Monday, January 7, 2013

belum apa dabe?!

hari: isnin
waktu: pagi

Assalamualaikum.

masih saya yang sudah celik di waktu begini, yang lain masih beradu. nak tunggu Prince Charming cium kat dahi baru nak bangun. saya  mengandaikan. haha.

taraa, tengok belog saya. lain sikit  kan. saya suka. yelah, nak tukar template yang cantik-cantik tak reti, jadi pilih apa yang ada dari sini je lah. tapi tetap suka.

pernah dengar tak ayat ' belum apa dabe '?
pernah okay, tak pernah takpe. apa dabe tu macam apa lagi, mungkin ayat tu famous dalam kalangan masyarakat sekeliling saya je. tapi bukan tu yang jadi isu.

isunya ialah semalam exam akaun saya. wow, soalan dia boleh dikatakan direct tapi ada jugak kona-kona nya. tapi, belum apa dabe (ha, tu dah keluar ayat ni) dah tahu salahnya kat mana. adui, sedih betul lah kau ni nesha. salah sikit meleret lah sampai ke sudah. tu makan dia. 


ni muka lepas jawab first paper hari tu, CTU.
ibu cakap ' nampak lah kat muka tu mcm serabut sgt.. sori kritik, bg semangat '
haha. dia kan ibu, memahami betul.


tengok. saya dan pashmina ibu.

paper yang seterusnya hari khamis. lambat lagi kan, sebab tu lah melenggang ni ha taip-taip belog, tukar-tukar background. 



2 comments:

syida's said...

kite still tak faham. dabe tu ape? :O

Cik Nesha said...

contoh:
belum apa dabe, dah salah ayat yg seerti dgnnya ialah macam ni belum apa-apa lagi, dah salah.