Showing posts with label Shitty Hanna Hanne. Show all posts
Showing posts with label Shitty Hanna Hanne. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

Yang Itu, Yang Ini : Bahagian 1

Peperiksaan STPM yang dilalui kini sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Buat masa ini, apa yang diharapkan ialah keputusan yang cemerlang. Amin. Sementara menunggu keputusan keluar, masing-masing sibuk ingin mencari pekerjaan. Boleh dapat duit, nanti masuk U boleh pakai baju cantik-cantik. Bak kata Cikgu Harun. Cikgu Harun sungguh baik dan sporting ketika berada dalam kelas. Menyindir tetapi dengan niat menegur memang gayanya. jadi, janganlah nak sentap.


Buat masa sekarang ni, Shane masih tidak bekerja lagi. Dia cuma membantu ibunya di rumah begitu juga dengan Ranna. Masa yang selebihnya dihabiskan dengan aktiviti berfaedah di samping makan, tidur serta bersembang di laman sosial yang menjadi kemestian. Tisha pula sudah mendapatkan pekerjaan di pinggir bandar. Dia bekerja sebagai kerani di sebuah kedai. Pada awalnya, dia sekadar mencuba nasib tetapi ianya mendapat jawapan yang positif.

“Ya, anda diterima untuk bekerja di sini. Tahniah!”


Tisha sangat teruja untuk memulakan hari esok sebagai seorang kerani. Malam itu, dia sudah membuat persediaan yang lengkap. Baju kurung dari kain kotton bewarna biru sudah digosok dan digantung di dalam almari. Kemudian, dicapainya selendang bewarna krim untuk digosok dan dipadankan dengan baju kurung tadi. Di dalam beg sudah terisi tisu, duit serta dokumen penting yang lain. Kasut berjenama NONI sudah tersedia di depan muka pintu. Tisha memang seorang yang rapi. Jam loceng sudah dikunci supaya berbunyi pada waktu yang sepatutunya. Tisha tidur lebih awal dari biasanya.


Kriiinngggggggggg!!!! Jam loceng pun berbunyi seperti yang disetkan. Tisha bangun sambil menggosokan matanya lau dicapainya tuala yang tergantung itu. Dia meluru masuk ke dalam bilik air. Setelah itu, dia bersiap dan bersarapan. Tepat jam pukul 7.15 pagi, dia pergi ke tempat kerjanya. Dan, 5 minit sebelum pukul 8 dia sudah sampai ke tempat kerjanya. Bermulalah episod hidupnya sebagai kerani. Berkenalan dengan rakan-rakan sekerjanya serta berkenalan dengan kerja yang sedang menanti untuk dibereskan. Mula-mula dia memang berasa sangat kekok. Lama-kelamaan, dia sudah sebati dan serasi dengan rutin harian yang sebegitu.

Yang Itu, Yang Ini : Sinopsis

hari : rabu
cuaca : biasa2 saja...


berbalik pada novel yg akak nak buat ni, ni ada sikit sinopsis....tapi akak ni tak berapa pro lah nak cerita..akak try je ye.


Setelah selesai kesemua mereka menduduki peperiksaan, mereka pun membawa haluan masing-masing. Akan tetapi, Shane, Tisha dan Ranna masih berhubungan antara satu sama lain walaupun mereka sibuk menjalankan tugas mereka. Tanpa diketahui, bola sepak telah menjadikan hidup mereka penuh dengan keceriaan. Mula dari situ, Tisha mula berimaginasi secara kreatif. Dia mula mengimpikan yang indah-indah. Shane yang suka melayan menjadikan imaginasi Tisha menjadi menarik. Akan tetapi, Tisha mulai sedar bahawa apa yang dia impikan tidak akan pernah menjadi kenyataan...

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu... adakah Tisha akan mendapat apa yang dia impikan?

aku...novelis?!

hari : khamis
cuaca : mendung...tapi mood aku tak mendung, mood aku panas....tahu sebabnya?!

tajuk entri yg ni macam yek yek je kan?! aku novelis? ada bakat ke? novelis dalam diri aku cuma yg belakangnya je 'is' sebab nama aku anis..haha..tapi aku dah buat cover page untuk novel aku..nama pena pun ada tau..gempak jugak lah..nak tengok ke? meh sini, cek nak tayang kat hampa sumua..hang pa la kot bukan hampa..hampa lagu to'ki..

taarraaa...ni dia! okey tak? ke macam puiii je?





mesti luorang tertanya-tanya kan apa mimpi or wabak yg telah merasuk diri ini sehingga aku terfikir untuk membuat novel..aku akan jawab tu..ni kira persediaan kalau aku terkenal macam DAMIA HANNA...haha...khayalan luar lok hengeles....!!

reporter 1 : kak2, kenapa akak teringin nak buat novel ni?
akak glamour : akak nak buat novel ni sebab akak nak dedikasikan novel ni sebagai tanda persahabatan akak dengan kawan2 akak yg sangat superb.
reporter 2 : kak, ceritakan serba sikit cerita yg berkisah dalam novel ni?
akak glamour : cerita ini berlatar belakangkan gadis2 berusia 20 tahun yg menunggu panggilan universiti, dalam tempoh masa tersebut bermacam2 benda yg berlaku. mereka rambang mata, mereka bekerja. ha, nak tahu lebih dapatkan novel ni di pasaran.
reporter 3 : apakah harapan akak untuk novel ni?
akak glamour : akak harap novel ni dapat sambutan dr golongan remaja dan peminat novel di negara ini. selain itu, akak mengharapkan pembaca di luar sana dapat menerima karya2 akak yg akan datang. amin. tapi ini juga mungkin boleh jadi karya sulung dan bongsu akak.siapa tahu kan?
reporter 1 : akak, kami ingin mengucapkan terima kasih sebab sudi meluangkan masa bersama kami hari ini. Tahniah!
akak glamour : terima kasih juga kerana sudi menemuramah akak. terima kasih..