Monday, June 6, 2011

hanesha's story

hari : isnin
cuca: hujan keayu2an

hari ini, pagi-pagi lagi awan dah mengeluarkan titisan air yang banyak sampai tak senang tidur saya dibuatnya. tapi takpe, itu saja cara awan untuk meneutralkan dirinya. sedangkan kita boleh menangis, mengapa tidak awan?

sudah lama tidak mengetuk papan kekunci ni untuk bercerita panjang, terasa kekoknya bila hari ini saya nak menaip. otak pun macam kat iceberg je..tolong panaskan oven kejap untuk cairkan otak saya ni. tolong! ( dengan muka yg penuh harapan, mata berkaca )bila idea banyak nak menulis, masa dan perkakasan takde, bila ada perkakasan dan masa, idea pulak takde. itu baru Hanesha.

ha, dia mari dah.. cakap pasal Hanesha, saya ada benda nak gosip. jangan bagitahu dia, saya sedang bergosip tentang dia. ganjaran yang akan diterima baucer gula2 Cadburry bernilai RM 0.20 . tuntut di AKG Restaurant. terima kasih.

hanesha kini banyak bermain dengan emosi. yelah, mana taknye kekasih gelapnya yang dia cinta dalam hati ,tapi taklah cinta mati cuma suka2 je, kejap suka, kejap tak, dah ada gegirl. tapi mereka cuma teman tapi mesra. pertama kali kekasih gelap nampak gegirl itu, dia berkata "nesha, ni baru bunga" . huh! apa? sentap kata2 itu singgah di telinga kirinya.hanesha cuma mebalasnya dengan senyuman colgate. gegirl berbaju purple, berseluar jeans diibaratkan seperti bunga????! yelah, dia comel..rambut simpul macam Mulan..memang bungalah..

itu baru babak pertama. nanti kalau ada masa, saya cerita lagi pasal hanesha. sampai di sini dahulu. wassalam. kirim salam kat mak.


p/s : bunga yang berduri pun boleh berbau harum.


No comments: