Wednesday, February 23, 2011

alhamdulillah...!

hari : rabu
cuaca : redup senja...

"... walau sebesar rumah bermula dengan sekecil bata, boleh hilang dalam sekelip mata...ucaplah alhamdulillah...bukannya sukar kerna kaya dan besar tetap Allahu Akhbar..."

petikan dari lagu kegemaran saya....


alhamdulillah, terima kasih, Ya Allah kerana memberikan aku keputusan STPM yang sedemikian. walaupun aku akui aku berasa sedikit kecewa dengan keputusan itu, namun aku reda kerna semua itu telah tertulis. sehingga itu usaha yang telah aku lakukan. manusia yang lain bertubi- tubi bertanyakan keputusanku. aku jawab dengan tenang. tapi hati ini masih tidak tenang..setelah beberapa ketika, aku tersedar aku sebenarnya tidak benar- benar ikhlas dengan keputusan ini. mulut kata reda tapi hati aku seorang yang mengerti... sehinggalah aku menerima khidmat pesanan ringkas dari seorang yang bermotivasi "...bersyukur dengan apa yang kita ada... Tahniah!"
dia ucap tahniah pada aku...hei, layakkah aku?
tahniah yang aku terima tidak berbaloi dengan apa yang aku perolehi...hati kecil tetap pilu...tiba - tiba muncul di ruang legar fikiranku frasa ini.. kadang kala dalam hidup kita tidak semua yang kita inginkan akan tercapai dalam satu masa, jika tercapai itu merupakan rezeki buat kita, kita harus syukur menikmatinya. dan sekarang aku telah bersyukur dengan apa yang aku perolehi. itulah yang aku perolehi dari semua ini. Insha Allah, aku akan berusaha di lain masa dan cabaran.

tahniah buat sahabat yang lain kerana kita telah berusaha...!jatuh air mata...kesedihan teringatkan suasana di kelas dulu!!!!


apa - apa pun.. hanesha, tahniah!


suatu ketika di majlis graduasi...

Friday, February 18, 2011

bapak ku pulang dari...

hari ; jumaat
cuaca ; redup ( matahari masih malu untuk bersinar terik, ia bersembunyi di celahan pokok kelapa)

*hari ini birthday my left wing, miss farra farha....

allah selamatkan kamu,
allah selamatkan kamu,
allah selamatkan farra ahmad,
allah selamatkan kamu....

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam 'kan berakhir, hari 'kan berganti
Takdir hidup 'kan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

ni lagu yg cerita malam tadi tu KASHAF IMANI.....

-------------------------------------------------------------------------------------


yang ni saya nak berkongsi cerita pasal ayah saya..walaupun agak sedikit telat tapi tetap nak cerita

malam maulidur rasul yang lepas, ayah pergi memancing....

1 jam kemudian....


3 jam kemudian....



beberapa jam selepas itu...

pagi rabu jam 9 pagi sedang aku leka menonton tv,
telingaku terngiang2 akan bunyi motor bapak ku,
aku pun membuka pintu lantas menjenguk ke luar,
ya, betul!

aku pun terus menyanyi....( ini rekaan semata2 )

bapak ku pulang dari mancing,
bapak ku bawa ikan besar,
pon pon pon pon pon pon (walaupun tak sesuai bunyinya)
motor bapak ku pun berbunyi...
marilah kakak mari tengok,
ayah dapat ikan apa...( part ni bapak aku yg nyanyi based on imaginasi aku)

alhamdulillah,,,



ni hasil tangkapan yang lain,,udang2 tu ayah bagi aku,so jadi milik aku
AKAN tetapi ibu cemburu lantas melarang aku untuk membuat eksperimen ke atas udang tersebut....aku pasrah mcm GADIS JASMA dlm postnya yr terdahulu....haha drama la tu!

nama : siakap kap pung kap, saya nak duduk sebelah tingkap
berat : 3.3kg

ayah yg sangat teruja untuk menimbang ikan yg baru dia dapat pukul 8 pagi tadi ( rabu )

Tuesday, February 15, 2011

Muhammad Ya Rasulullah

hari ini 15 februari 2011 bersamaan dengan 12 rabiulawal 1433H merupakan hari keputeraan nabi kita, Muhammad...

saya ingin mencontohi baginda

amin...

20 tahun sudah berlalu....

hari : selasa
cuaca : cerah

Thursday, February 10, 2011

nampak kental, tapi...

hari : khamis ( hari paling seronok dlm hidup saya buat masa ni, sehingga ke hari ini...atas faktor2 tertentu )
cuaca : panas

*dah siap jemur kain, itu hobi terbaru saya...dgn harapan saya boleh jadi tinggi lagi banyak...tinggi saya sehingga hari rabu, 2 februari 2011 ialah 148 cm...

entri yg ni saya nak cakap2, tulis2 pasal adik saya yg perempuan...
terimalah pantun ni...opening montaj...drum roll please!!!

nurul haziqah nama diberi,
bila ditegur senyum mcm biri2,
ingat dpt nak blackberry?
beli lah sendiri...

saya tak rapat dgn dia sebab dia suka cari pasal...
tapi saya juga selalu buli dia..dia tak marah pun
sebab dia takda perasaan...perasaan dia telah hilang
tanpa dikesan...
tapi dalam masa yg dia ni takda perasaan ni, dia ni agak berbunga jugak..
kadang2 menyaaaaaaaampah, sangat gegirl...tapi saya ada tersuka kat satu power point yg dia buat kat mat top ni...

cuba masukkan mode anda sedang mendengar muzik instrumental yg sangat amat paling sungguh dan perkataan lain yg menggambarkan sesuatu yg over mendayu2....

tajuk power point : sejernih kasih, secangkir nurani

1. Jadilah wanita yang berada di dalam bekas kaca, sukar untuk di sentuh, hanya orang yang betul –betul jujur sahaja yang boleh menyentuhnya.. Diubah dari filem Syurga Cinta

2. Bunga yang berduri juga boleh berbau harum...ni ana yg paling suka..!!!

3. Kasih sayang yang sejati umpama cahaya matahari yang tidak mungkin disekat oleh sesiapapun

4. Setiap yang bertemu itu pasti akan berpisah, dan setiap yang berpisah itu pasti ada gantinya..

5. Ceriakan hidup anda dengan senyuman.. Senyumlah walaupun di hati tercalit kepahitan

6.jadilah pepohon yang berbuah, dilempar dengan batu, tetap dibalas dengan buah..

7. Semalam sejarah yang tidak boleh dipinda,
Esok khayalan belum nyata,
Tapi hari ini adalah penentuan siapa kita sebenarnya

dia dapat dari mana entah...suka salin2 balik...pernah sekali dia suruh saya baca buku bidadari syurga...buku tu best rupanya...



saya dan dia ketika kami berdamai..gambar ketika berperang belum sempat dirakam,,,tak penah terfikir pulak.

Tuesday, February 8, 2011

bapak kapak

hari : selasa
cuaca : cerah


*hari ni ada HANI....harap tak lupa


kali ni, saya nak mengucapkan tahniah kat ayah pulak...
sebab baru je tua lg 1 tahun...
yang jatuh pada hari khamis lepas, 3 februari 2011
sudah memegang nombor yg banyak, iaitu 45...
uban pun sudah mula tunjuk belang
berani2 nya uban terselit keluar
di sebalik rambut ayah yg hitam..cis, bedebah!

pada hari tu jugak
kami pergi melakukan aktiviti kegemaran bapak bersama2
memancing...

LOKASI : KOLAM PRIVASI, di sebuah tempat yang memang mesra alam...
back to nature lah....

jom, saya nak tunjuk hasilnya.....


ni lah lokasinya...

ikan yg pertama dinaikkan...ikan sembilang

kena buang sengat dulu, bahaya!


ni bapak,,tunggu dan tunggu....

selepas beberapa minit dan jam,,,kepoyoan terserlah selepas mendapat ikan...
bling bling....

ikan ke 4 dan yg terakhir diperolehi...alhamdulillah

Tuesday, February 1, 2011

an awesome journey

hari : selasa
cuaca : cerah

pada entri saya kali ini,
saya akan membawa anda mengembara
ke suatu tempat di dalam otak saya
yang saya rakamkam dengan gambar bagi mengelakkan
saya lupa
kerana
untuk sampai ke hari ini, kenangan itu saya kena ada
untuk diingati,
buat mimpi untuk setiap malam
buat ubat di kala rindu mencumbu zaman
hiperbola sikit....maaf!


kami ber JPAM...

sajak terbaru yg saya reka

tajuk : saya rindu

saya rindu sekolah saya
saya rindu kawan saya
saya rindu cikgu husna
saya rindu nak naik jejambat depan sekolah
saya rindu waktu saya bangun lambat ke sekolah
saya rindu nak berhimpun
saya rindu nak menyanyi
saya rindu sungai
saya rindu 7e kota jaya
saya rindu kuih gunting


tapi saya tak boleh
umur saya dah melebihi had untuk ke sekolah sebagai pelajar




* saya ada komik baru : ikhtiar hidup di kawasan gempa bumi,,,
mari membaca, membaca jadikan budaya =(
kempen : 1 hari , 1 muka surat