Monday, May 9, 2011

dulu dan sekarang

Hari : isnin
Cuaca : Panas berpaya


Assalamualaikum,,kepada kawan2 belog saya..lama sudah tak merapik meraban kat belog ni..mungkin masa tak mengizinkan..hm, kalau ada masa pun itu masa unuk TIDUR..tidur ialah kecintaan terbaru saya..mengulas kisah hidup saya yang baru ni, saya telah bertukar bidang pekerjaan daripada tenaga pengajar kepada tukang ambil oda aka order…ya cik nak pesan apa? Kopi o’ ais kan??!

Apa perbezaan dan persamaan kedua-dua kerja ni?? Ce teka ce teka… lambat nak tunggu luorg jawab kan,,lagi pun saya takde follower sgt..jadi bagi saya jawab sendiri…

Perbezaan
1. Dulu saya bekerja dengan kanak2 riang, sekarang saya bekerja dengan pelbagai lapisan umur.
2. Dulu saya bekerja di rumah, sekarang saya bekerja di luar rumah…restoran
3. Dulu saya sempoi2 semput je berpakaian, sekarang saya ayu2 gadis berpakaian, mengalahkan gadis jepun yg sedia ada.

*gadis jepun ialah kawan saya bernama Ila aka Arissya Aqilla...sgt poyo nama itu!! peribahasa yang sesuai ialah jauh panggang dari api, sebab apa? nama dia NORISTILLAH bukan ARISSYA AQILLA.

berbalik kepada soalan yang telah dikemukan sebentar tadi, jawapan bagi persamaan pula ialah..... drum roll please!

Persamaan
1. Pen dan kertas tetap sahabat sekarya saya.
2. Kesabaran tonggak utama.

setakat ini saya sangat suka pada apa yang saya buat..saya ada keluarga dan kawan baru...

senarai ahli keluarga baru
1. pak MAD = ayahanda
2. mak NAB = bonda
3. FARRA = my left wing
4. SHAFIQ = king apa entah abang panggil dia...MR. MUSCLE lah~~

senarai kawan baru
1. abang = MOHD NIZAM BIN LIMAN
2. kak siti = SITI FATIMATUN AKMA BT JAAFAR
3. kak nor = SITI NOR
4. pak cik RAHMAT
5. mak cik NORLIA dan suami
6. NANA



*suasana petang di AKG Restoran*



*hanesha yang comel versus farra yang cantik*

lagu tema kecurangan

hari : isnin
cuaca : panas
keadaan sekeliling : under control

Puas sudah kau melukakan
Tiada pernah kau meyakinkan
Hati ini yang selalu
Mengharapkan kasihmu

Kau biarkan ku melara
Mengemiskan cinta suci
Apa daya hati ini
Telah jatuh di lamun cinta


Mengapa aku disiksa, apakah tujuan dia
Mungkin kerna ia pernah dikecewakan cinta
Katakan pada diriku aku 'kan membalut luka
Oh... jangan kau simpan dendammu
Dan aku jadi mangsanya

Aku cinta kepadamu
Hanya itu yang ku tahu
Lupakanlah kenangan pahit
Kita bina hidup baru

Friday, March 18, 2011

12

hari : jumaat
cuaca : biasa

sementara tunggu nak bagi telinga saya ni dipinjamkan selama beberapa jam, saya nak guna jari saya untuk menaip...saya gembira...pengikut setia saya kat blog ni dah ada 12..tapi saya tak tahu sipakah gerangannya itu..tak keluar-keluar pun..tunggu dah tunggu dah dari sore tadi...dah nak hangin ni saya tunggu...tapi saya tak hangin pun...saya pun berjalan-jalan membaca blog orang lain..saya jumpa blog yeen kacamata..dia sungguh comel...blog dia pun best...ramai follower dia..jeles!


ha,,sebelum terlupa..saya nak tunjuk gambar ayah dapat ikan tadi...

spesis : siakap
berat : 3.850 kg
lokasi : sungai lebam




gambar ni saya yang ambil..tak berapa nak lawa...tak ready...lagipun nak tunggu kamera DSLR...haha



sesi bermesra dengan ikan...ikan ke saya lagi comel? the truth okey...?!

Thursday, March 17, 2011

Yang Itu, Yang Ini : Bahagian 1

Peperiksaan STPM yang dilalui kini sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Buat masa ini, apa yang diharapkan ialah keputusan yang cemerlang. Amin. Sementara menunggu keputusan keluar, masing-masing sibuk ingin mencari pekerjaan. Boleh dapat duit, nanti masuk U boleh pakai baju cantik-cantik. Bak kata Cikgu Harun. Cikgu Harun sungguh baik dan sporting ketika berada dalam kelas. Menyindir tetapi dengan niat menegur memang gayanya. jadi, janganlah nak sentap.


Buat masa sekarang ni, Shane masih tidak bekerja lagi. Dia cuma membantu ibunya di rumah begitu juga dengan Ranna. Masa yang selebihnya dihabiskan dengan aktiviti berfaedah di samping makan, tidur serta bersembang di laman sosial yang menjadi kemestian. Tisha pula sudah mendapatkan pekerjaan di pinggir bandar. Dia bekerja sebagai kerani di sebuah kedai. Pada awalnya, dia sekadar mencuba nasib tetapi ianya mendapat jawapan yang positif.

“Ya, anda diterima untuk bekerja di sini. Tahniah!”


Tisha sangat teruja untuk memulakan hari esok sebagai seorang kerani. Malam itu, dia sudah membuat persediaan yang lengkap. Baju kurung dari kain kotton bewarna biru sudah digosok dan digantung di dalam almari. Kemudian, dicapainya selendang bewarna krim untuk digosok dan dipadankan dengan baju kurung tadi. Di dalam beg sudah terisi tisu, duit serta dokumen penting yang lain. Kasut berjenama NONI sudah tersedia di depan muka pintu. Tisha memang seorang yang rapi. Jam loceng sudah dikunci supaya berbunyi pada waktu yang sepatutunya. Tisha tidur lebih awal dari biasanya.


Kriiinngggggggggg!!!! Jam loceng pun berbunyi seperti yang disetkan. Tisha bangun sambil menggosokan matanya lau dicapainya tuala yang tergantung itu. Dia meluru masuk ke dalam bilik air. Setelah itu, dia bersiap dan bersarapan. Tepat jam pukul 7.15 pagi, dia pergi ke tempat kerjanya. Dan, 5 minit sebelum pukul 8 dia sudah sampai ke tempat kerjanya. Bermulalah episod hidupnya sebagai kerani. Berkenalan dengan rakan-rakan sekerjanya serta berkenalan dengan kerja yang sedang menanti untuk dibereskan. Mula-mula dia memang berasa sangat kekok. Lama-kelamaan, dia sudah sebati dan serasi dengan rutin harian yang sebegitu.

Yang Itu, Yang Ini : Sinopsis

hari : rabu
cuaca : biasa2 saja...


berbalik pada novel yg akak nak buat ni, ni ada sikit sinopsis....tapi akak ni tak berapa pro lah nak cerita..akak try je ye.


Setelah selesai kesemua mereka menduduki peperiksaan, mereka pun membawa haluan masing-masing. Akan tetapi, Shane, Tisha dan Ranna masih berhubungan antara satu sama lain walaupun mereka sibuk menjalankan tugas mereka. Tanpa diketahui, bola sepak telah menjadikan hidup mereka penuh dengan keceriaan. Mula dari situ, Tisha mula berimaginasi secara kreatif. Dia mula mengimpikan yang indah-indah. Shane yang suka melayan menjadikan imaginasi Tisha menjadi menarik. Akan tetapi, Tisha mulai sedar bahawa apa yang dia impikan tidak akan pernah menjadi kenyataan...

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu... adakah Tisha akan mendapat apa yang dia impikan?

aku...novelis?!

hari : khamis
cuaca : mendung...tapi mood aku tak mendung, mood aku panas....tahu sebabnya?!

tajuk entri yg ni macam yek yek je kan?! aku novelis? ada bakat ke? novelis dalam diri aku cuma yg belakangnya je 'is' sebab nama aku anis..haha..tapi aku dah buat cover page untuk novel aku..nama pena pun ada tau..gempak jugak lah..nak tengok ke? meh sini, cek nak tayang kat hampa sumua..hang pa la kot bukan hampa..hampa lagu to'ki..

taarraaa...ni dia! okey tak? ke macam puiii je?





mesti luorang tertanya-tanya kan apa mimpi or wabak yg telah merasuk diri ini sehingga aku terfikir untuk membuat novel..aku akan jawab tu..ni kira persediaan kalau aku terkenal macam DAMIA HANNA...haha...khayalan luar lok hengeles....!!

reporter 1 : kak2, kenapa akak teringin nak buat novel ni?
akak glamour : akak nak buat novel ni sebab akak nak dedikasikan novel ni sebagai tanda persahabatan akak dengan kawan2 akak yg sangat superb.
reporter 2 : kak, ceritakan serba sikit cerita yg berkisah dalam novel ni?
akak glamour : cerita ini berlatar belakangkan gadis2 berusia 20 tahun yg menunggu panggilan universiti, dalam tempoh masa tersebut bermacam2 benda yg berlaku. mereka rambang mata, mereka bekerja. ha, nak tahu lebih dapatkan novel ni di pasaran.
reporter 3 : apakah harapan akak untuk novel ni?
akak glamour : akak harap novel ni dapat sambutan dr golongan remaja dan peminat novel di negara ini. selain itu, akak mengharapkan pembaca di luar sana dapat menerima karya2 akak yg akan datang. amin. tapi ini juga mungkin boleh jadi karya sulung dan bongsu akak.siapa tahu kan?
reporter 1 : akak, kami ingin mengucapkan terima kasih sebab sudi meluangkan masa bersama kami hari ini. Tahniah!
akak glamour : terima kasih juga kerana sudi menemuramah akak. terima kasih..

Thursday, March 10, 2011

selamat berjuang, Harimau Muda!

hari : rabu
cuaca : sejuk macam kat Pakistan...woooah!

entri ini saya nak cerita pasal bola sepak....ole ole ole ole, Malaysia Boleh!!!
saya sedang menanti nih,,dengan cemas, tertanya-tanya...telefon di tangan tak henti- henti menaip berbalas-balas teks dengan sahabat, Shitty dan Farra. Gementar!!

30 minit menunggu....

20 minit....

10 minit....
*tiba-tiba, Shitty bagi teks menyatakan kerisauannya..ada ke tak?
saya cakap ada,,,jgn risau....

tiba-tiba lagi, saya bertindak untuk mencari kepastian....Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah, tidak!!!
mengapakah?? saya dah tunggu dari tadi...


out!!kechewa