Sunday, April 1, 2012

tahniah~

hari : ahad
cuaca : panas

hari ni dah masuk bulan april.
1 april 2012.
dah setahun restoran AKG beroperasi
tahniah, mak cik!
tahniah farra, shafiq, pak mat, saya (perlukah saya dlm list ni) dan warga AKG yg lain. . .
kekalkan prestasi. . .

sepanjang musim ini,
AKG telah mengajar saya meningkatkan cara berdepan dgn pelanggan,
pelbagai ragam. . .
pemarah, pendiam, loyar buruk, miang, pelawak.
berkomunikasi, bekerja untuk kehidupan. . .

isnin,
hari rehat kami semua,
hari itu saya gunakan untuk bersama keluarga dan kawan-kawan,
kami berjalan-jalan ataupun saya tidur seharian.

kawan-kawan,
silih berganti. . .
macam-macam ragam tak sama mcm kat sekolah dulu
ada yg saya sayang, ada yg saya kurang sayang. . .
tapi saya gembira.
terima kasih.

'mak',
saya dapat mak baru,
walaupun saya panggil mak cik...
hanya saya saja yg panggil dia mak cik
tapi maksudnya sama
sayangnya pun sama.
dia seorang yg baik.

suasana,
silih berganti
ada pasang surutnya
ada terkejar-kejar sekalian kawasan
ada dua tiga tapak saja jalannya
ada berlari-lari
termenung atau duduk-duduk di meja 117
itu feberet kami bukan saja saya dan farra
tapi mak cik dan pak mat juga.

kipmart,
troli,
sayur,
abg ayam
din dang,
semua itu kawan-kawan. . .
tidak lupa adik keropok yg curious tentang saya...
sentiasa bertanyakan saya pernah kawan ke dgn budak tu?
jawapan saya, tidak! kawan saya bukan budak tu, kawan saya budak lain...

saya sayang semuanya tentang AKG
saya harap segalanya yg baik tentang AKG
AKG di hatiku~


Anjung Kota Gemerlapan




puan besar of AKG



saya dan farra~~

No comments: