Thursday, March 17, 2011

aku...novelis?!

hari : khamis
cuaca : mendung...tapi mood aku tak mendung, mood aku panas....tahu sebabnya?!

tajuk entri yg ni macam yek yek je kan?! aku novelis? ada bakat ke? novelis dalam diri aku cuma yg belakangnya je 'is' sebab nama aku anis..haha..tapi aku dah buat cover page untuk novel aku..nama pena pun ada tau..gempak jugak lah..nak tengok ke? meh sini, cek nak tayang kat hampa sumua..hang pa la kot bukan hampa..hampa lagu to'ki..

taarraaa...ni dia! okey tak? ke macam puiii je?





mesti luorang tertanya-tanya kan apa mimpi or wabak yg telah merasuk diri ini sehingga aku terfikir untuk membuat novel..aku akan jawab tu..ni kira persediaan kalau aku terkenal macam DAMIA HANNA...haha...khayalan luar lok hengeles....!!

reporter 1 : kak2, kenapa akak teringin nak buat novel ni?
akak glamour : akak nak buat novel ni sebab akak nak dedikasikan novel ni sebagai tanda persahabatan akak dengan kawan2 akak yg sangat superb.
reporter 2 : kak, ceritakan serba sikit cerita yg berkisah dalam novel ni?
akak glamour : cerita ini berlatar belakangkan gadis2 berusia 20 tahun yg menunggu panggilan universiti, dalam tempoh masa tersebut bermacam2 benda yg berlaku. mereka rambang mata, mereka bekerja. ha, nak tahu lebih dapatkan novel ni di pasaran.
reporter 3 : apakah harapan akak untuk novel ni?
akak glamour : akak harap novel ni dapat sambutan dr golongan remaja dan peminat novel di negara ini. selain itu, akak mengharapkan pembaca di luar sana dapat menerima karya2 akak yg akan datang. amin. tapi ini juga mungkin boleh jadi karya sulung dan bongsu akak.siapa tahu kan?
reporter 1 : akak, kami ingin mengucapkan terima kasih sebab sudi meluangkan masa bersama kami hari ini. Tahniah!
akak glamour : terima kasih juga kerana sudi menemuramah akak. terima kasih..

No comments: