Sunday, July 11, 2010

mak oh nenek...

tanggal 8 julai 2010...
hari yang amat bersejarah dalam hidup aku...
menerima dua berita sedih dalam satu hari...
1. aku ............................malas nak cakap..kenapa boleh jadi macam ni?
apa pergi sekolah selama ni x belajar ke??....tapi bukan kisah ini yang aku ingin kongsikan bersama tetapi

2. kisah nenda ku yang disayangi...
dia telah pergi meninggalkan kami semua
tanpa tanda2 awal yang memusykilkan...merisaukan..
tiada pernah terdetik pun di hati kami semua bahawa mak akan pergi untuk selama2nya...
mak tiada penyakit yang teruk...mak sihat2 saje..tapi
takdir telah menentukan bahawa mak akan pergi pada tarikh itu, maka terjadi lah ia...
tiada sapa dapat menghalang...
hanya air mata dan doa yang dapat diiringi bersama ke alam sana...
mak pergi menghadap illahi kira2 pukul 2.30 petang...
ketika itu aku di sekolah menyiapkan kerja computing yang akan dihantar pada hari jumaat...
aku tidak sangka aku gembira bersama kawan menyiapkan tugasan tetapi di rumah saudaru ku yang lain bergenang air mata menangisi pemergian mak...

setibanya aku di rumah cik y pada pukul 3.30 petang
aku disambut dengan kelam kabut dan air mata
ketika itu aku tidak mengetahui lagi
apa yang berlaku
gadis f masih menunggu di luar kerana kononnya aku akan tumpang bermalam di rumahnya...
tetapi setelah diberitahu bahawa mak sudah tiada lagi
aku tergamam...aku keluar memberitahu gadis f tentang hal itu

aku ke rumah mak dijemput oleh sepupu ku yang bekerja di johor
di sepanjang jalan itu aku masih berharap bahawa berita itu tidak benar
aku ingin berkata2 dengan mak...
tetapi apabila menerima sekali lagi panggilan...
itu benar
mak memang sudah tiada lagi...

tiba di rumah mak...
aku segera masuk
dan aku terlihat sekujur badan terbaring menghadap kiblat...
ditutupi dengan batik lepas...
ya allah, itukah mak??
melihat orang di sekeliling membacakan surah yasin
air mata terus mengalir


~~~sayu~~~

No comments: