Monday, October 8, 2012

talasemia

hari: isnin
cuaca: panas

assalamualaikum.

hari ini, saya nak bercerita tentang penyakit yang jarang orang ambil pusing.
bila cakap talasemia, sakit apa tu?
soalan yang sering ditanya.
sekarang ini, talasemia antara penyakit yang diberi perhatian kerana
bilangan pesakitnya kian meningkat.

talasemia ialah penyakit berkaitan kecacatan darah di mana menyebabkan haemoglobin menjadi tidak normal.
ianya boleh diwarisi dari ibu bapa yang mempunyai gen pembawaan talasemia.
oleh itu, bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga dinasihatkan untuk memeriksa darah untuk talasemia selain daripada HIV.
jika keduanya merukan pembawa gen talasemia, mereka tidak digalakkan untuk berkahwin kerana risiko untuk mendapat anak berpenyakit tersebut adalah tinggi.
ketentuan Tuhan tidak dapat dielakkan, tapi kita boleh berusaha untuk mencegahnya.


-ada jugak yang anak kedua mereka normal tetapi anak ketiga mereka juga talasemia major-

tanda-tanda :
-Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.

-Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
-Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
-Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal.
cara yang boleh diambil bagi mengurangkan :
-Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.

-Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
-Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
-Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

talasemia tidak berjangkit, jadi jangan takut untuk ada kawan, kekasih yang berpenyakit talasemia.
mereka sama seperti orang lain.
dan jika pesakit ini mengambil berat tentang kesihatan mereka, mereka pun normal seperti orang lain
bisa beraktiviti lasak yang tidak keterlaluan.

-jangan sisihkan mereka-
-sakit bukan alasan-


-cikgu kat sekolah pun perlu ada pendedahan tentang penyakit ni-

soal perkahwinan, agak rumit sedikit bagi pesakit talasemia yang wanita tetapi ada juga antara mereka yang dah berkeluarga.

-sila ambil perhatian-




kisah hidup pesakit talasemia
 
N( bukan nama sebenar) dilahirkan normal dengan berat 3.18kg, tetapi apabila usianya makin meningkat dia mengalami masalah susah buang air besar. kemudian mendapatkan rawatan dan didapati menghidap penyakit talasemia pada usianya baru 8 bulan. bila dia besar, pada usia 4 tahun, limpanya terpaksa dibuang kerana ianya membesar dan rosak. ketika itu, dia cuma budak kecil, gembira menaiki ambulans sedangkan ibu dan ayahnya menangis sedih. dia tidak pernah kesal dengan keadaan dirinya tetapi dia pernah bertanya kepada ibu--- sampai bila dia kena melakukan transfusi darah. ibu cakap dia seorang yang kuat, tidak pernah sedih. dia tabah. sampai dia sudah memasuki alam persekolahan, dia tidak boleh lasak kerana dia masih kecil, tak tahu batas mana yang dia boleh buat, jadi ibu memberitahu cikgu dia tak boleh bersukan. setiap kali waktu PJ, kawan-kawan seperti tak endah, dia duduk di tepi padang. hati meruntun tapi keadaan tak mengizinkan. cikgu-cikgu terus melabelkan dia tak boleh masuk apa-apa, jadi jawatan apa-apa atas dasar penyakit. bila dia berusia 12 tahun, dia minta untuk bersenam, dia boleh lakukan sebenarnya, dia boleh berkhemah, kerana apa? hatinya kuat. masyarakat suka memberi alasan, tetapi dia tak suka. sakit bukan alasan---pesan ibu. dia berjaya di sekolah rendahnya begitu juga sekolah menengahnya. kini dia menuntut di universiti tempatan. doakan kejayaan dia.
 
pada kawan-kawan yang mempunyai kawan berpenyakit, jangan ketepikan mereka.
pada lelaki-lelaki yang kenal dengan perempuan berpenyakit, jangan kutuk mereka.
 
nesha berkata---- rindunya kat andi

4 comments:

S.H. said...

awak, N kawan kite paling kuat. harap die terus tabah. =)

Blackcat said...

insyaAllah akak akan didik diri akak jadi cikgu yang memahami :)
pinjamkanku semangatmu N ;)

Nesha Zin said...

insyaAllah, sama2 doakan N dan kwn2nya yang berkongsi 'rasa' yang sama.
blackcat: thank you cz dulu masa N sekolah dia diketepikan jawatan even jd biro dlm kelas.

Miss FarraAqua said...

N tak akan pernah menyerah. She can do anything more than normal people. I'm sure. She will be happy in what allah have given to her because she so strong! insyallah~