahu ibu tentang kerisauan ini, tapi ibu beri semangat... jangan risau, akak boleh! ayat seorang ibu menenagkan anaknya...balik nanti minta ajar dengan murni.. murni ialah jiran belakang rumah aku... aku balas, akak nak minta tolong kawan akak jugak tp mereka belajar dalam bahasa melayu, akak dalam bahasa inggeris...akan menghadapi masalah di situ... ibu berkata lagi, minta tolong isteri abang kiki, dia pensyarah kat PTPL.. abg kiki tu pangkat pak cik la sebab dia sepupu ibu aku,, tapi dia baru kahwin...ha?iye ke?aku balas... tapi jauh tu... tengok lah alasan aku..tapi risau..macam mana tu? jadi, konklusinya usaha sendiri mesti banyak, tanya kawan kalau tak tahu.. selebihnya, doa banyak banyak banyak...











aku jumpa ni tadi, walaupun takde kena mengena, nak publish jugak...comel kan?

Wednesday, December 21, 2011

CARRY MARK & FINAL

hari : rabu
cuaca : dingin malam

assalamuailaikum...

hai, hari ni saya tak selalu sibuk.. jadi mari kita bercerita
bila kamu kamu kamu mula final?
saya punye final start 5 jan ni..
huhuuu
23 ni start study leaves
1st time rasa study leaves, it's better than never
selalu dengan orang-orang ckp je
tapi kali ni baru nak rasa
saya balik hari ahad nanti
tp jadual dah tersusun nak pergi mana, buat apa
biasalah orang istimewa seperti saya ni
rumah kedua dah memanggil-manggil...
ramai ajak jumpa tapi....
saya tak beri kata putus, tak nak mereka mengharap...
terutama mak cik..
shida, lala... huhu
saya memang nak pergi, tapi insha-allah
saya tak boleh janji sebab ..................


________________________________________________________________________________________



sekarang ni, sume tak sabar nak tunggu carry mark
nak campur tolak darab bahagi
berapa lagi markah yang perlu dikejar untuk dapat A final ni
huhu.. boleh jadi tak tentu arah sementara nak
tunggu 'cikgu' papar kat board depan bilik mereka
masih lagi membahasakan cikgu
lagi mesra....

tadi saya baru kira carry mark saya untuk math
alhamdulillah, tinggi jugak tapi x perfect
ibu cakap tak pe,,saya boleh

Monday, December 12, 2011

itukah?

hari : isnin
mode : tak berapa nak mesra sgt


hari ni, kelas saya habis awal sebab pendek je chapter-nya..
jadi saya bersyukur kerana saya ada dating nih..
pergi cepat, balik tak sure lah copek ke lombek ( macam Nabil tak )
tapi saya tak suka pun, tempat dating kami tak best pun
ramai sangat orang nampak,, tak privacy!
haha,,saya psyco..

nak pegi sana kena tahan teksi,,
so, saya dapat teksi
pok cik tu bual-bual dgn saya
saya layan je dengan ha, hu, ha'ah
pastu, dia bagi 1 buku pasal tourism kat area negeri tersebut
dia berbual sambil menoleh ke arah saya,
pada masa itu, saya memegang not 10 bewarna merah

tiba-tiba....

dia suruh saya fokus kat fees
so saya pun ikut je lah
trang tang tang
dia nak mention yang fees
area sekitar negeri itu RM15,,
saya ckp lah, selalu RM10 je pok cik
tiap minggu saya pergi... dengan uncle ke, pak cik ke, taraf atok ke
tetap sama...
kuang3...beria pak cik bercerita macam-macam,
last2 mention kat tambang ke?
apa lah pak cik,,,
saya boleh bayar, saya cuma kesal je perbuatan pok cik tu...

ALLAH Maha Adil,, Dia tak kan selalu menimpakan ujian terhadap hamba-Nya
ada juga miracle or kebaikan didatangkan
balik tu saya dapat teksi dengan harga rm8
semoga kerjaya pak cik lebih maju..
AMIN!

saya nak tengok esok punya tambang pulak...

dekat sini, dah banyak yang saya lalui... ada yang best, ada yang tak
semua ditelan je,,ibu dengan ayah tahu?
tak perlu tahu kot, selagi saya pandai jaga diri...
kadang kadang benda remeh je, saya yang sentap mak ai..
Insha Allah, saya boleh...

esok saya terpaksa ponteng kelas demi meneruskan hidup sebagai NURHANESHA,,,
saya nak jumpa Dokter Sakit Puan, saya nak tinggi...
paras telinga ayah pun okey... haha?





- sekarang dah paras bahu,, lagi sikit je tu... -
*harapan setinggi ayah saya....

Saturday, December 10, 2011

cita-cita dan harapan

day : saturday already
weather ; wind slowly slowly language ( haha, can? )

assalamualaikum.. selamat malam
malam ni saya rasa nak menulis..

hari tu, saya ada test law.. alhamdulilah,
kebetulan saya baca topik tu, jadi saya boleh jawab lah tapi tak complete sangat
apa-apa pun saya bersyukur
beberapa hari selepas tu, saya dapat balik result..
dapat 55 markah,,huh, leganya saya lulus tapi markah tak tinggi
jadi keyakinan saya mula menebal untuk lebih menulis dalam final law
masa yang diberikan 3 jam dan esei yang perlu dilengkapkan 4..
cukup ke tak saya tak pasti tapi menurut kawan saya yang berpengalaman
masa tu sangat suntuk, jadi tak boleh lengah coz banyak kes dan fakta kena dimuatkan dalam tu..
saya yakin saya boleh..
tolong doakan saya..




saya dah nak dekat final exam.. gementar jugak wei.. seram nih! tapi saya akan berusaha, insha allah!


pada 3 tahun akan datang, saya nak jadi macam ni..tapi baju jubah yang lain fail yang lain dan ada topi...


Thursday, December 8, 2011

A.N.A

hari : thursday
mode : night @ tun mutahir

assalamualaikum...
hai,readers!
hari ni saya nak cerita pasal A.N.A... apa tu?
tiba-tiba out of idea cz kawan saya kacau

Friday, December 2, 2011

pengikut yang 20

hari : jumaat

assalamualaikum...
hi, hari ini aku on blog
jeng jeng jeng....
tengok tengok pengikut setia dah ada 20...
tahniah untuk saya
kpd um, thank you

Tuesday, November 29, 2011

aku rindu, sayang kamu!

hari : selasa ( hari yang paling mendebarkan bagi saya )

saya telah harungi sebahagian daripada hari selasa ini dengan mengantok, tidur dalam audi, baca buku dan dengar ceramah...
ceramah yang bagus dan dapat banyak pamplet... keychain pun tau!

tiba- tiba, saya rindu kat
ibu saya...my closest friend ever...



my father, sometime the joker..

Thursday, November 24, 2011

we instead of they

hari : khamis

today, i have learn about ethic
ethic is related to our daily life,
different people will find ethic with their own way
so, the word power in ethic are ' we instead of they' as stated as my blog title

today is my birthday
I am 20 years old for right now and on...
my besties housemate celebrate my birthday with many tipu helah
started with IKA said she want to go for study group at AYAM...
then, FATIN also said she want go to have a dinner with her nursing friend..saya rasa pelik yang amat cz td dy baru lepas makan, takkan nak makan lagi
saya lepaskan mereka pergi meninggalkan saya
other housemate ada kelas, tinggal saya bertiga di rumah
tapi yang lagi 2 tu dlm bilik...
saya sendiri di luar menyiapkan return report...
lebih kurang pukul 10 lebih, i got a phone call from IKA
she ask me to accompny her to go to the river cruise
jalan-jalan sebab dia stress x dapat jawab eko,,,kononnya~~~
saya pun teman lah (kawan yang baik)...sambil jalan-jalan, kami makan ais krim dan jagung cup...masin macam nak kawen lagi mak cik buatkan untuk saya... ke saya yang dah nak dapat soulmate? kuang3....menjadi persoalan...
pukul 11 lebih... kteorang main2 webcam max...macam2 aksi ada...ni salah satu daripadanya



pukul 12, IKA lagi sekali ajak pergi umah kawan dy nak anta kek cz birthday kawan dy sama dgn saya... terharu tgk dy dapat kek...after that, balik umah...masuk je, umah dah gelap...kenapa ni?

suara dari dapur
~~happy birthday to you bla bla bla.....


saya: wah, korang! tak sangka ingat birthday aku...

mereka: ketawa...tiup lilin nesha...

saya: ^3^ haa fuuuuuuhhhhhhhhhhh ( lilin tak padam-padam )

mereka membantu...^3^

lilin pun padam.........

acara makan memakan pun bermula, suap menyuap berlaku...
surprise yg seterusnya...jeng jeng jeng
dapat buku lagenda budak setan saga...wah!
memang buku tu aku nak beli tapi takde masa lagi...sangat gembira...

hah, satu perasaan yang gembira...memang tak sangka...

terima kasih!!!!

Monday, November 21, 2011

every cloud day comes with the greatest sunshine, Rahmat!

hari : isnin
cuaca : hujan lebat, angin kuat...!


assalamualaikum...

saya mengaku dah lama tak menekan papan kekunci ni untuk mencurahkan perasaan jiwa yang terpendam dan terbenam di lubuk hati ini.. tapi atas permintaan sweet december friend saya, saya hari ini membuat keputusan untuk bercerita seminit dua di belog ni..soalan pertama yang mencemari otak saya,, "apa nak cerita ek?"

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10 saat selepas itu.........

nah?


cerita pasal drama terbaru lakonan Beto Kusyairy yang saya baru tonton masa balik cuti hari tu..URI....yeah! tajuk entri saya ni pun adalah petikan kata-kata dari Ibu Fauziah Nawi...aisyeh, macam Fauziah Nawi tu dulu baby sitter saya je nak gelar dia Ibu Fauziah.. tapi takpe.. cuba baca sekali lagi tajuk entri saya...penuh makna kan? saya rasa semangat dengar ayat tu and saya sudah pun berkongsi ayat tu dgn sweet december friend...dia pun rasa okey and get the spirit..ayat ni sangat sesuai masa kita tengah down..

then, lakonan Beto dalam citer tu pun mcm real mahasiswa even dia dah pun 31 tahun..dy nampak fresh as a student uni..best! dalam citer ni dia mesra dengan semua orang yang dia jumpa di sarawak...memang bagus tu...adab Melayu.. then dia suka kat mimi seorang waitress...mee apa yang femes kat sarawak ni cik? haha...comel!

dia pegi sarawak tu sebab nak cari mak ayah dia yang kandung.. then dia dapat jumpa tapi rupa-rupanya dia ada twin..twin dia nama JOHNNY suffering luekemia.. hoho?! sedih kan...

tu cerita yang pertama...

cerita kedua ialah,,, saya?

...............................
...............................
...............................

saya takde idea....




peneman perut saya...^3^

Thursday, October 27, 2011

kenapa ni?

cuaca : hujan jugak... tapi dah berhenti!

*tidur memang best... saya bangun awal lah... hebat?!

assalamualaikum.....(,")
hari ni kelas ADS410 saya dibatalkan..kenapa? sebab lecturer going to trip..alhamdulilah, rezeki tuh..memandangkan soalan tutorial tak buat lagi jadi pembatalan kelas ni dikira saya dan kawan-kawan telah diselamatkan oleh Allah...kalau tak, malam tadi mesti gigih buat...tapi malam tadi aku tak buat kerja tuh, buat kerja lain...


pagi ni saya bangun seperti biasa, yang saya hairan kenapa kawan saya tak bangun lagi...saya pun biar jelah mungkin kelas dyorg pun batal seperti saya...tapi patah balik, patah balik saya tengok jadual mereka... tapi tak kejut pun cz ada sorang dua yang dah bangun...haha, lega.. bila saya buat kesimpulan.. cuaca menyebabkan masa bangun seseorang..hahaha...kelakar!

nak tahu, pagi-pagi dah dengar suara ibu...hmmm, bestnya sampai rasa tak nak letak telefon..jadi, mari kita buat countdown berapa hari lagi nak balik JOHOR.............


27/10/2011
28
29
30
31
1/11/2011
2
3
4 ---- masa dan harinya........

saya naik bus delima lagi sebab hari tu masa nak beli tiket ramai pak cik panggil-panggil, jadi saya tak suka terus menuju ke kaunter yang takde orang panggil-panggil.. saya beli tiket pukul 3.30 ptg sebab saya konfius jugak... tapi takpe, saya boleh kemas barang dan check banyak kali... tapi kalau tak sabar sangat saya beli lah tiket baru.....



-----------------------------------------sahabat sekelas saya, ni masa nak ambil gambar kelas, tunggu abg kamera lambat sangat-------------------------------------------------

Wednesday, October 26, 2011

go kuning, bersih!

hari : rabu
cuaca : hujan


* nak makan mekdi tp... dah makan nasi goreng kampung!


assalamualaikum...


hai kamu2 semua! happy deepavali...! buat apa pagi tadi? saya ada sukan neka... awesome kan? bangun pagi2, senam pagi2, ceria pagi2... saya masuk acara apa? mestilah yg paling orang suka.. sabar dulu, saya nak cerita dari awal... saya mewakili aras 4 yg bertemakan kuning, bersih ! hahaha...

ada 10 acara yg dipertandingkan tapi saya masuk 2 je cz itu je yang ada kosong.. tapi takpe, saya suka.. saya masuk acara mencari gula2 dalam tepung and ballon war... mencari gula2 dalam tepung tu menyebabkan seluar saya koyak kat lutut,, sakit jugak.. lepas acara tu, saya jadi penyoraklah...go kuning! bersih....! lepas tu, acara ballon war jadi pagar je.. lagilah saya gemar...

then, kami dapat nasi kukus! makan ramai-ramai kat dataran tapi tiba-tiba titisan air dari langit turun...waaaaa, semua gegirl jeritlah... jadi carilah tempat berteduh, aisyeh...! (drum roll) masa penyampaian hadiah.... tempat ketiga acara ballon war dimenangi oleh....aras 4...wuuuuhuuuuuu! haah, tak banyak pun yang dapat, aras 2&3, aras 5 dan aras 10 yang banyak...

acara tamat.................................................................balik dengan seluar koyak, luka kat lutut dan penat...


...................................tamat.............................................

Monday, October 17, 2011

memang kau bukan untuk aku

hari: isnin
malam yg membosankan


kenapa kalau kita berjumpa je, mesti nak bertikam lidah?
aku rasa memang aku bukan untuk kau dan kau bukan untuk aku..
aku tak kisah tak kawan dengan kau
tapi tahniah lah atas apa yang kau lebih dari aku,,
jangan nak bangga diri,, dan yang paling penting aku tak pernah memandang rendah kat kau..
kau jangan lah nak guna bahasa2 macam tu dengan aku
kenapa dengan aku, bahasa kau sangat buruk.. nada perbualan kau pun sama
sebab
sekasar-kasar aku pun, aku tak pernah membongok or membengong kan orang lain even kawan aku yang dah 5 tahun or berbelas2 tahun aku kenal..
kenapa kau dengan mudah mengeluarkan itu dari mulut busuk kau tu?
jangan sampai mulut busuk aku cakap...
karang pengsan kau menangis
tapi, aku masih rasional dan nak bawa nama baik ayah ibu,, jadi aku takkan mengeluarkan kata2 macam kau tu..
mungkin ini saje kerjasama di antara kita, andai kat lepas ni kita tak bertegur sapa,, jangan kau nak salahkan aku..sebab aku boleh bertegur dengan kawan kau tetapi tidak engkau.. gosok gigi, clorox mulut kau!


assalamualaikum!


mode : rindu ibu~~





~~~~ sepetang di tepi sungai melaka, berjalan- jalan ~~~~

Saturday, October 8, 2011

ibu, akak nak ibu..!

hari : sabtu
mode : dalam hati bergelora ( boleh buat tajuk novel )

assalamualaikum kawan-kawan sebelog..
hujung minggu macam ni, biasa lah saya memang begini
sedih dan agak quiet sebab hati ni tengah on the way balik rumah..
nak ibu, nak ayah, nak andi, nak tompok dan torres, nak gunting misai dia ( untuk kucing )
minggu ni banyak 'kerja rumah',
aku masih selesa menggelar ianya sebagai homework rather than assignment..
menggelar cikgu rather than pensyarah jika berceritakan kepada ibu..
kerana ianya lagi mesra dan sebati dlm diri aku

apa yang penting, aku memang rasa nak balik

ni ada sedikit pengubat ngengada aku ni...



Wednesday, September 21, 2011

16 hari... -.-

hari : rabu
mode : tengah searching pasal Hospital Melaka


sedar tak sedar, siang berganti malam, panas berganti hujan dah 16 hari aku menjalani hidup di alam siswi ini. perjalanan memang banyak cabaran dan kedukaan. di samping itu, ada juga keceriaan. semua itu silih berganti. di sinilah aku belajar semula cara berkawan. aku di sini boleh diibaratkan sebatang kara. jadi aku bermulalah semula. dari ucapan salam ke ucapan hai dan hello.



dari bertanya nama dan tempat asal ke bertukar-tukar no telefon. suasana kat sini memang berbeza dari uni yang lain. berada kat sini, aku merasakan diri ini seorang pekerja pejabat bukan seorang siswi. bukan kerana apa, tapi bangunan uni kami seperti bangunan pejabat dan petempatan kami merupakan sebuah apartment. setiap hari, kami harus berjuang dengan tangga. menaiki lif merupakan impian setiap siswa dan siswi di sini. jantung ni berdegup seperti hendak menonjol keluar. betapa jantung sangat bekerja keras. tingkat 5, 10, 13 menjadi mainan. tingkat 2,,, alhamdulillah, syukur sangat!




- ni merupakan pemandangan waktu pagi dari tingkat 4 kolej kediaman aku -

mengenai subjek pula, untuk part 1 ni aku ambil subjek CSC 413 ( interactive of multimedia ), ACC 106 ( accounting ), MAT 112 ( business mathematics ), ADS 410 ( quality management ), CTU 551 ( tamadun islam dan tamadun asia ) dan LAW 245 ( undang-undang ). project work dah dapat, tinggal tunggu pening. tapi aku yakin, aku boleh. untuk part ni, aku tak ambil lagi 3rd language. koko pulak aku dapat kesatria negara. tak bestlah koko. aku tak boleh buat, jadi duduk tepi je. orang semua tengok, tak suka. harap-harap ada aktiviti untuk aku. jadi seronok sikit, tak payah duduk tepi je. tapi aku sangat berharap hari selasa takde pukul 4.30-6.30ptg. tak payah pegi koko. hahaha,,boleh fly pegi mana-mana ke, rehat kat rumah ke. makbulkan doaku ( memang tak lah kan )


* rasa macam nak makan maggi goreng. sedap jugak~~ mari buat.




selamat malam teman-teman...

p/s : farra, nadiah, shitty, aalia dan lain-lain, gogo fighting!

Sunday, September 11, 2011

being a malaccaian, being a UITMian

date : 11 september 2011 ( birthday Bienda aka Ika Md Nor )
weather : haze


Assalamualaikum dan selamat hari raya semua!! Seperti yg semua ketahuai, bulan September merupakan bulan kemasukan pelajar baru ke universitas di seluruh Malaysia,, maka dengan ini, semua pelajar lepasan STPM, Matrik dan Asasi tidaklah dapat menyambut raya dengan gah nya,, Ini kerana tarikh kemasukan ke universitas dekat-dekat dengan tarikh Hari Raya,, Mana tidaknya, ada kawan saya yang pergi mendaftar pada 3 September 2011, itu baru raya yang keempat,, Saya pulak mendaftar pada 6 September 2011 tetapi sudah berangkat pada 5 September 2011 ke Melaka Bandaraya Bersejarah Negeri Maju Negeri Teknologi Hijau ( begitulah sebutannya ) - sila tarik nafas dalam-dalam dan sila ingat untuk penuntut-penuntut universitas di seluruh negeri Melaka,,


saya dapat uni mana?? Ada orang tanya soalan tu kat saya,, Meh, saya bagitahu,, Saya dapat kat UITM Kampus Bandaraya Melaka dalam jurusan Sc. Pentadbiran dan Pengajian Polisi aka BAS,,


Now, I am Malaccaian and also UITMian,, Try to adapt myself with the new place, new environment, new friend and everything new,, But still memorise to my family, my friend, my left and right wing, my story-teller and everything that I left in Johore,, I miss them but not crying,,


I'm very glad because all my roomate are very happy and easy going,, From the first we met we can get along,, I hope it will continuosly..



Saturday, September 10, 2011

belog terbengkalai

hari : sabtu
cuaca : panas

*saya kini sudah bergelar mahasiswi@ UITM KBM


dah lama kan saya tidak bercerita di ruang ini..sekarang ni pun nak cerita apa saya pun tak tahu,,apa yang saya tahu minggu destini siswa telah tamat,,banyka info yang sudah diperoleh,,harap boleh menjadi bekalan untuk masa2 yang akan datang,, contohnya :
1. macam mana nak pergi kelas..nak lalu jalan mana..

tapi....

aku tak tahu macam mana nak nak balik johor....

Saturday, July 30, 2011

cerpen diri

hari : sabtu
update : ada janji dengan ibu (*,*)


tadi masa lepas kerja, aku ambil la Beto,, ingat nak tulis meluah perasaan tapi lain pulak jadinya,, Nasrul buat tulis pasal diri dia,, macam karangan pendek,, Kak Dila pun tumpang sama,, aku?,, takkan ketinggalan lah beb...

apa yang ditaip adalah sebijik tiru dari my Beto....


Nasrul punye...

"... nama saya nasrul saya suka makan nasi putih ayam masak merah saya minum air sirap ais. nama mak saya siti. mak saya suka cubit saya, mak saya kalau marah macam singa. ayah saya nama rahmat. ayah saya baik orangnya, bukan macam mak saya garang ..."

sekian, terima kasih


Kak Dila punyo...

"... nama saya Nadila Suhaila binti Mohd Jamil. saya tinggal di Felda Air Tawar 3. umur saya 23, saya sudah pun bertunang. nama tunang saya Ammy Rohaizad bin Roslee. umur tunang saya 25 tahun, saya suka makan tom yam , saya suka minum teh o ais limau laici, ermmmmm sedap... "


saya punya...

"... nama saya Nurhanesha,, boleh panggil saya Nesha,, saya suka makan apa saje yang nampak sedap dan mengiurkan seperti Mee Goreng Basah,, lupa2,, umur saya 20 tahun,, masih muda lagi,, baru 2 dekad,, nama ibu saya Widana Saim,, saya rindu ibu saya,, nama ayah saya Mohamad Zin,, dia cool,, saya belum bertunang macam Kak Dila dan Abg Amy,, saya belum cari lagi My Prince Charming,, nanti saya cari,, saya nak yang ada suara best macam kekanda,, boleh nyanyi "hanya padamu" dan "cinta dalam hati",, suara macam Cik Bujang,, boleh nyanyi Pintu2 Tangga2,, yang tinggi macam Under 18 boy,, boleh masuk acara lari berpagar,,

sekian, terima kasih!








* antara 3 ni sape yang paling best karangan dia?

Wednesday, July 27, 2011

dia datang lagi

hari : rabu
cuaca : embun jantan sedang merempit


dah dekat satu jam aku menanguk depan mat top ni tapi idea tak kuar2,, last2 ni yg buat lintas hormat dlm otak aku,,tak lama lagi kita dah nak sambut puasa kan? best tu ramadan...kali ni aku rasa pengalamann yg lain pulak,,kalau tahun lepas, aku puasa kat umah mak cik aku,,kali ni aku puasa kat umah my left wing,,pengalaman lain lagi sebab aku bekerja,,macam mana agaknya havoc waktu berbuka nanti,,tak sabar2,,kesian ibu kt umah,,kalau ayah keje,,buka puasa dgn Andi je lah,,haha,standard lah tu,,anak2 dah besar tinggalkan ibu n ayah kt umah..be 'storong' ibu!



aku nak citer lain pulak,,

aku dah dpt result upu,, aku dpt sambung study kt Uitm Melaka kos Sains Pentadbiran,, my left wing dpt uni dkt je dgn umah dia,,mcm dr kota jaya ke anjung kota kalau naik bullet train,,best kn? bila rindu mummy je,,hello2 kejap,, dah sampai bawa siakap siakap stim asam boi lagi,,jeles sikit! my shitty dpt nun jauh di sana Unimap..tp xpe wak,,
walau jauh akan ku gegas berlari,,
walau tinggi bisa, ku terbang di langit...

aalia dpt UIA....gempak!pengaruh Nur Kasih tau...mcm nur amina..hehehe,, tp alhamdulillah semua kawan saya mostly dpt sambung study,,,chang lg UNIMAS...apa kabar kitak?? mana button katak saya? saya nak bg My Prince...

Saturday, June 18, 2011

gadis batu bertukar menjadi gadis ayu

hari : sabtu
perasaan : tenang


assalamualaikum,,

gadis batu hari ini sihat tubuh badan dan hatinya.

luorg,

1. betul ke kalau kte sakit hati atau memendam perasaan marah ia akan menyebabkan hati kte hitam? gadis batu tiba2 terfikir perkara itu. tolong bantu gadis batu ini..(,")

2. nama gadis batu kini bertukar menjadi gadis ayu. nak tahu sebab apa? ada Joyah Kepoh tu,, dia suka sangat ckp saya 'Nesha ni ayu lah'.. terima kasih, Mat Over.

3. gadis batu sekarang bebas dari perasaan 'suka' kerana gadis batu sedar akan diri sendiri.




* ada orang minta no telefon gadis batu..gadis batu nak bagi no public SMKA bandar penawar boleh?


Thursday, June 16, 2011

tarik nafas, lepas.

hari : khamis



hai, assalamualaikum...

tarik nafas.....
lepas...
tarik....
lepas....

pejamkan mata, lupakan apa yang ada di benak fikiran luorg semua untuk sementara waktu..kita akan tenang bila kita relaks.


ni lagu yang saya suka dengar semasa saya sedang bekerja..lagu wajib nyanyi oleh Abg Ijoy...

ku cari damai di hati

Mengapa kau tergamak sungguh
Memperdaya harapan ini
Tunas kasih yang aku semai
Racun berbisa yang kau sirami

Beginikah balasan cinta
Manis kata di bibir saja
Lembut lidah mengukir janji
Segunung mimpi berkecai kini

Sesalan tidak terucap
Bila kau berubah sikap
Ku sedar siapa diri ku
Kau buat tempat berteduh



Thursday, June 9, 2011

doa buat kekasih

hari: khamis
cuaca: cerah


kalau luorg betul2 follower tegar belog wa kan, mesti luorg perasan entri wa yg akhir2 ni memang macam sejibik minah tengah 'jatuh buai' la kan. wa pun tak tahu kenapa. tapi boleh lah...

merujuk entri wa yang bertajuk HANESHA'S STORY tu, wa ada pesanan untuk kekasih gelap. walaupun dia tak tahu wa ada belog, wa cerita pasal dia. sebelum tu, nak bagi detail tentang kekasih gelap lah sikit..nanti luorg pening macam ibu2 pregnant pulak tak paham...

serba-serbi about kekasih gelap

nama : boy ( bukan nama sebenar )
umur : under 18

tu je lah,,


dear Boy,

i dont know whether u are serious or not with that girl, but based on what i see u are like her and always want together with her. when she is on her duty, u will help her even the duty is no need anyone else to help her. i dont understand why is this happen? she already have a boyfriend. why is she tell u a past story about her bf? to get a symphaty? or she is the girl which likes many boy pay attention to her? where is the segan silu? when u come to her, she always will make her perangai gedix. i hate her because of her attitude. i dont care if u dont like me, i also not hoping u will like me as much as i like u,, but if u want to find a gf..please, i beg u. dont choose her..although it just a gf but u still have to choose it carefully. at least, who know it will guide u.


lovely,
hanesha


gadis batu konfius antara cinta dan suka

hari: rabu
cuaca: berhembus angin malam


macam mana tajuk entri saya? nampak serius kan..hmm, tiba2 saya terfikir macam mana kalau hati saya ni dibuat dari kaca? setiap kali rasa kecewa, marah dan jeles..mesti berderai...


salah ke menyukai seseorang?


Monday, June 6, 2011

hanesha's story

hari : isnin
cuca: hujan keayu2an

hari ini, pagi-pagi lagi awan dah mengeluarkan titisan air yang banyak sampai tak senang tidur saya dibuatnya. tapi takpe, itu saja cara awan untuk meneutralkan dirinya. sedangkan kita boleh menangis, mengapa tidak awan?

sudah lama tidak mengetuk papan kekunci ni untuk bercerita panjang, terasa kekoknya bila hari ini saya nak menaip. otak pun macam kat iceberg je..tolong panaskan oven kejap untuk cairkan otak saya ni. tolong! ( dengan muka yg penuh harapan, mata berkaca )bila idea banyak nak menulis, masa dan perkakasan takde, bila ada perkakasan dan masa, idea pulak takde. itu baru Hanesha.

ha, dia mari dah.. cakap pasal Hanesha, saya ada benda nak gosip. jangan bagitahu dia, saya sedang bergosip tentang dia. ganjaran yang akan diterima baucer gula2 Cadburry bernilai RM 0.20 . tuntut di AKG Restaurant. terima kasih.

hanesha kini banyak bermain dengan emosi. yelah, mana taknye kekasih gelapnya yang dia cinta dalam hati ,tapi taklah cinta mati cuma suka2 je, kejap suka, kejap tak, dah ada gegirl. tapi mereka cuma teman tapi mesra. pertama kali kekasih gelap nampak gegirl itu, dia berkata "nesha, ni baru bunga" . huh! apa? sentap kata2 itu singgah di telinga kirinya.hanesha cuma mebalasnya dengan senyuman colgate. gegirl berbaju purple, berseluar jeans diibaratkan seperti bunga????! yelah, dia comel..rambut simpul macam Mulan..memang bungalah..

itu baru babak pertama. nanti kalau ada masa, saya cerita lagi pasal hanesha. sampai di sini dahulu. wassalam. kirim salam kat mak.


p/s : bunga yang berduri pun boleh berbau harum.


Thursday, June 2, 2011

just for memorize

hari : khamis
cuaca : cerah


a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z











sorry...

Monday, May 9, 2011

dulu dan sekarang

Hari : isnin
Cuaca : Panas berpaya


Assalamualaikum,,kepada kawan2 belog saya..lama sudah tak merapik meraban kat belog ni..mungkin masa tak mengizinkan..hm, kalau ada masa pun itu masa unuk TIDUR..tidur ialah kecintaan terbaru saya..mengulas kisah hidup saya yang baru ni, saya telah bertukar bidang pekerjaan daripada tenaga pengajar kepada tukang ambil oda aka order…ya cik nak pesan apa? Kopi o’ ais kan??!

Apa perbezaan dan persamaan kedua-dua kerja ni?? Ce teka ce teka… lambat nak tunggu luorg jawab kan,,lagi pun saya takde follower sgt..jadi bagi saya jawab sendiri…

Perbezaan
1. Dulu saya bekerja dengan kanak2 riang, sekarang saya bekerja dengan pelbagai lapisan umur.
2. Dulu saya bekerja di rumah, sekarang saya bekerja di luar rumah…restoran
3. Dulu saya sempoi2 semput je berpakaian, sekarang saya ayu2 gadis berpakaian, mengalahkan gadis jepun yg sedia ada.

*gadis jepun ialah kawan saya bernama Ila aka Arissya Aqilla...sgt poyo nama itu!! peribahasa yang sesuai ialah jauh panggang dari api, sebab apa? nama dia NORISTILLAH bukan ARISSYA AQILLA.

berbalik kepada soalan yang telah dikemukan sebentar tadi, jawapan bagi persamaan pula ialah..... drum roll please!

Persamaan
1. Pen dan kertas tetap sahabat sekarya saya.
2. Kesabaran tonggak utama.

setakat ini saya sangat suka pada apa yang saya buat..saya ada keluarga dan kawan baru...

senarai ahli keluarga baru
1. pak MAD = ayahanda
2. mak NAB = bonda
3. FARRA = my left wing
4. SHAFIQ = king apa entah abang panggil dia...MR. MUSCLE lah~~

senarai kawan baru
1. abang = MOHD NIZAM BIN LIMAN
2. kak siti = SITI FATIMATUN AKMA BT JAAFAR
3. kak nor = SITI NOR
4. pak cik RAHMAT
5. mak cik NORLIA dan suami
6. NANA



*suasana petang di AKG Restoran*



*hanesha yang comel versus farra yang cantik*

lagu tema kecurangan

hari : isnin
cuaca : panas
keadaan sekeliling : under control

Puas sudah kau melukakan
Tiada pernah kau meyakinkan
Hati ini yang selalu
Mengharapkan kasihmu

Kau biarkan ku melara
Mengemiskan cinta suci
Apa daya hati ini
Telah jatuh di lamun cinta


Mengapa aku disiksa, apakah tujuan dia
Mungkin kerna ia pernah dikecewakan cinta
Katakan pada diriku aku 'kan membalut luka
Oh... jangan kau simpan dendammu
Dan aku jadi mangsanya

Aku cinta kepadamu
Hanya itu yang ku tahu
Lupakanlah kenangan pahit
Kita bina hidup baru

Friday, March 18, 2011

12

hari : jumaat
cuaca : biasa

sementara tunggu nak bagi telinga saya ni dipinjamkan selama beberapa jam, saya nak guna jari saya untuk menaip...saya gembira...pengikut setia saya kat blog ni dah ada 12..tapi saya tak tahu sipakah gerangannya itu..tak keluar-keluar pun..tunggu dah tunggu dah dari sore tadi...dah nak hangin ni saya tunggu...tapi saya tak hangin pun...saya pun berjalan-jalan membaca blog orang lain..saya jumpa blog yeen kacamata..dia sungguh comel...blog dia pun best...ramai follower dia..jeles!


ha,,sebelum terlupa..saya nak tunjuk gambar ayah dapat ikan tadi...

spesis : siakap
berat : 3.850 kg
lokasi : sungai lebam




gambar ni saya yang ambil..tak berapa nak lawa...tak ready...lagipun nak tunggu kamera DSLR...haha



sesi bermesra dengan ikan...ikan ke saya lagi comel? the truth okey...?!

Thursday, March 17, 2011

Yang Itu, Yang Ini : Bahagian 1

Peperiksaan STPM yang dilalui kini sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Buat masa ini, apa yang diharapkan ialah keputusan yang cemerlang. Amin. Sementara menunggu keputusan keluar, masing-masing sibuk ingin mencari pekerjaan. Boleh dapat duit, nanti masuk U boleh pakai baju cantik-cantik. Bak kata Cikgu Harun. Cikgu Harun sungguh baik dan sporting ketika berada dalam kelas. Menyindir tetapi dengan niat menegur memang gayanya. jadi, janganlah nak sentap.


Buat masa sekarang ni, Shane masih tidak bekerja lagi. Dia cuma membantu ibunya di rumah begitu juga dengan Ranna. Masa yang selebihnya dihabiskan dengan aktiviti berfaedah di samping makan, tidur serta bersembang di laman sosial yang menjadi kemestian. Tisha pula sudah mendapatkan pekerjaan di pinggir bandar. Dia bekerja sebagai kerani di sebuah kedai. Pada awalnya, dia sekadar mencuba nasib tetapi ianya mendapat jawapan yang positif.

“Ya, anda diterima untuk bekerja di sini. Tahniah!”


Tisha sangat teruja untuk memulakan hari esok sebagai seorang kerani. Malam itu, dia sudah membuat persediaan yang lengkap. Baju kurung dari kain kotton bewarna biru sudah digosok dan digantung di dalam almari. Kemudian, dicapainya selendang bewarna krim untuk digosok dan dipadankan dengan baju kurung tadi. Di dalam beg sudah terisi tisu, duit serta dokumen penting yang lain. Kasut berjenama NONI sudah tersedia di depan muka pintu. Tisha memang seorang yang rapi. Jam loceng sudah dikunci supaya berbunyi pada waktu yang sepatutunya. Tisha tidur lebih awal dari biasanya.


Kriiinngggggggggg!!!! Jam loceng pun berbunyi seperti yang disetkan. Tisha bangun sambil menggosokan matanya lau dicapainya tuala yang tergantung itu. Dia meluru masuk ke dalam bilik air. Setelah itu, dia bersiap dan bersarapan. Tepat jam pukul 7.15 pagi, dia pergi ke tempat kerjanya. Dan, 5 minit sebelum pukul 8 dia sudah sampai ke tempat kerjanya. Bermulalah episod hidupnya sebagai kerani. Berkenalan dengan rakan-rakan sekerjanya serta berkenalan dengan kerja yang sedang menanti untuk dibereskan. Mula-mula dia memang berasa sangat kekok. Lama-kelamaan, dia sudah sebati dan serasi dengan rutin harian yang sebegitu.

Yang Itu, Yang Ini : Sinopsis

hari : rabu
cuaca : biasa2 saja...


berbalik pada novel yg akak nak buat ni, ni ada sikit sinopsis....tapi akak ni tak berapa pro lah nak cerita..akak try je ye.


Setelah selesai kesemua mereka menduduki peperiksaan, mereka pun membawa haluan masing-masing. Akan tetapi, Shane, Tisha dan Ranna masih berhubungan antara satu sama lain walaupun mereka sibuk menjalankan tugas mereka. Tanpa diketahui, bola sepak telah menjadikan hidup mereka penuh dengan keceriaan. Mula dari situ, Tisha mula berimaginasi secara kreatif. Dia mula mengimpikan yang indah-indah. Shane yang suka melayan menjadikan imaginasi Tisha menjadi menarik. Akan tetapi, Tisha mulai sedar bahawa apa yang dia impikan tidak akan pernah menjadi kenyataan...

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu... adakah Tisha akan mendapat apa yang dia impikan?

aku...novelis?!

hari : khamis
cuaca : mendung...tapi mood aku tak mendung, mood aku panas....tahu sebabnya?!

tajuk entri yg ni macam yek yek je kan?! aku novelis? ada bakat ke? novelis dalam diri aku cuma yg belakangnya je 'is' sebab nama aku anis..haha..tapi aku dah buat cover page untuk novel aku..nama pena pun ada tau..gempak jugak lah..nak tengok ke? meh sini, cek nak tayang kat hampa sumua..hang pa la kot bukan hampa..hampa lagu to'ki..

taarraaa...ni dia! okey tak? ke macam puiii je?





mesti luorang tertanya-tanya kan apa mimpi or wabak yg telah merasuk diri ini sehingga aku terfikir untuk membuat novel..aku akan jawab tu..ni kira persediaan kalau aku terkenal macam DAMIA HANNA...haha...khayalan luar lok hengeles....!!

reporter 1 : kak2, kenapa akak teringin nak buat novel ni?
akak glamour : akak nak buat novel ni sebab akak nak dedikasikan novel ni sebagai tanda persahabatan akak dengan kawan2 akak yg sangat superb.
reporter 2 : kak, ceritakan serba sikit cerita yg berkisah dalam novel ni?
akak glamour : cerita ini berlatar belakangkan gadis2 berusia 20 tahun yg menunggu panggilan universiti, dalam tempoh masa tersebut bermacam2 benda yg berlaku. mereka rambang mata, mereka bekerja. ha, nak tahu lebih dapatkan novel ni di pasaran.
reporter 3 : apakah harapan akak untuk novel ni?
akak glamour : akak harap novel ni dapat sambutan dr golongan remaja dan peminat novel di negara ini. selain itu, akak mengharapkan pembaca di luar sana dapat menerima karya2 akak yg akan datang. amin. tapi ini juga mungkin boleh jadi karya sulung dan bongsu akak.siapa tahu kan?
reporter 1 : akak, kami ingin mengucapkan terima kasih sebab sudi meluangkan masa bersama kami hari ini. Tahniah!
akak glamour : terima kasih juga kerana sudi menemuramah akak. terima kasih..

Thursday, March 10, 2011

selamat berjuang, Harimau Muda!

hari : rabu
cuaca : sejuk macam kat Pakistan...woooah!

entri ini saya nak cerita pasal bola sepak....ole ole ole ole, Malaysia Boleh!!!
saya sedang menanti nih,,dengan cemas, tertanya-tanya...telefon di tangan tak henti- henti menaip berbalas-balas teks dengan sahabat, Shitty dan Farra. Gementar!!

30 minit menunggu....

20 minit....

10 minit....
*tiba-tiba, Shitty bagi teks menyatakan kerisauannya..ada ke tak?
saya cakap ada,,,jgn risau....

tiba-tiba lagi, saya bertindak untuk mencari kepastian....Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah, tidak!!!
mengapakah?? saya dah tunggu dari tadi...


out!!kechewa

Tuesday, March 8, 2011

beto, i'm in love

hari : selasa
cuaca : mendung

assalamualaikum,,

perhatian!!
sila ambil mood jiwang di sekeliling anda, masukkan ke dalam sanubari..walaupun aku tak berapa ngerti sangat sanubari tapi masukkan jelah..sebab entri saya yang ni saya nak cerita tentang brader yg telah meragut saya sejak beberapa bulan yang lalu..meragut tumpuan saya untuk melihat dia muncul di kaca tv....

taraa...!

nama komersial : beto kusyairi
nama i/c : nurkusyairi zakuan bin .....sori! aku tak ingat nama ayah dia..
status : berkahwin dengan someone named tisha or tasha...not very sure...cute orang rumah dia...kecil molek! aku ada follow blog dia baru2 ni..http://pinkbyarcht.blogspot.com.

saya minat beto sejak dia berlakon jadi rosli dhobi...sangat seronok cz saya minat tengok dokumentari yg berbaur sejarah...dia, bila menjadi rosli dhobi sangat tenang..mantap bro..tapi masa itu, saya tak tahu nama dia beto...cuma saya bagitahu ibu saya, saya suka dia and saya semat kat otak dia as rosli dhobi lah..

then, saya tengok lagi dia berlakon dalam drama "tersasar di jalan-Mu"...dia jadi brader2 yang usik gegirl2 yg ponteng sekolah...cool!

selepas itu, saya tengok dia lagi tapi masa tu baru iklan je..tapi dah mcm tertarik lagi untuk menontonnya..kasyaf imani..saya dah book tv for that night..bila pukul 9 malam je, saya dah stand by...saya tengok tv seorang diri..suka la saya sambil ditemani biskut, air dan bantal 20 tahun saya...saya bagi msg kt My Left Wing,,dia pun tengok drama tu....kami sama2 tengok...

kasyaf imani
sangat seronok...Azma Aizal Yusof sangat bijak...
beto seorang anak yg baik, abang yg ambil berat kt adik dia
imani pun seorang cucu yg baik, kekasih yg tak pernah jemu suka kt kasyaf...
kawan kasyaf yg jual burger tu...kawan yg setia
shamin, wan sharmila...comel, seksi
farouk..memang betul2 jahat...
lagu pun syahdu...suka opick jugak!
TIADA DUKA YG ABADI.....




ulangan kasyaf imani yg hari ahad tu pun saya tengok lagi,,siyess tak bosan....

Wednesday, February 23, 2011

alhamdulillah...!

hari : rabu
cuaca : redup senja...

"... walau sebesar rumah bermula dengan sekecil bata, boleh hilang dalam sekelip mata...ucaplah alhamdulillah...bukannya sukar kerna kaya dan besar tetap Allahu Akhbar..."

petikan dari lagu kegemaran saya....


alhamdulillah, terima kasih, Ya Allah kerana memberikan aku keputusan STPM yang sedemikian. walaupun aku akui aku berasa sedikit kecewa dengan keputusan itu, namun aku reda kerna semua itu telah tertulis. sehingga itu usaha yang telah aku lakukan. manusia yang lain bertubi- tubi bertanyakan keputusanku. aku jawab dengan tenang. tapi hati ini masih tidak tenang..setelah beberapa ketika, aku tersedar aku sebenarnya tidak benar- benar ikhlas dengan keputusan ini. mulut kata reda tapi hati aku seorang yang mengerti... sehinggalah aku menerima khidmat pesanan ringkas dari seorang yang bermotivasi "...bersyukur dengan apa yang kita ada... Tahniah!"
dia ucap tahniah pada aku...hei, layakkah aku?
tahniah yang aku terima tidak berbaloi dengan apa yang aku perolehi...hati kecil tetap pilu...tiba - tiba muncul di ruang legar fikiranku frasa ini.. kadang kala dalam hidup kita tidak semua yang kita inginkan akan tercapai dalam satu masa, jika tercapai itu merupakan rezeki buat kita, kita harus syukur menikmatinya. dan sekarang aku telah bersyukur dengan apa yang aku perolehi. itulah yang aku perolehi dari semua ini. Insha Allah, aku akan berusaha di lain masa dan cabaran.

tahniah buat sahabat yang lain kerana kita telah berusaha...!jatuh air mata...kesedihan teringatkan suasana di kelas dulu!!!!


apa - apa pun.. hanesha, tahniah!


suatu ketika di majlis graduasi...

Friday, February 18, 2011

bapak ku pulang dari...

hari ; jumaat
cuaca ; redup ( matahari masih malu untuk bersinar terik, ia bersembunyi di celahan pokok kelapa)

*hari ini birthday my left wing, miss farra farha....

allah selamatkan kamu,
allah selamatkan kamu,
allah selamatkan farra ahmad,
allah selamatkan kamu....

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam 'kan berakhir, hari 'kan berganti
Takdir hidup 'kan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

ni lagu yg cerita malam tadi tu KASHAF IMANI.....

-------------------------------------------------------------------------------------


yang ni saya nak berkongsi cerita pasal ayah saya..walaupun agak sedikit telat tapi tetap nak cerita

malam maulidur rasul yang lepas, ayah pergi memancing....

1 jam kemudian....


3 jam kemudian....



beberapa jam selepas itu...

pagi rabu jam 9 pagi sedang aku leka menonton tv,
telingaku terngiang2 akan bunyi motor bapak ku,
aku pun membuka pintu lantas menjenguk ke luar,
ya, betul!

aku pun terus menyanyi....( ini rekaan semata2 )

bapak ku pulang dari mancing,
bapak ku bawa ikan besar,
pon pon pon pon pon pon (walaupun tak sesuai bunyinya)
motor bapak ku pun berbunyi...
marilah kakak mari tengok,
ayah dapat ikan apa...( part ni bapak aku yg nyanyi based on imaginasi aku)

alhamdulillah,,,



ni hasil tangkapan yang lain,,udang2 tu ayah bagi aku,so jadi milik aku
AKAN tetapi ibu cemburu lantas melarang aku untuk membuat eksperimen ke atas udang tersebut....aku pasrah mcm GADIS JASMA dlm postnya yr terdahulu....haha drama la tu!

nama : siakap kap pung kap, saya nak duduk sebelah tingkap
berat : 3.3kg

ayah yg sangat teruja untuk menimbang ikan yg baru dia dapat pukul 8 pagi tadi ( rabu )

Tuesday, February 15, 2011

Muhammad Ya Rasulullah

hari ini 15 februari 2011 bersamaan dengan 12 rabiulawal 1433H merupakan hari keputeraan nabi kita, Muhammad...

saya ingin mencontohi baginda

amin...

20 tahun sudah berlalu....

hari : selasa
cuaca : cerah

Thursday, February 10, 2011

nampak kental, tapi...

hari : khamis ( hari paling seronok dlm hidup saya buat masa ni, sehingga ke hari ini...atas faktor2 tertentu )
cuaca : panas

*dah siap jemur kain, itu hobi terbaru saya...dgn harapan saya boleh jadi tinggi lagi banyak...tinggi saya sehingga hari rabu, 2 februari 2011 ialah 148 cm...

entri yg ni saya nak cakap2, tulis2 pasal adik saya yg perempuan...
terimalah pantun ni...opening montaj...drum roll please!!!

nurul haziqah nama diberi,
bila ditegur senyum mcm biri2,
ingat dpt nak blackberry?
beli lah sendiri...

saya tak rapat dgn dia sebab dia suka cari pasal...
tapi saya juga selalu buli dia..dia tak marah pun
sebab dia takda perasaan...perasaan dia telah hilang
tanpa dikesan...
tapi dalam masa yg dia ni takda perasaan ni, dia ni agak berbunga jugak..
kadang2 menyaaaaaaaampah, sangat gegirl...tapi saya ada tersuka kat satu power point yg dia buat kat mat top ni...

cuba masukkan mode anda sedang mendengar muzik instrumental yg sangat amat paling sungguh dan perkataan lain yg menggambarkan sesuatu yg over mendayu2....

tajuk power point : sejernih kasih, secangkir nurani

1. Jadilah wanita yang berada di dalam bekas kaca, sukar untuk di sentuh, hanya orang yang betul –betul jujur sahaja yang boleh menyentuhnya.. Diubah dari filem Syurga Cinta

2. Bunga yang berduri juga boleh berbau harum...ni ana yg paling suka..!!!

3. Kasih sayang yang sejati umpama cahaya matahari yang tidak mungkin disekat oleh sesiapapun

4. Setiap yang bertemu itu pasti akan berpisah, dan setiap yang berpisah itu pasti ada gantinya..

5. Ceriakan hidup anda dengan senyuman.. Senyumlah walaupun di hati tercalit kepahitan

6.jadilah pepohon yang berbuah, dilempar dengan batu, tetap dibalas dengan buah..

7. Semalam sejarah yang tidak boleh dipinda,
Esok khayalan belum nyata,
Tapi hari ini adalah penentuan siapa kita sebenarnya

dia dapat dari mana entah...suka salin2 balik...pernah sekali dia suruh saya baca buku bidadari syurga...buku tu best rupanya...



saya dan dia ketika kami berdamai..gambar ketika berperang belum sempat dirakam,,,tak penah terfikir pulak.

Tuesday, February 8, 2011

bapak kapak

hari : selasa
cuaca : cerah


*hari ni ada HANI....harap tak lupa


kali ni, saya nak mengucapkan tahniah kat ayah pulak...
sebab baru je tua lg 1 tahun...
yang jatuh pada hari khamis lepas, 3 februari 2011
sudah memegang nombor yg banyak, iaitu 45...
uban pun sudah mula tunjuk belang
berani2 nya uban terselit keluar
di sebalik rambut ayah yg hitam..cis, bedebah!

pada hari tu jugak
kami pergi melakukan aktiviti kegemaran bapak bersama2
memancing...

LOKASI : KOLAM PRIVASI, di sebuah tempat yang memang mesra alam...
back to nature lah....

jom, saya nak tunjuk hasilnya.....


ni lah lokasinya...

ikan yg pertama dinaikkan...ikan sembilang

kena buang sengat dulu, bahaya!


ni bapak,,tunggu dan tunggu....

selepas beberapa minit dan jam,,,kepoyoan terserlah selepas mendapat ikan...
bling bling....

ikan ke 4 dan yg terakhir diperolehi...alhamdulillah

Tuesday, February 1, 2011

an awesome journey

hari : selasa
cuaca : cerah

pada entri saya kali ini,
saya akan membawa anda mengembara
ke suatu tempat di dalam otak saya
yang saya rakamkam dengan gambar bagi mengelakkan
saya lupa
kerana
untuk sampai ke hari ini, kenangan itu saya kena ada
untuk diingati,
buat mimpi untuk setiap malam
buat ubat di kala rindu mencumbu zaman
hiperbola sikit....maaf!


kami ber JPAM...

sajak terbaru yg saya reka

tajuk : saya rindu

saya rindu sekolah saya
saya rindu kawan saya
saya rindu cikgu husna
saya rindu nak naik jejambat depan sekolah
saya rindu waktu saya bangun lambat ke sekolah
saya rindu nak berhimpun
saya rindu nak menyanyi
saya rindu sungai
saya rindu 7e kota jaya
saya rindu kuih gunting


tapi saya tak boleh
umur saya dah melebihi had untuk ke sekolah sebagai pelajar




* saya ada komik baru : ikhtiar hidup di kawasan gempa bumi,,,
mari membaca, membaca jadikan budaya =(
kempen : 1 hari , 1 muka surat


Monday, January 31, 2011

selamat ulang tahun, sayang!

hari : 31 januari 2011
cuaca : gerimis mengundang

semadikan
kisah sejati ku
ohhh, pergilah......

menyanyi untuk menghiburkan hati
walaupun lagu tu lagu sedih
aak ke?


hari ni hari ulang tahun kelahiran sayang saya
dia lebih tua dr saya
dia yg telah berpenat lelah
membanting tulang
berperah otak
untuk membesarkan saya, adik saya dan adik saya


taadaaaa
dia, ibu saya




serba serbi about my mummy

nama dia bila disebut biasa je,
tapi bila dieja unik..WIDANA SAIM
umur dia sekarang 21 tahun lebih tua dari saya
20 ( umur saya ) + 21 tahun lebih tua =41 tahun
suka warna pink tapi x nak mengaku

Saturday, January 29, 2011

masihkah kau ingat?

Hari : sabtu
Cuaca : hujan sekejap-sekejap


Sudah sekian lama aku tidak berkongsi cerita,,,
secara langsung,,,
yang,,,
dipancarkan dari hati serta dijanakan oleh minda,,,
yang dijelmakan dengan kata-kata,,,
aku memilih untuk berdiam diri sahaja
mungkin tiada bezanya kehadiran aku di situ
aku sudah lali walaupun tanpa ubat pelali,,,
. . .
Menjalani hidup sebagai gadis biasa
Memasak, mengemas dan sewaktu dengannya
Cuma yang terbaru
Aku kini “guru” dalam gelaran akak
Mengajar ‘The Genius Five’ aka TGF….
Perkara2 itu sudah buat aku menyibuk2kan diri sepanjang hari
Gembira melihat rakan2 sebaya adik aku semangat untuk belajar
Mengetahui sesuatu yang baru
Memulakan perjalanan yang masih hijau
Semoga aku dapat membantu mereka
Membuka langkah untuk lebih berjaya
Amin…amin, Ya Allah!
Walaupun kadang kala hati ini bagai nak pecah
Jantung bagai ombak pembinasa berdetak kegeraman…
Geram sebab mereka riuh bergurau
Asyik bermain…menyakat antara satu dengan yang lain
Biasalah, aku dulu pun macam tu
Mungkin itu balasan kecil,,,
sebab dulu pun aku buat begitu pada cikgu2
sabar je lah sambil tangan di dahi,,,


sekian untuk tatapan kali ini…
terima kasih…

*sesuatu yang bertemu itu pasti akan berpisah, tetapi setiap yang berpisah itu pasti ada gantinya…

*rindu sekolah, rindu kamu, rindu mereka