Thursday, August 5, 2010

aku juga berhak

Weather : don’t know

Aku juga berhak berasa rindu pada rumah, ibu dan ayah serta Andi. Walaupun tidak sampai 2marhalah tetapi perpisahan dan berjauhan itu tetap wujud. Jadi tidak salahlah mengapa aku kadang kala berasa sunyi dan mengingati suasana rumah. Berharap agar cepatlah hari – hari itu berlalu supaya aku dapat pulang menjenguk rumah. Lebih – lebih lagi bulan Ramadan yang bakal tiba nanti. Ini merupakan pengalaman pertama aku berpuasa, bersahur dan berbuka bukan dengan ibu dan ayah. Jauhlah aku dengan bazaar tahun ini. Takpe, ni lain dari tahun – tahun sudah. Penghijrahan... sesuatu yang digalakkan. Berpuasa di tempat lain, tidak tahu bagaimana rasanya. Aku mengharapkan semua yang aku lalui ini akan dibalas dengan sesuatu yang bernilai. Nanti kalau masuk U, lagi seronok agaknya… tapi kenalah nyanyi lagu Dendang Perantau. Pastu, bila naik bas nyanyi pulak lagu Balik Kampung. Teringat Cai cerita masa dia belajar kat Perak dulu. Sedih teringat kat mak tetapi kawan – kawan ada menghilangkan sedikit kerinduan.

Jadi di sini, hendaklah aku tegaskan bahawa kerinduan tidak memerlukan jarak yang amat jauh. Berjauhan sejauh 50/+ km juga boleh menyebabkan kita berasa rindu terutama sekali terhadap orang yang amat disayangi, Ayah dan Ibu. Ibu mesti sedih juga tapi dalam hati, dia tak nak tunjuk sebab nanti gegirl2 dia sedih kuasa tiga. Tapi aku steady je, aisyh! Yelah tu!!

SALAM RAMADAN untuk SEMUA UMAT ISLAM TAK KIRA DI MANA JUA...
JOM KUMPUL MATA GANJARAN...

nanti bila dah puasa aku akan bercerita lain pula, mungkin tentang pengalaman aku berpuasa...see you!

No comments: