Saturday, July 13, 2013

habis

hari:sabtu
Ramadan ke-4

Assalamualaikum.


" untunglah nisha exam last hari ni."
secara luarannya memang untung.
aku sudah bebas dari alam student untuk sementara.

tapi,
dalamannya tak untung.
dalamannya menangis ketakutan.
dalamannya mengharapkan kebesaran Tuhan.
dalamannya mengharapkan rezeki berpihak kepada aku.
segala yang baik, dikongsikan sedikit kepada aku.
untuk aku kongsikan kepada yang lain.
sungguh, cabaran ini sangat kuat.
kadang-kadang rasa berat tak tertanggung.

walau apapun hidup perlu diteruskan.
ini common aku dengar.
ya, betul.
buat apa meratap benda yang belum pasti,
selagi kau mampu berusaha,
berusahalah dengan doa.
buat apa kau dilahirkan sebagai muslim,
kalau kau tak gunakan senjata itu sebaiknya.
setiap orang berhak berdoa.
jangan segan untuk meminta.

semoga kita sama-sama diberkati sepanjang bulan ini.
selamat bercuti kawan.
selamat meneruskan ibadah puasa.
selamat hari raya.

Tuesday, July 9, 2013

datang dan pergi : Ramadan

hari: selasa

Assalamualaikum.

sedang saya baring yang katilnya menghadap tingkap,
terlihat langt Ilahi yang membiru.
cantiknya, subhanaallah!
mulut terus bersajak mengikut idea di benak

menghadap langit Ilahi,
di situ terlihat wajah ibu
berkelip mata sedetik kemudian
aku terlihat wajah ayah.
sungguh, aku rindukan mereka.
berkelip mata sekali lagi
wajah adik muncul tersenyum.

sungguh berbeza Ramadan kali ini,
tak sabar nak beramal bersama kawan kawan.
untuk beberapa hari,
pengalaman itu akan tercipta sebentar lagi,
bermula dengan terawih dan kemudiannya sahur.
mereka family aku di sini.
mereka adik dan kakak.


juadah berbuka puasa pertama tahun 2010





kenduri untuk arwah mak masa bulan puasa



 
 
rindu semuanya.


Sunday, July 7, 2013

hati seorang wanita by Ash

hari: ahad

Assalamualaikum.

we near to Ramadan. Alhamdulillah.

** geledah balik blog lama Ash, jumpa ni.

Saat kita bersama, aku selalu membiarkan engkau berseorangan mengejar cita-citamu,
Maafkan aku kerna jarang sekali bersama saat kau mahukan aku.
Melepaskan engkau pergi seperti melepaskan emas di laut dalam.
Tidak mungkin aku akan dapat seorang lagi yang bergelar "wanita" sepertimu.

Hatimu hanya ada namaku,
Amarah ku adalah amarahmu.
Aku manusia yang tidak peka.

Kita terlalu muda ketika bersama, aku tidak matang dalam mendalami perasaan wanita.
Membiarkan engkau terkapai - kapai mencari cintamu sedangkan semuanya ada didepan mata.
Aku manusia yang tidak sempurna.
Yang engkau mahu hanyalah belaian itu.

Aku terlalu muda untuk mengerti maknanya cinta
Walau sekeras mana wanita itu, ia masih seorang wanita yang selalu ingin dimanja.

Hatimu kini sudah terbang ke bulan.
Bolehkah aku mengejarnya?
Masa tidak menunggu ku
Aku akan mengejar masa itu.
Masihkah ada harapan itu?

p/s: Tika ini, saat ini. Aku rindukan dia..
 




Friday, July 5, 2013

cincin belah rotan

hari: jumaat

Assalamualaikum.

entri ini adalah entri berbalas untuk syahidah.
pasai apa pulak? sebab dia dah buat entri yg sangat best.
silakan.

hahaa, ketaq der nak tulis pasal ni.
dah jauh sangat ni dari landasan.
terperasan macam baru umur 7 tahun,
sungguh tak layak nak cerita masa hadapan.
tapi umur dah 21++.

mode serius dah mari.

kalaulah nanti ada jodoh ditetapkan untuk saya,

# saya sangat berharap dia seorang yang amat memahami masalah yang saya ada. ramai orang cakap jangan fikir tentang kekurangan itu. semua kerja Allah, tapi sebagai manusia biasa, benda tu serba sedikit mengurangkan keyakinan pada diri. walaupun saya seorang yang sangat menyayangi diri sendiri, bersyukur dan menerima ujian Allah ini dengan lapang dada. dia kena google dan selidik tentang kekurangan saya supaya dia tak terkena kejutan budaya. kekurangan saya tak teruk mana pun tapi bila orang mula cakap cakap, ia buat saya goyang.

Allah menguji hambaNya dengan cara yang paling unik apabila menjadikan kekurangan itu juga satu anugerah.
 
Ummu Hani.

# dia mesti yang berfikiran jauh dan luas, jangan pernah menyesal memilih saya untuk bersama dia. sebab kita akan hidup bukan untuk setahun dua.

# dia mesti seorang yang positif dan pertahankan saya jika ada orang tanya kenapa dia pilih saya. dia ada hujah yang kukuh tanpa boleh dibidas pihak lawan. buat saya ternganga dan mata berkaca kerana hujah yang diberikan. gitu. dia tak boleh menyesal dengan hujah dia.

# dia seorang yang menarik. menarik dalam konteks saya ialah yang suka buat kejutan. macam kad tulis saya sayang awak. buat sajak macam zahiril buat untuk shera. lawak macam nabil. melukis walaupun tak secantik lukisan monalisa. ajak solat Jemaah pun menarik tau, menarik dalam iman. baca doa, saya aminkan. masakkan nasi daging pukul 3 pagi then kejutkan bangun ajak makan sama. itu pun menarik. itu kisah benar seorang lecturer saya, suami dia buat.


menarik dalam iman. Jodoh itu milik kita- akan dating @astro134

# dia mesti bebas dari Thalasemia. dia mesti bukan carrier, intermedia or else. walaupun kami telah bercinta, then baru tahu. saya akan tinggalkan dia, insyaAllah. tak nak sebarkan penyakit ini. kesian tau. statistic pasal Thalasemia kat Malaysia pun dah meningkat sekarang ni. yelah takkan baru kenal dah ajak buat screening kan. kalau boleh saya elak, saya cuba sekeras-kerasnya. doctor pun dari dulu dah pesan. kalau awak nak kahwin kena cari orang yang normal, dulu tak pernah kisah pun. masuk kiri keluar kanan. sekarang kisah.

ini kalau dua dua carrier. bayangkan yang bulat tu semua hijau then yg square tu macam tu. fikir senyap senyap.

# dia pandai. boleh bertukar idea, bimbing saya. jadi ketua yang bagus untuk saya. tahu semua hal walaupun bukan bidang dia. boleh balas apa yang saya bualkan, jadi takde lah bosan. pandai sesuaikan diri dengan mood. pandai kawal keadaan. doctor lah~ tapi doctor pun ada jugak tak reti pasal hidup, pasal kerja memang superb, ada nurse cakap. sokong jugak.

out of idea. suddenly.

tapi yang paling penting dia mesti faham saya, faham kekurangan saya. terima saya dan kekurangan saya.

## dia mugkin yang pertama untuk saya.




Dia

hari: khamis
mood: sederhana

Assalamualaikum.

status fb: mula mula senyum senyum, tadi jumpa depan depan. suka tau! makan je tak suap suap. sikit hari lagi.. ♥

25 Syaaban,
Nisha.



hahaa.
secara luarannya, itu yang saya dapat gambarkan
seronok berjumpa dengan dia.
tak sangka, Tuhan telah aturkan dengan baik.
tapi agak lewat sikit. tapi takpa.
mat saleh cakap 'better late than never'
tak gitu?
jadi apa apa pun syukur.
tapi serius, debo jugak fikir nak dating dengan dia ni.
fikir nak makan apa sampai bawa ke tidur.
hampeh! padan lah dia suka cakap saya poyo.
dia pun tak kekok dengan saya, walaupun untuk pertama kalinya.
jadi saya pun okay lah jugak.
mesra macam dah lama kenal.
kami jalan, kami senyum, kami ketawa.
beautiful.
sometime,
we share that feeling.
akan merindui malam ini.
di situ, kita jumpa.

awak tahu nama pendek saya**
 
Love,
Nesha.