Friday, September 28, 2012

suatu masa

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

Friday, September 21, 2012

cinta. . . terasa ada

hari: jumaat (penghulu segala hari)
cuaca: mendung kelabu

assalamualaikum.

baru pukul 5 lebih tapi dah gelap
bila gelap ni feeling-nya pun macam suram je.
semalam saya ada koko
cikgu tanya kalau dalam perhubungan itu apa sinonimnya sifat lelaki dan perempuan.
ayok, tak tahu.
aku yang kena jawablah~
pandangan saya kalau lelaki tu lebih bertolak ansur dan wanita lebih banyak bersabar.
itu je yang terlintas. betul ke?

tadi jalan-jalan baca belog orang
dan terpaut dengan heading kat blog sorang mamat ni
' andai kata kamu masih belum berpunya suatu hari nanti, akan aku pinang kamu mengikut cara agama kita'
lebih kurang macam tu lah.
touching tak as a woman kalau baca ayat tu?
mestilah kan.
wanita ni hatinya lembut dan suka sesuatu yang indah.
cikgu cakap dan aku percaya itu memang lumrah wanita.

Wednesday, September 19, 2012

jujur aku geram

hari: rabu
cuaca: panas so so lah

assalamualaikum.
hai, hari ini rasa tergerak untuk bercerita di sini
saya rasa tak selesa, geram dan macam-macam lagi
kenapa?
sebab saya simpan je, saya tak luahkan pada si dia.
saya takut, takut dia marah.
takut dia sedih
takut saya biadap.
tapi semakin lama saya tahan, saya rasa tak mampu.
apa yang terbaik bagi saya?
saya memang boleh untuk jujur
berkata padanya
tapi adilkah saya untuk mengatakan itu?
apa perasaan dia pada saya?
saya tak mahu tergesa-gesa
ianya akan bagi kesan buruk pada saya jugak.
jadi, sayalah yang harus berubah, berhati-hati.
kerana '... for you to change people, you should change yourself first.."
yeah, saya cuba.

DUNHILL- dunia umpama neraka, hidup ibarat layang-layang.
klishe, orang bodoh je yang pegang pada kata-kata ni.
dah lama aku tak dengar cerita pasal kau.
aku harap aku tak berdosa pada kau. (takde kaitan dengan yg atas tu)

one of the favourite place.
lagi awesome kalau duduk sambil makan ais krim.
lagi best kalau ada geng borak dan gelak.

terima kasih.

*** sedang mencari imam untuk diri ini. chewah, ditulis kerana dipengaruhi suasana majlis perkahwinan.
hari tu pegi majlis kahwin kakak eryn, best.

 ni lah kami..eryn yang tunjuk peace tu.

 ekin dan eryn bersama guest book.

 sue sun sunshine, nesha dan ekin.

eryn, sue dan nesha. saya suka ni.

sekian.

Friday, September 14, 2012

azam baru saya

hari; jumaat
cuaca; redup

assalamualaikum.

hai kamu-kamu.
kali ni saya nak cerita tentang azam baru saya.
azam baru sentiasa diperbaharui setiap kali naik sem baru.
kalau masa sem 2 dulu, saya nak dapat 3.0 ke atas.
saya dapat itu.
jadi sem 3 ni, saya nak cuba dapatkan dekan pulak.
housemates saya, Ika dan Oyen dapat dekan sem ni.
tahniah.
suka bila tengok kawan-kawan dekan.
saya dan mieza akan follow mereka.
tapi sem 2 ni, saya dikalahkan oleh mieza.
dan untuk itu, saya kena belanja dia makan.
our deal.
saya cadang nak makan dekat resipi rahsia.
minggu depan insyaAllah.


saya masih tinggal kat sini.
senang, dekat je dengan uitm.
saya masih dengan mieza lagi.
sebilik.
housemate pun sama yang dulu.


ni housemate sem 1 dulu.
kami masih berhubung walaupun 3org daripadanya tidak tinggal bersama lagi.
ladies A4-2

Monday, September 10, 2012

second year

hari : isnin
cuaca : redup

assalamualaikum.
lamanya saya tak bercerita
selama dua bulan masa yang diberikan
saya ambil peluang itu untuk membuat aktiviti lain
cuti sem kali ni tersaing dengan bulan ramadan dan syawal
seronok ada, tak seronok pun ada.


hari ni hari pertama untuk tahun kedua.
bila tengok balik junior-junior tu duduk tepi-tepi
isi borang, tunggu arahan
saya teringat balik masa saya dulu.
cepat masa berlalu.
kita mesti peka.


saya pakai baju raya saya.
jumpa kawan-kawan kelas
tapi belum kesemuanya.
itupun dah kecoh.
hari jumaat ni saya balik rumah.