Thursday, March 17, 2011

Yang Itu, Yang Ini : Bahagian 1

Peperiksaan STPM yang dilalui kini sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Buat masa ini, apa yang diharapkan ialah keputusan yang cemerlang. Amin. Sementara menunggu keputusan keluar, masing-masing sibuk ingin mencari pekerjaan. Boleh dapat duit, nanti masuk U boleh pakai baju cantik-cantik. Bak kata Cikgu Harun. Cikgu Harun sungguh baik dan sporting ketika berada dalam kelas. Menyindir tetapi dengan niat menegur memang gayanya. jadi, janganlah nak sentap.


Buat masa sekarang ni, Shane masih tidak bekerja lagi. Dia cuma membantu ibunya di rumah begitu juga dengan Ranna. Masa yang selebihnya dihabiskan dengan aktiviti berfaedah di samping makan, tidur serta bersembang di laman sosial yang menjadi kemestian. Tisha pula sudah mendapatkan pekerjaan di pinggir bandar. Dia bekerja sebagai kerani di sebuah kedai. Pada awalnya, dia sekadar mencuba nasib tetapi ianya mendapat jawapan yang positif.

“Ya, anda diterima untuk bekerja di sini. Tahniah!”


Tisha sangat teruja untuk memulakan hari esok sebagai seorang kerani. Malam itu, dia sudah membuat persediaan yang lengkap. Baju kurung dari kain kotton bewarna biru sudah digosok dan digantung di dalam almari. Kemudian, dicapainya selendang bewarna krim untuk digosok dan dipadankan dengan baju kurung tadi. Di dalam beg sudah terisi tisu, duit serta dokumen penting yang lain. Kasut berjenama NONI sudah tersedia di depan muka pintu. Tisha memang seorang yang rapi. Jam loceng sudah dikunci supaya berbunyi pada waktu yang sepatutunya. Tisha tidur lebih awal dari biasanya.


Kriiinngggggggggg!!!! Jam loceng pun berbunyi seperti yang disetkan. Tisha bangun sambil menggosokan matanya lau dicapainya tuala yang tergantung itu. Dia meluru masuk ke dalam bilik air. Setelah itu, dia bersiap dan bersarapan. Tepat jam pukul 7.15 pagi, dia pergi ke tempat kerjanya. Dan, 5 minit sebelum pukul 8 dia sudah sampai ke tempat kerjanya. Bermulalah episod hidupnya sebagai kerani. Berkenalan dengan rakan-rakan sekerjanya serta berkenalan dengan kerja yang sedang menanti untuk dibereskan. Mula-mula dia memang berasa sangat kekok. Lama-kelamaan, dia sudah sebati dan serasi dengan rutin harian yang sebegitu.

No comments: