Friday, July 5, 2013

cincin belah rotan

hari: jumaat

Assalamualaikum.

entri ini adalah entri berbalas untuk syahidah.
pasai apa pulak? sebab dia dah buat entri yg sangat best.
silakan.

hahaa, ketaq der nak tulis pasal ni.
dah jauh sangat ni dari landasan.
terperasan macam baru umur 7 tahun,
sungguh tak layak nak cerita masa hadapan.
tapi umur dah 21++.

mode serius dah mari.

kalaulah nanti ada jodoh ditetapkan untuk saya,

# saya sangat berharap dia seorang yang amat memahami masalah yang saya ada. ramai orang cakap jangan fikir tentang kekurangan itu. semua kerja Allah, tapi sebagai manusia biasa, benda tu serba sedikit mengurangkan keyakinan pada diri. walaupun saya seorang yang sangat menyayangi diri sendiri, bersyukur dan menerima ujian Allah ini dengan lapang dada. dia kena google dan selidik tentang kekurangan saya supaya dia tak terkena kejutan budaya. kekurangan saya tak teruk mana pun tapi bila orang mula cakap cakap, ia buat saya goyang.

Allah menguji hambaNya dengan cara yang paling unik apabila menjadikan kekurangan itu juga satu anugerah.
 
Ummu Hani.

# dia mesti yang berfikiran jauh dan luas, jangan pernah menyesal memilih saya untuk bersama dia. sebab kita akan hidup bukan untuk setahun dua.

# dia mesti seorang yang positif dan pertahankan saya jika ada orang tanya kenapa dia pilih saya. dia ada hujah yang kukuh tanpa boleh dibidas pihak lawan. buat saya ternganga dan mata berkaca kerana hujah yang diberikan. gitu. dia tak boleh menyesal dengan hujah dia.

# dia seorang yang menarik. menarik dalam konteks saya ialah yang suka buat kejutan. macam kad tulis saya sayang awak. buat sajak macam zahiril buat untuk shera. lawak macam nabil. melukis walaupun tak secantik lukisan monalisa. ajak solat Jemaah pun menarik tau, menarik dalam iman. baca doa, saya aminkan. masakkan nasi daging pukul 3 pagi then kejutkan bangun ajak makan sama. itu pun menarik. itu kisah benar seorang lecturer saya, suami dia buat.


menarik dalam iman. Jodoh itu milik kita- akan dating @astro134

# dia mesti bebas dari Thalasemia. dia mesti bukan carrier, intermedia or else. walaupun kami telah bercinta, then baru tahu. saya akan tinggalkan dia, insyaAllah. tak nak sebarkan penyakit ini. kesian tau. statistic pasal Thalasemia kat Malaysia pun dah meningkat sekarang ni. yelah takkan baru kenal dah ajak buat screening kan. kalau boleh saya elak, saya cuba sekeras-kerasnya. doctor pun dari dulu dah pesan. kalau awak nak kahwin kena cari orang yang normal, dulu tak pernah kisah pun. masuk kiri keluar kanan. sekarang kisah.

ini kalau dua dua carrier. bayangkan yang bulat tu semua hijau then yg square tu macam tu. fikir senyap senyap.

# dia pandai. boleh bertukar idea, bimbing saya. jadi ketua yang bagus untuk saya. tahu semua hal walaupun bukan bidang dia. boleh balas apa yang saya bualkan, jadi takde lah bosan. pandai sesuaikan diri dengan mood. pandai kawal keadaan. doctor lah~ tapi doctor pun ada jugak tak reti pasal hidup, pasal kerja memang superb, ada nurse cakap. sokong jugak.

out of idea. suddenly.

tapi yang paling penting dia mesti faham saya, faham kekurangan saya. terima saya dan kekurangan saya.

## dia mugkin yang pertama untuk saya.




1 comment:

syida's said...

deep ok! :') menarik dalam iman.