Friday, May 8, 2015

tegak

hari: rabu

Assalamualaikum.

Sejak kebelakangan ini, masalah dengan kerja sering menghantui hidup.
Kadangkala aku lelah, ada ketikanya aku ingin semuanya berhenti hingga setakat ini.
Aku berasa kagum dengan kecekalan Kak yg aku sangat sayang dan hormati dan rasa tak ingin berpisah.
Setiap masalah yang berlaku, kena hadap sendiri di kawasan itu. Memang itu satu pelajaran, tapi setiap apa yg dilakukan disulamkan marah. Siapa boleh sabar sepanjang zaman. Sehingga suatu masa, aku bersuara.
Tapi aku rasa itulah yang benar dan patut. Supaya dia mendengar hujah aku. Mungkin aku wakil bagi semua yang tak bersalah.
Jika minggu depan isu itu bangkit, mungkin aku akan fikirkan untuk cukup buat masa ini disini dan mula mencari apa erti bahagia pada suasana lain, apa erti patuh yang selama ini semakin jauh aku tinggalkan.

fault and mistake

Cuba fikirkan sebentar, apakah kau cukup baik terhadap semua orang?