Tuesday, October 16, 2012

di sini bermulanya

hari: selasa
cuaca: terang

assalamualaikum.

mengimbau kembali detik itu bermula
kejayaan yang saya dapat capai
saya begitu tidak sangka ini akan berlaku
jika dulu, majlis itu pun saya tak endahkan
tetapi majlis itu menjadi titik tolak
saya seakan memasuki satu alam lain

ICDC- INDEPENDENCE CUP DEBATING CHAMPIONSHIP
satu nama asing bagi saya
tetapi semester kali ni
saya terpanggil untuk volunteer runner
suka rela berbakti untuk mengutip markah dari juri kecil
untuk dikumpul ke juri besar
memberi kertas kepada peserta yang bertanding
tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

bermula dari jumaat petang,
saya tak hadir untuk taklimat tugas
tapi saya datang pada malamnya untuk tetap bertugas
walaupun tak tahu bagaimana sebenarnya

apabila semua sudah berkumpul
senior mula menggementar kami runner
kerana apa?
kami tak cukup kumpulan, siapa yang nak masuk lagi?
wah, aku tak nak lah
tolak tambah darab bahagi- wani dan zati osman yang ditarik
tapi,
tolak tambah darab  bahagi lagi-  organizer keluar lagi
tanya lagi- siapa yang tak pernah masuk debate ICDC ni
ada senior sama fakulti menuding ke arah kami (saya dan omei)
apa? hati mula gelisah.
then, lebih agresif lagi senior itu berjalan ke arah saya dan suruh saya masuk
alamak, saya geleng-geleng.
dia memimpin tangan saya dan membawa saya masuk ke bilik seminar
di mana berkumpulnya semua pendebat-pendebat yang menggerunkan.
dibawa hingga ke depan dan Adderly( juri besar ) bertanya nama kumpulan
ha? dia pun terangkan serba sikit
zati osman tak dapat masuk cz dia ada program esok
dia tanya lagi apa nama kumpulan
aku jawab FRESHIE
lantak lah, apa yang penting jantung aku berdegup kencang 2x ganda
tangan sejuk serta merta

kami pun duduk (aku dgn wani)
setiap round yang kami bertanding
hanya cuba yang terbaik dan reda
2 1 3 1 1- itu yang melayakkan kami ke semi final
alhamdulillah
semi final is silent result jadi kami tak tahu keputusan
jeng jeng jeng
kami dapat ke grand finale
kami dapat 1st runner iaitu tempat kedua
sedih jugak tak dapat bawa piala pusingan untuk fakulti

to all friends, adjudicators who make our team as favourite, seniors- aman, sukbean, bobo, toto, azim, adderly, bieber and others, ibu, ayah and adiks

a huge thanks from me.

nesha berkata: here here... ICDC awesome

No comments: