Saturday, March 10, 2012

dah tak sama lagi

hari : sabtu
mode : trut tut tut tut


sepintas lalu... cerita dari bilik sebelah

A : kau ada paku lagi tak?
B : ada.
A : mintak sikit.
B : tukul kau nak tak?
A : nak la, dah tu nak ketuk pakai apa?

tiba-tiba, C menyampuk...

C : A kau la patutnya cakap "... nak pinjam tukul n nak minta paku..." , ni tak kau tanya ada paku lagi tak. kau lah yg salah ayat.

dalam hati C berkata " what kind of question da yg dia tanya... %&*@##~~~~

sorry bagi sesiapa yg terasa..




dah hilang mood + idea nak tulis entri



Thursday, February 23, 2012

oh ibu!

hari : khamis
mood : sedih sikit

tadi kena marah dengan ibu, tapi takpe memamg salah aku...
tadi aku rasa dah kecewakan ibu... aku cuba lagi untuk berjaya lebih baik...
ibu ialah manusia yg paling mulia, yang paling disayangi...

buat ibu,
kakak minta maaf... buat masa ini, hanya itu yang mampu dikeluarkan.. mungkin di masa akan datang, ada hasil yang dapat dibuahkan... amin!

sayang ibu always and forever...

Saturday, February 18, 2012

my left wing now 21yrs old..!

hari : sabtu sudah... farra dah nak pulang utm.. lg beberapa jam je lagi T__T
mode : geram tgk sinetron yg berulang

happy birthday young lady...! ahaks,,





menyelongkar fail demi mencari gambar birthday girl ...

Friday, February 3, 2012

gemuk

hari : jumaat * hari ni birthday ayah saya ke 46
cuaca : okay-okay je...


saya sekarang tengah cuti semester, jadi saya ambil kesempatan untuk bekerja lagi kat AKG yang disayangi selalu.... suasana dah tak sama macam dulu, tapi jiwa saya tetap di situ... ahak!


saya sekarang tengah bergelumang dengan perkataan gemuk.. dia dah melekat kat badan saya... macam mana nak buat nih? pening-pening...

semalam ada mak cik cantik tu cakap saya gemuk dah takde pinggang... itu memang tercalar di ingatan... i will strive for become a thin girl....


Thursday, January 19, 2012

di sini... bermulanya

hari : khamis
update event ; 'Mak Tiri saya ada exam hari ni _ tourism punye kos'

assalamualaikum,,,
taaraaa... saya tak tidur lagi untuk malam tadi
saya buat exercise math. al-maklumlah esok dah tiba hari langsungnya
selepas itu tamatlah bahagian 1 ( macam cerita LBS pulak )

hari ini, 2 lagi dari kami yang pulang ke desa...
hati sedih tapi sem depan jumpa lagi
tapi kami ada yang dah tak serumah lagi
ada yang rumah dekat dengan monorel melaka n river cruise
mereka dijangka akan ke kelas dengan gaya renang kuak kupu-kupu dan berirama,
jika hujan, mereka akan menaiki monorel... haha gurau je!





ni ada lairik lagu sentap sikit....





saya nak anta Anis sampai bawah...bye!

Thursday, January 12, 2012

bolehkah saya bercakap tentang cinta ?

hari : khamis
cuaca : gelap dan sunyi ( semua gadis A4-2 dok sibuk berstudy moody...hahaha)

assalamualaikum...

pertamanya nak kongsi ayat ni... drpd salah seorang kawan saya Cik Umairah
pertama kali baca, terus suka
pertama kali baca, terus nak kongsi kat belog nih...



Kalau kita sukakan seseorang
Jangan beritahu si dia
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya

Tapi luahkan pada Allah,beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita :)

ni dari belog seseorang....

"Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh pada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji." (Hamka)






Tuesday, January 10, 2012

123

hari : selasa
suasana : sunyi..hanya kedengaran suara shin chan

assalamualaikum,,
hai? tengok tajuk entri ni mesti tertanya-tanya..apakah?
ni lah jumlah entri saya sehingga setakat ini ( sebelum entri ni, di publish )...
sikitkan? tak boleh kalahkan yeen tomato...
tapi takpe, saya sekadar suka-suka je menulis kat sini
tapi apa yang anda perlu tahu
saya suka berblogging, blog walking....

update activity ; tak sabar nak tunggu filem 'Istanbul Aku Datang'





fakta : saya tak tengok lagi drama terbaru beto hari tu tajuk ' Selagi Masih Ada'.. harap-harap cuti nanti ada kat tv... maaf, Beto..