Friday, March 18, 2011

12

hari : jumaat
cuaca : biasa

sementara tunggu nak bagi telinga saya ni dipinjamkan selama beberapa jam, saya nak guna jari saya untuk menaip...saya gembira...pengikut setia saya kat blog ni dah ada 12..tapi saya tak tahu sipakah gerangannya itu..tak keluar-keluar pun..tunggu dah tunggu dah dari sore tadi...dah nak hangin ni saya tunggu...tapi saya tak hangin pun...saya pun berjalan-jalan membaca blog orang lain..saya jumpa blog yeen kacamata..dia sungguh comel...blog dia pun best...ramai follower dia..jeles!


ha,,sebelum terlupa..saya nak tunjuk gambar ayah dapat ikan tadi...

spesis : siakap
berat : 3.850 kg
lokasi : sungai lebam




gambar ni saya yang ambil..tak berapa nak lawa...tak ready...lagipun nak tunggu kamera DSLR...haha



sesi bermesra dengan ikan...ikan ke saya lagi comel? the truth okey...?!

Thursday, March 17, 2011

Yang Itu, Yang Ini : Bahagian 1

Peperiksaan STPM yang dilalui kini sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Buat masa ini, apa yang diharapkan ialah keputusan yang cemerlang. Amin. Sementara menunggu keputusan keluar, masing-masing sibuk ingin mencari pekerjaan. Boleh dapat duit, nanti masuk U boleh pakai baju cantik-cantik. Bak kata Cikgu Harun. Cikgu Harun sungguh baik dan sporting ketika berada dalam kelas. Menyindir tetapi dengan niat menegur memang gayanya. jadi, janganlah nak sentap.


Buat masa sekarang ni, Shane masih tidak bekerja lagi. Dia cuma membantu ibunya di rumah begitu juga dengan Ranna. Masa yang selebihnya dihabiskan dengan aktiviti berfaedah di samping makan, tidur serta bersembang di laman sosial yang menjadi kemestian. Tisha pula sudah mendapatkan pekerjaan di pinggir bandar. Dia bekerja sebagai kerani di sebuah kedai. Pada awalnya, dia sekadar mencuba nasib tetapi ianya mendapat jawapan yang positif.

“Ya, anda diterima untuk bekerja di sini. Tahniah!”


Tisha sangat teruja untuk memulakan hari esok sebagai seorang kerani. Malam itu, dia sudah membuat persediaan yang lengkap. Baju kurung dari kain kotton bewarna biru sudah digosok dan digantung di dalam almari. Kemudian, dicapainya selendang bewarna krim untuk digosok dan dipadankan dengan baju kurung tadi. Di dalam beg sudah terisi tisu, duit serta dokumen penting yang lain. Kasut berjenama NONI sudah tersedia di depan muka pintu. Tisha memang seorang yang rapi. Jam loceng sudah dikunci supaya berbunyi pada waktu yang sepatutunya. Tisha tidur lebih awal dari biasanya.


Kriiinngggggggggg!!!! Jam loceng pun berbunyi seperti yang disetkan. Tisha bangun sambil menggosokan matanya lau dicapainya tuala yang tergantung itu. Dia meluru masuk ke dalam bilik air. Setelah itu, dia bersiap dan bersarapan. Tepat jam pukul 7.15 pagi, dia pergi ke tempat kerjanya. Dan, 5 minit sebelum pukul 8 dia sudah sampai ke tempat kerjanya. Bermulalah episod hidupnya sebagai kerani. Berkenalan dengan rakan-rakan sekerjanya serta berkenalan dengan kerja yang sedang menanti untuk dibereskan. Mula-mula dia memang berasa sangat kekok. Lama-kelamaan, dia sudah sebati dan serasi dengan rutin harian yang sebegitu.

Yang Itu, Yang Ini : Sinopsis

hari : rabu
cuaca : biasa2 saja...


berbalik pada novel yg akak nak buat ni, ni ada sikit sinopsis....tapi akak ni tak berapa pro lah nak cerita..akak try je ye.


Setelah selesai kesemua mereka menduduki peperiksaan, mereka pun membawa haluan masing-masing. Akan tetapi, Shane, Tisha dan Ranna masih berhubungan antara satu sama lain walaupun mereka sibuk menjalankan tugas mereka. Tanpa diketahui, bola sepak telah menjadikan hidup mereka penuh dengan keceriaan. Mula dari situ, Tisha mula berimaginasi secara kreatif. Dia mula mengimpikan yang indah-indah. Shane yang suka melayan menjadikan imaginasi Tisha menjadi menarik. Akan tetapi, Tisha mulai sedar bahawa apa yang dia impikan tidak akan pernah menjadi kenyataan...

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu... adakah Tisha akan mendapat apa yang dia impikan?

aku...novelis?!

hari : khamis
cuaca : mendung...tapi mood aku tak mendung, mood aku panas....tahu sebabnya?!

tajuk entri yg ni macam yek yek je kan?! aku novelis? ada bakat ke? novelis dalam diri aku cuma yg belakangnya je 'is' sebab nama aku anis..haha..tapi aku dah buat cover page untuk novel aku..nama pena pun ada tau..gempak jugak lah..nak tengok ke? meh sini, cek nak tayang kat hampa sumua..hang pa la kot bukan hampa..hampa lagu to'ki..

taarraaa...ni dia! okey tak? ke macam puiii je?





mesti luorang tertanya-tanya kan apa mimpi or wabak yg telah merasuk diri ini sehingga aku terfikir untuk membuat novel..aku akan jawab tu..ni kira persediaan kalau aku terkenal macam DAMIA HANNA...haha...khayalan luar lok hengeles....!!

reporter 1 : kak2, kenapa akak teringin nak buat novel ni?
akak glamour : akak nak buat novel ni sebab akak nak dedikasikan novel ni sebagai tanda persahabatan akak dengan kawan2 akak yg sangat superb.
reporter 2 : kak, ceritakan serba sikit cerita yg berkisah dalam novel ni?
akak glamour : cerita ini berlatar belakangkan gadis2 berusia 20 tahun yg menunggu panggilan universiti, dalam tempoh masa tersebut bermacam2 benda yg berlaku. mereka rambang mata, mereka bekerja. ha, nak tahu lebih dapatkan novel ni di pasaran.
reporter 3 : apakah harapan akak untuk novel ni?
akak glamour : akak harap novel ni dapat sambutan dr golongan remaja dan peminat novel di negara ini. selain itu, akak mengharapkan pembaca di luar sana dapat menerima karya2 akak yg akan datang. amin. tapi ini juga mungkin boleh jadi karya sulung dan bongsu akak.siapa tahu kan?
reporter 1 : akak, kami ingin mengucapkan terima kasih sebab sudi meluangkan masa bersama kami hari ini. Tahniah!
akak glamour : terima kasih juga kerana sudi menemuramah akak. terima kasih..

Thursday, March 10, 2011

selamat berjuang, Harimau Muda!

hari : rabu
cuaca : sejuk macam kat Pakistan...woooah!

entri ini saya nak cerita pasal bola sepak....ole ole ole ole, Malaysia Boleh!!!
saya sedang menanti nih,,dengan cemas, tertanya-tanya...telefon di tangan tak henti- henti menaip berbalas-balas teks dengan sahabat, Shitty dan Farra. Gementar!!

30 minit menunggu....

20 minit....

10 minit....
*tiba-tiba, Shitty bagi teks menyatakan kerisauannya..ada ke tak?
saya cakap ada,,,jgn risau....

tiba-tiba lagi, saya bertindak untuk mencari kepastian....Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah, tidak!!!
mengapakah?? saya dah tunggu dari tadi...


out!!kechewa

Tuesday, March 8, 2011

beto, i'm in love

hari : selasa
cuaca : mendung

assalamualaikum,,

perhatian!!
sila ambil mood jiwang di sekeliling anda, masukkan ke dalam sanubari..walaupun aku tak berapa ngerti sangat sanubari tapi masukkan jelah..sebab entri saya yang ni saya nak cerita tentang brader yg telah meragut saya sejak beberapa bulan yang lalu..meragut tumpuan saya untuk melihat dia muncul di kaca tv....

taraa...!

nama komersial : beto kusyairi
nama i/c : nurkusyairi zakuan bin .....sori! aku tak ingat nama ayah dia..
status : berkahwin dengan someone named tisha or tasha...not very sure...cute orang rumah dia...kecil molek! aku ada follow blog dia baru2 ni..http://pinkbyarcht.blogspot.com.

saya minat beto sejak dia berlakon jadi rosli dhobi...sangat seronok cz saya minat tengok dokumentari yg berbaur sejarah...dia, bila menjadi rosli dhobi sangat tenang..mantap bro..tapi masa itu, saya tak tahu nama dia beto...cuma saya bagitahu ibu saya, saya suka dia and saya semat kat otak dia as rosli dhobi lah..

then, saya tengok lagi dia berlakon dalam drama "tersasar di jalan-Mu"...dia jadi brader2 yang usik gegirl2 yg ponteng sekolah...cool!

selepas itu, saya tengok dia lagi tapi masa tu baru iklan je..tapi dah mcm tertarik lagi untuk menontonnya..kasyaf imani..saya dah book tv for that night..bila pukul 9 malam je, saya dah stand by...saya tengok tv seorang diri..suka la saya sambil ditemani biskut, air dan bantal 20 tahun saya...saya bagi msg kt My Left Wing,,dia pun tengok drama tu....kami sama2 tengok...

kasyaf imani
sangat seronok...Azma Aizal Yusof sangat bijak...
beto seorang anak yg baik, abang yg ambil berat kt adik dia
imani pun seorang cucu yg baik, kekasih yg tak pernah jemu suka kt kasyaf...
kawan kasyaf yg jual burger tu...kawan yg setia
shamin, wan sharmila...comel, seksi
farouk..memang betul2 jahat...
lagu pun syahdu...suka opick jugak!
TIADA DUKA YG ABADI.....




ulangan kasyaf imani yg hari ahad tu pun saya tengok lagi,,siyess tak bosan....