Thursday, April 12, 2012

sepanjang jalan kenangan #1

hari: khamis
cuaca: panas

assalamualaikum...

after aku stalker belog-belog yg ada, aku dapat idea nak tulis entri. aku nak cerita pasal zaman persekolahan aku dulu-dulu. aku start sekolah umur 6 tahun lah kan, takdenye rajin macam adik aku umur 3, 4 tahun dah gi sekolah. anak manja, ibu pun sayang. ahaks, adik. . . jangan marah akak. it's reality~

masih segar lagi kt benak aku ni waktu pertamanya school session bermula. ibu dan ayah sama-sama hantar aku. huhuu, almaklumlah, anak pertama mereka nak masuk sekolah ni. excited lah mereka. aku? ntah ek mase tu aku nangis lah cz nanti nak kena tinggal. ramai sangat orang waktu tu, aku takut. pimpin kuat-kuat tangan ibu, takut dilepaskan. aku tak kenal sape-sape. dah siap proses berdaftar semua, ibu dan ayah cakap diaorg nak balik.. what?

ayah: ayah dgn ibu balik dulu. kakak sekolah ye dgn cikgu, nanti dapat kawan baru. ila pun ada.

ibu: nanti pukul 11 ibu anbil akak. kita gi kedai eh. (umpan lah tu)

*ila- kawan aku dari rumah pengasuh.

ila- ha'ah, kita ada. kita tak nanges pun.

macamlah aku nanges, aku tak nanges pun, cuma takut je. eleh!

aku melihat ibu dan ayah balik. hurm, takut masih ada. ila masih dengan aku. tapi kami tak sekelas. apalah cikgu ni. hari tu jugak, aku dapat kawan baru yg sehingga hari ni ukhuwah kami tetap utuh. munira. nanti aku tunjuk gambarnya.

sejak dari hari tu, aku suka sekolah. ada makanan, favourite aku kalau menu nya donut+milo. ada gosok gigi, ada lari-lari, ada tengok kepompom yg akan membesar jadi rama-rama. ada nyanyi-nyanyi. macam macam.


pada satu hari tu, aku dan lain sedang belajar. tiba-tiba, sekolah kami dimasuki orang gila. warrgh, semua menjerit takut. cikgu pun menggelabah. apalah, macam mana dia boleh masuk? aku pun dah nak menangis tapi ila tetap dengan aku. dia dari kelas sebelah, datang kat aku. aku pegang tangan kuat-kuat. *nesha dulu suka menanges.

masalah aku kat sekolah dulu, aku tak reti menggunting. macam kena gigit tikus kalau cikgu suruh menggunting. masalah serius sampai cikgu bagitahu ibu aku. habislah, denda! aku kena gunting surat khabar setiap hari untuk melatih diri. masalah aku berpunca dari tangan yg aku gunakan. aku guna tangan kiri, cikgulah cakap. ibu aku suruh aku gunting guna tangan kanan. maka, buatlah aku sambil ditemani air mata. sekarang aku boleh gunting guna dua-dua tangan. terima kasih ibu dan cikgu.

masa hari penyampaian hadiah. ibu tak dapat datang sebab adik nurul kena tahan wad cz demam. ayah kerja. jadi, ibu wakilkan mak untuk pergi. * mak- pengasuh aku. aku menangis tak nak pergi sekolah. *menangis je kan? dah berapa kali dalam entri ni?
aku nak pergi dengan ibu. mak siapkan aku dengan baju yg ditetapkan. pakaikan bedak. tapi airmata tetap je mengalir. lepas tu, mak menari-menari untuk buat aku ketawa. tapi aku menjerit cakap 'mak gila' 'mak gila'. kalau aku pergi rumah mak sampai sekarang, mesti mak usik aku dengan perkara tu. haha. tapi, aku tetap pergi ke sekolah dengan mak. mak tengok aku bernyanyi koir. mak tengok aku dapat hadiah.

3 comments:

Nads Couture said...

blog sgt best untuk dibaca..nice blog..so i follow u :)

S.H. said...

manje!=D

Nesha Zin said...

Nads Couture; thanks a lot..
shitty: mana ada, masa tu masih single, xda adik... ada adik pun blh manja lah